Mashitah Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Dato' Dr.

Mashitah Ibrahim

DIMP (Pahang); DSDK (Kedah); PhD
Pengerusi Eksekutif
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
Memegang jawatan
1 Ogos 2012
Didahului olehPenyandang sulung
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 5 Mac 2013
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
2008–2013
Setiausaha Parlimen
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2004–2008
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Baling
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehTaib Azamudden Md Taib
Digantikan olehTaib Azamudden Md Taib
Butiran peribadi
Lahir (1964-10-09) 9 Oktober 1964 (umur 57)
Alor Setar, Kedah
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganAbdul Shakor Abu Bakar
Anak-anak
  • Dr. Ameerah Suad
  • Fatin Sajeeda
  • Muhammad Wafi
  • Adel Wajdi
HubunganSuliza Salam (besan)
PekerjaanAhli politik

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Baling, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mashitah telah berkahwin dengan Abdul Shakor Abu Bakar dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Dr. Ameerah Suad, Fatin Sajeeda, Muhammad Wafi dan Adel Wajdi. Anak ketiga beliau, Muhammad Wafi telah bertunang dengan Nur Falahi Dato' Zainal Nazeri, anak kedua kepada Datin Suliza Salam pada 1 Januari 2021 lalu.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum 2004 belau mengalahkan Ustaz Dato' Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Ustaz Taib Azamudden Md Taib merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menang pilihan raya 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau selalu menjawab pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.[2] Sehingga kini, Dato' Dr Mashitah selalu menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama - bidang kepakaran beliau. Contohnya pada 24 Januari 2008 beliau menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Gerbang Gemilang’ dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari padang Sekolah Menengah Agama Sik, Kedah.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2000)
  •  Kedah
    • MY-KED Order of Loyalty to the Royal House of Kedah - Knight Companion (DSDK).svg Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) - Dato' (2006)

Rujukan[sunting | sunting sumber]