Pergi ke kandungan

Pekan Nabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pekan Nabalu
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahKota Belud
Pentadbiran
 • DUNYang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai
(GRS-PBS) (Kiulu)
Gabungan Rakyat Sabah
Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick
(PH-UPKO)
(Kadamaian)
Tamu MingguanKhamis

Nabalu (en: Nabalu Town) atau lebih dikenali sebagai Pekan Nabalu merupakan sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan utama pengunjung untuk melihat Gunung Kinabalu secara menyeluruh.[1] Kepelbagaian kedai makan dan cuaca yang segar serta pemandangan yang menampakan Gunung Kinabalu secara menyeluruh menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Pekan Nabalu.[2] Pekan ini berhampiran dengan SK. Dalas, Kota Belud dan menjadi pusat pendidikan utama untuk penduduk di Pekan Nabalu.[3]

Pertanian, Kraf tangan, dan penjualan baju-baju merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini.[4] Tidak hairanlah Pekan Nabalu merupakan pusat membeli belah buah-buahan, Kraf tangan dan tempat singgahan yang terkenal di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan.[5] Disebabkan itu, pelancongan menjadi sumber pendapatan terpenting bagi penduduk di Pekan Nabalu.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pekan Nabalu (dahulu dikenali sebagai "Perhentian Nabalu") pernah menjadi "toilet stop" untuk pelancong yang menuju ke Taman Kinabalu. Kini pekan kecil ini berkembang maju dan menjadi "tempat perhentian wajib" atau "must stop" bagi pelancong. Pekan Nabalu hanya 12 KM sebelum Taman Kinabalu, jadi ramai pelancong singgah di Pekan Nabalu untuk "toilet break" atau membeli makanan.[7]

Pecahan kampung[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa buah pecahan kecil kampung yang terdapat di Pekan Nabalu di antaranya ;

  • Pekan Nabalu (Pusat)
  • Kampung Dalas Pekan Nabalu (Tempat terletaknya SK. Dalas, Kota Belud dan Kampung Siba Dalas)[8]
  • Kg. Taginambur
  • Kampung Sokid Pekan Nabalu (Satu kawasan dengan gereja St.Philip Neri, Pekan Nabalu)
  • Kg. Giok
  • Kampung Siba Pekan Nabalu (Satu kawasan dengan gereja SIB Pekan Nabalu)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'A Must Stop' untuk Mereka Yang Datang Ke Sabah, Jom Singgah ke Pekan Nabalu". TRIPHACKERZ. 2020.
  2. ^ "Pekan Nabalu by Sabah Tourism". Sabah Tourism. 2022.
  3. ^ "Statistik dan Data SK DALAS KOTA BELUD" [SK DALAS KOTA BELUD Statistic and Information] (dalam bahasa Malay). Malaysia. 30 June 2023. Dicapai pada 26 August 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Nabalu, the mid-way stop to Kinabalu Park". MySabah.com. 2012.
  5. ^ "Pekan Nabalu, Sabah! The Perfect Spot Untuk Bergambar Berbelakangkan Pemandangan Gunung Kinabalu". Raja Cuti. 2020.
  6. ^ "Pekan Nabalu-Mount Kinabalu by kotakinabalu.info". kotakinabalu.info. 2022.
  7. ^ "Nabalu, the mid-way stop to Kinabalu Park". MySabah.com. 2020.
  8. ^ "Statistik dan Data SK DALAS KOTA BELUD" [SK DALAS KOTA BELUD Statistic and Information] (dalam bahasa Malay). Malaysia. 30 June 2023. Dicapai pada 26 August 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)

Koordinat: 5°59′32.6″N 116°35′08.8″E / 5.992389°N 116.585778°E / 5.992389; 116.585778