Ku Abdul Rahman Ku Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Dato' Wira Dr.

Ku Abdul Rahman Ku Ismail

DGMK, DSDK, BKM, JP (Kedah); PhD
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kubang Pasu, Kedah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehAmiruddin Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa
Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian Tinggi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Memegang jawatan
19 Mei 2020
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Guar Chempedak
Memegang jawatan
2008
Didahului olehAbd Razak Hashim
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
Dalam jawatan
1 Jun 2020 – 31 Julai 2022
Didahului olehMukhriz Mahathir
Digantikan olehJamil Khir Baharom
Butiran peribadi
Lahir (1952-09-23) 23 September 1952 (umur 70)
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (sehingga 2018)
Bendera BERSATU.svg Bersatu (sejak 2018)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (sehingga 2018)
Pakatan Harapan Logo.svg PH (2018-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (sejak 2020)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (lahir 23 September 1952) merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan ADUN bagi Guar Chempedak sejak 2008. Beliau mula berasal dari UMNO tetapi telah menjadi ahli bebas pada 12 November 2018. Pada 6 Disember 2018, Menteri Besar Kedah iaitu Mukhriz Mahathir telah mengumumkan beliau menjadi ahli parti Pakatan Harapan-BERSATU, dan membantu kerajaan Pakatan Harapan mencapai lebih daripada separuh ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang peguam secara profesion. Mempunyai firma guaman sendiri, Ku Abdul Rahman & Associates yang beribu pejabat di Bandar Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah ADUN bagi Guar Chempedak sejak 2008 lagi atas tiket Barisan Nasional.[3] Kemudian, selepas kemenangan beliau dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah keluar dari UMNO dan menjadi ahli politik bebas. Akhirnya, beliau menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]