Azman Nasrudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Tuan

Azman Nasrudin

SSS, PJK (Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Memegang jawatan
20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Industri Utama
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
???? – 20 Mei 2020
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Lunas
Memegang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehMohd Razhi Salleh
Majoriti
Butiran peribadi
Parti politikParti Keadilan Rakyat logo.svg (–2020)
BEBAS (2020–)

Yang Berhormat Azman bin Nasrudin ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau ialah EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan, Pembangunan Insan, dan Industri Utama di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.[2] Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas[3] daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 2013 sebelum meninggalkan parti tersebut pada Mei 2020, menyebabkan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan Kedah[4][5]. Beliau yang diuji positif COVID-19 setelah pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah, turut menjangkiti isterinya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Janggus, Penaga, mengakibatkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari[6][7][8].

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai sijil perguruan serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik/Sejarah. Beliau juga merupakan seorang bekas guru.[9]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Lunas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 21,670 dengan majoriti 9,084 daripada 40,498 orang pengundi.[10]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Lunas. lalu menang dengan undian sebanyak 23,904 dengan majoriti 13,813 daripada 50,336 orang pengundi.[10]

Ketika kemelut politik Malaysia pada awal tahun 2020, terdapat khabar angin bahawa beliau telah keluar daripada PKR selepas pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[11]

Pada 12 Mei, beliau bersama ADUN Sidam iaitu Dr Robert Ling Kui Ee telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[12] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[13] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[14] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.[15][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Adie Suri Zulkefli; Embun Majid; Suzalina Halid (22 Mei 2018). "Amiruddin ketuai EXCO Kedah angkat sumpah jawatan". BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  2. ^ "AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH". Laman Web Rasmi Pejabat Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  3. ^ "AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI". Laman Web Rasmi Pejabat Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  4. ^ https://www.malaysiakini.com/news/525200
  5. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/dua-adun-kedah-dari-pkr-keluar-parti-sokong-kerajaan-pn-242653
  6. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/10/02/kedah-exco-member-azman-nasrudin-tests-positive-for-covid-19
  7. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2020/10/628800/teacher-down-covid-19-sk-permatang-janggus-close-8-days
  8. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626188/guru-positif-covid-19-sk-permatang-janggus-ditutup-metrotv
  9. ^ "AZMAN NASRUDIN". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  10. ^ a b "N34 Lunas: P17 - PADANG SERAI". undi.info. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  11. ^ Roslinda Hashim (2 Mac 2020). "Keluar PKR hanya spekulasi: Exco Kedah". Sinar Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  12. ^ "2 Adun PKR keluar parti, Kedah jatuh ke tangan PN". Malaysiakini.com. 12 Mei 2020. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  13. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "PN Kedah miliki majoriti mudah bentuk kerajaan baharu". BH Online. Foto oleh Amran Hami. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  14. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin". myMetro. Foto oleh NSTP. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  15. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Noorazura Abdul Rahman (20 Mei 2020). "10 EXCO Kedah angkat sumpah". BH Online. Foto oleh BERNAMA. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  16. ^ Abd Hadi Che Awang (20 Mei 2020). "10 Exco Kedah dilantik, tampilkan 4 muka baharu". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]