Suraya Yaacob
Suraya Yaacob | |
|---|---|
| Setiausaha Politik kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Malaysia | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Azalina Othman Said |
| Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
| Dalam jawatan 19 Mei 2020 – 13 Oktober 2022 | |
| Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor |
| Digantikan oleh | Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Sungai Tiang | |
| Dalam jawatan 2004–2023 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 641 (PRU-14) 6,994 (PRU-13) 3,006 (PRU-12) 4,260 (PRU-11) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 April 1969 Alor Setar, Kedah |
| Parti politik | |
| Pasangan | Syed Al-Fandi Syed Mansor Barakbah (m. 2014) Zulkifli Ishak |
| Anak |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berbahagia Dato' Dr. Suraya Yaacob; PJN; DSDK, SDK, BKM, JP; (lahir 10 April 1969) merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Beliau merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan merupakan Presiden (Penaja) MAYC Kebangsaan. Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Usaha yang dilakukan telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Belia Negara pada tahun 2007.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau juga diberi peluang untuk menjawat jawatan EXCO Bekalan Air, Sumber Asli dan Kerja Raya Kedah. Lantikkan dilakukan atas kepercayaan terhadap beliau dalam menguruskan organisasi.
Anak kelahiran Alor Setar ini sudah berkahwin dengan pasangan hatinya, Zulkifli Ishak dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Afiq dan Syed Aiman.
Kerjaya:
- ADUN Sungai Tiang (2004 - 2023)
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (2013 - 2017 & 2020 - 2022)
- Peguam di Firma Guaman Suraya Zaida & Co
Jawatan dalam parti:
- Bekas EXCO Wanita Umno
- Ketua Penerangan UMNO Kedah
- Pengerusi Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMM) Kedah
- Bendahari Pergerakan Puteri UMNO
- Majlis Kerja Tertinggi UMNO
- Pergerakan Wanita UMNO
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
- Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) (2008-2010)
- Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2009-2013)
- Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan
- Ahli Jawatankuasa Pasukan Bola sepak Malaysia (FAM)
- Jawatankuasa Bola Sepak Wanita AFC
- Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah
Pendidikan:
- Pengacara Undang-undang dari Lincoln's Inn, London (1993)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Cardiff (1992)
Tokoh Belia Negara 2007
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara Malaysia 2007, beliau dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007 bersama-sama dengan Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007.
Pemergian suami
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Februari 2014, suaminya Syed Al-Fandi Dato' Syed Mansor Barakbah, 47, meninggal dunia akibat jangkitan dalam kepala. Beliau dirawat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar sebelum kematiannya. Jenazah dikebumikan pada pukul 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary, Alor Setar.[1]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Kawasan | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Undi dibuang | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | N19 Sungai Tiang | Suraya Yaacob (UMNO) | 13,948 | 58.99% | Ab Muthalib Awang (PAS) | 9,698 | 41.01% | 24,084 | 4,250 | 86.24% | ||
| 2008 | Suraya Yaacob (UMNO) | 13,871 | 56.08% | Sobri Awang (PAS) | 10,865 | 43.92% | 25,296 | 3,006 | 83.68% | |||
| 2013 | Suraya Yaacob (UMNO) | 18,929 | 60.60% | Fadzil Baharum (PAS) | 11,935 | 38.25% | 31,772 | 6,994 | 89.47% | |||
| Rosli Omar (BEBAS) | 192 | 0.62% | ||||||||||
| Charean Isan (KITA) | 139 | 0.45% | ||||||||||
| 2018 | Suraya Yaacob (UMNO) | 12,213 | 38.39% | Saiful Syazwan Shafie (PAS) | 11,572 | 36.38% | 32,395 | 641 | 84.14% | |||
| Abdul Razak Khamis (PPBM) | 8,028 | 25.23% | ||||||||||
| Thn | Kawasan | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Undi dibuang | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P011 Pendang | Suraya Yaacob (UMNO) | 17,179 | 23.44% | Awang Hashim (PAS) | 49,008 | 64.83% | 76,381 | 31,289 | 79.95% | ||
| Zulkifly Mohamad (PKR) | 8,058 | 10.66% | ||||||||||
| Abdul Rashid Yob (PEJUANG) | 809 | 1.07% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Suami Exco Kedah meninggal dunia
- ↑ "Undi.info - SUNGAI TIANG". undi.info. Dicapai pada 2023-09-25.
- ↑ "The Star Online GE15 Kedah". election.thestar.com.my.
- ↑ "The Star Online GE15 Kedah". election.thestar.com.my.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- Penerima Panglima Jasa Negara
- Penerima Darjah Dato' Setia Diraja Kedah
- Penerima Darjah Setia Diraja Kedah
- Kelahiran 1969
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Setiausaha Politik (Malaysia)
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-11
