Pergi ke kandungan

Ahmad Yahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Saad Yahaya
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pokok Sena, Kedah
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Mahfuz Omar
Majoriti31,751 (PRU-15)
Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia
Menyandang jawatan
2021
TimbalanZulkifli Ismail
Didahului olehNik Muhammad Zawawi Salleh
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
Menyandang jawatan
2019
Didahului olehAhmad Fakhruddin Fakhrurazi
Ahli Dewan Negara
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
25 Ogos 2020 – 1 November 2022
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Alor Mengkudu
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Ismail Salleh
Digantikan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi
Majoriti1,865 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad bin Saad @ Yahaya

1975 (umur 50–51)
Jitra, Kedah
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanKedah Alor Setar, Kedah
PekerjaanPendakwah

Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya (Jawi: احمد @ سعد بن يحيى) (lahir 1975) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ahmad Yahaya merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Dakwah dari Universiti Islam Riau di Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Tentera, Tok Jalai dan menyambung pengajian ke Madrasah At-Taufiqiah Batu 16 atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Ahmad Yahaya melibatkan diri dalam politik sejak tahun 1997. Beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Alor Setar, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Setiausaha Muassasah Darul Ulum, Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah serta Setiausaha Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Sementara itu, jawatan yang masih disandang sebelum beliau dilantik sebagai pesuruhjaya, antaranya Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, YDP PAS Kawasan Alor Setar dan diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA). Selain itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Kedah[1][2]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N14 Alor Mengkudu Ahmad Yahaya (PAS) 11,453 53.60% Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (UMNO) 9,588 44.88% 21,366 1,865 85.34%
Fadzil Hanafi (Bebas) 325 1.52%
2018 Ahmad Yahaya (PAS) 6,964 31.32% Phahrolrazi Mohd Zawawi (AMANAH) 8,840 39.75% 22,238 1,856 81.96%
Abdul Malik Saad (UMNO) 6,434 28.93%
Parlimen Malaysia[3][4][5][6][1][2]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P008 Pokok Sena Ahmad Yahaya (PAS) 52,275 59.44% Mahfuz Omar (AMANAH) 20,524 23.34% 88,976 31,751 76.58%
Noran Zamini Jamaluddin (UMNO) 14,523 16.51%
Noraini Md Salleh (WARISAN) 622 0.71%

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  • Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) – Dato' (2021)
    • Penerima Bintang Khidmat Masyarakat (B.K.M.) (2009)[7]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  3. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2021. Dicapai pada 24 March 2017.Results only available for the 2013 election.
  5. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  7. ^ "SENARAI DARJAH KEHORMATAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2009" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Kedah.