Robert Ling Kui Ee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Robert Ling Kui Ee

EXCO Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah
Memegang jawatan
20 Mei 2020
RajaSultan Sallehuddin
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N29 Sidam
Memegang jawatan
5 Mei 2013
RajaSultan Sallehuddin
Didahului olehTan Chow Kang
Majoriti
Butiran peribadi
Lahir林桂亿
1973 (umur 46–47)
Parti politikPH-PKR (????–2020)
PN-BEBAS (2020–kini)

Dr. Robert Ling Kui Ee (Bahasa Cina: 林桂亿, pinyin: Lín Guìyì; lahir pada tahun 1973)[1] ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 2013 sebelum meninggalkan parti tersebut pada tahun 2020.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah lulusan Kolej Perubatan Kasturba, Akademi Pengajian Tinggi Manipal di Manipal, India (1992—8). Beliau ialah seorang doktor.[2]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Sidam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 13,189 dengan majoriti 5,964 daripada 25,151 orang pengundi.[3]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Sidam lalu menang dengan undian sebanyak 17,344 dengan majoriti 10,860 daripada 36,776 orang pengundi.[3]

Pada 27 Oktober 2018, beliau telah berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani dengan undian sebanyak 525 berbanding pencabar yang lain iaitu P Ragunathan (430) dan Datuk Johari Abdul (410).[4] Beliau memegang jawatan tersebut sejak tahun 2014.

Pada 12 Mei 2020, beliau bersama ADUN Lunas iaitu YB Azman Nasrudin telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[5] Beliau turut melepaskan semua jawatan beliau dalam parti tersebut khususnya jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani.[6] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[7] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[8] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Masyarakat Cina dan Siam.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ling, Kui Ee (4 Mei 2018). N29西塘区州候选人林桂亿医生宣传简介 Part 2. Facebook (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 26 Mei 2020.
  2. ^ "ROBERT LING KUI EE". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  3. ^ a b "N29 Sidam: P15 - SUNGAI PETANI". undi.info. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  4. ^ Nor Farhani Che Ad (27 Oktober 2018). "Johari tewas di Sungai Petani". BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  5. ^ "2 Adun PKR keluar parti, Kedah jatuh ke tangan PN". Malaysiakini.com. 12 Mei 2020. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  6. ^ "ADUN Sidam lepaskan semua jawatan dalam parti". Astro Awani (video). 12 Mei 2020. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  7. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "PN Kedah miliki majoriti mudah bentuk kerajaan baharu". BH Online. Foto oleh Amran Hami. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  8. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin". myMetro. Foto oleh NSTP. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  9. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Noorazura Abdul Rahman (20 Mei 2020). "10 EXCO Kedah angkat sumpah". BH Online. Foto oleh BERNAMA. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  10. ^ Abd Hadi Che Awang (20 Mei 2020). "10 Exco Kedah dilantik, tampilkan 4 muka baharu". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]