Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek | |
|---|---|
| فَضْلِنَا صِدِّيق | |
| Menteri Pendidikan | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim Ismail (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Lim Hui Ying (2022–2023) Wong Kah Woh (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Radzi Jidin |
| Kawasan pilihan raya | Nibong Tebal |
| Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
| Menyandang jawatan 17 Julai 2022 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Juwairiya Zulkifli |
| Didahului oleh | Fuziah Salleh |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Nibong Tebal | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Mansor Othman (PN–BERSATU) |
| Majoriti | 16,293 (2022) |
| Senator Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 1 September 2021 – 5 November 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Didahului oleh | Yusmadi Yusoff |
| Digantikan oleh | Amir Md Ghazali |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Fadhlina binti Siddiq 16 Oktober 1977 |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | (sejak 2015) |
| Pasangan | Mohd Fadzli Arsad |
| Anak | 6 |
| Ibu bapa | Siddiq Fadzil (m. 2021) |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda Undang-undang) Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Undang-undang) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Fadhlina binti Sidek (Jawi: فَضْلِنَا صِدِّيق; lahir 16 Oktober 1977) ialah seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022 serta Ahli Parlimen (AP) bagi Nibong Tebal sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Senator dari September 2021 hingga meletakkan jawatan pada November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Sejak Julai 2022, beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Wanita PKR. Fadhlina merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan dalam sejarah Malaysia.
Sebelum menceburi bidang politik, Fadhlina aktif sebagai aktivis dan peguam yang menumpukan kepakaran dalam bidang undang-undang kekeluargaan Islam dan kebajikan kanak-kanak. Beliau juga mengasaskan firma guamannya sendiri, Tetuan Fadhlina Siddiq & Associates.[1]
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Fadhlina merupakan anak kepada Allahyarham Siddiq Fadzil, bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Hulu Langat pada tahun 1994. Beliau kemudian menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Sarjana Muda Undang-undang Syariah (LLB (Syariah)) pada tahun 2002, serta ijazah Sarjana Undang-undang (LLM) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2008.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Fadhlina memulakan kerjaya politiknya pada tahun 2020 apabila beliau menyertai parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Wanita Undang-undang dan Pembangunan Komuniti. Pada Julai tahun yang sama, beliau turut dipilih sebagai Ketua Wanita parti tersebut. Pada September 2021, beliau dilantik sebagai Senator mewakili negeri Pulau Pinang.[1]
Dalam Pilihan raya umum 2022, beliau bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal dan berjaya menewaskan penyandang kerusi, Mansor Othman daripada Perikatan Nasional (PN), dengan majoriti sebanyak 16,293 undi.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Fadhlina berkahwin dengan Mohd Fadzli Arsad dan mereka dikurniakan enam orang anak.[1]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P047 Nibong Tebal | Fadhlina Sidek (PKR) | 42,188 | 53.20% | Mansor Othman (BERSATU) | 25,895 | 32.65% | 79,308 | 16,293 | 79.26% | ||
| Thanenthiran Ramankutty (MMSP) | 10,660 | 13.44% | ||||||||||
| Goh Kheng Huat (BEBAS) | 565 | 0.71% | ||||||||||
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]
- Tunas ahli politik Malaysia
- Kelahiran 1977
- Orang hidup
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Jawa
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Menteri pendidikan di Malaysia
- Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Senator wanita Malaysia
- Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia

