Anjing pemburu harimau bintang Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu harimau bintang Amerika
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 35–75 paun (16–34 kg)
Tinggi 21–27 inci (53–69 cm)
Bulu Pendek dan licin
Warna Biru, hitam, mencit, merah, kuning, brindle, dengan putih atau tompok-tompok warna lain
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu harimau bintang Amerika[a] ialah satu baka anjing pemburu Amerika. Ia diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) sebagai anjing pemburu bau dan berada dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.[1][2]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu harimau bintang Amerika adalah setinggi 21–27 inci (53–69 cm) dan mungkin berukuran seberat 35–75 paun (16–34 kg). Ia terdapat dengan corak harimau bintang atau bertompok dan mungkin berwarna merah, biru, merle, brindle, hitam, atau berwarna lain, dengan putih yang membentuk kurang daripada sepertiga lapis bulu. Anjing pemburu harimau bintang mempunyai lapis bulu padat dan pendek, telinga labuh sederhana panjang, dan mungkin mempunyai mata kuning, perang, atau biru.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu harimau bintang Amerika dianggap diturunkan daripada anjing yang dibawa ke Dunia Baru oleh penakluk Sepanyol ke Mexico. Ia kemudian dibawa ke Amerika Syarikat oleh peneroka yang menggunakannya untuk memburu beruang. Ia diiktiraf sebagai Leopard Cur oleh UKC pada tahun 1998. Nama itu diubah kepada American Leopard Hound ("anjing pemburu harimau bintang Amerika") pada tahun 2008.[1] Walaupun anjing pemburu harimau bintang Amerika tidak diiktiraf secara rasmi oleh AKC, ia berada dalam Khidmat Ternakan Asasi mereka[3] dan telah kekal begitu sejak tahun 2012.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هريماو بينتڠ اميريکا; bahasa Inggeris: American leopard hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Breed Standards: American Leopard Hound". United Kennel Club. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  2. ^ a b "American Leopard Hound Dog Breed Information". American Kennel Club. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. ^ "Foundation Stock Service". American Kennel Club. Dicapai pada 31 Mac 2024.