Rohani Abdul Karim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Sri
Hajah Rohani binti Abdul Karim
SSAP (Pah); PNBS, PGBK (Swk)
Rohani abdul karim.PNG
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P201 Batang Lupar
Memegang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehWan Junaidi Tuanku Jaafar
Majoriti10,964 (PRU-13)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (pemangku)
Digantikan olehDatuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
9 April 2009 – 1 April 2013
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehBarisan Nasional.png Gerakan.gif Tan Lian Hoe
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ahmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 3 April 2009
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehBarisan Nasional.png Gerakan.gif Mah Siew Keong
Digantikan olehBarisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Chua Tee Yong
Butiran peribadi
Lahir (1955-01-03) 3 Januari 1955 (umur 64)
Sri Aman, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
Parti politikBN-100px.jpg Barisan Nasional
Tinggi310px
PasanganAbdul Rauf
IbuRajipah Abdul Razak
BapaAbdul Karim Abeng
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Dato’ Sri Rohani Abdul Karim (lahir 3 Januari 1955) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional. Beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. Beliau turut menyertai jemaah menteri baru dalam majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 16 Mei 2013.

Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013). Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh, iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018).[1][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1955 di Simanggang (kini dikenali sebagai Sri Aman), Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu. Beliau telah meneruskan pendidikan atasan di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang perusahaan agro. Beliau kemudiannya kembali melanjutkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata.

Rohani Abdul Karim (tengah) bersama dengan timbalan beliau, Azizah (kanan) serta Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur selaku Ketua Setiausaha (kiri) di pejabat rasmi Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat

Penglibatan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 1990, YB. Dato' Rohani telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Santubong.

Pada pilihan raya umum 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan Kerusi Parlimen Santubong. Pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar,Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.

Sekali lagi beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batang Lupar menentang wakil dari parti PAS pada pilihan raya umum 2008 dengan 70 peratus undi memihak kepada beliau. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 9 April 2009, Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu saja memegang pucuk pimpinan negara ketika itu telah mengamanahkan beliau untuk mengambil alih tugas Tan Lian Hoe selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pada 15 Mei 2013,beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri pada 17 Mei 2013.

Ahli Parlimen Batang Lupar[sunting | sunting sumber]

Beliau terkenal dengan personaliti mesra rakyat di kawasan Batang Lupar. Walaupun sentiasa berada di Semenanjung Malaysia demi melaksanakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, namun itu tidak memberikan alasan kepada beliau untuk sentiasa menziarah rakyat - rakyat di kawasan Batang Lupar. Beliau juga seorang yang mesra IT kerana sering mengemaskini laman twitter[3] serta laman facebook[4].


Keputusan Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Santubong, Sarawak[5]
Tahun Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi %
1990 Rohani Abdul Karim (PBB) 10,200 77% Wan Zainal Abidin Wan Sanusi (PERMAS) 2,832 21%
1995 Rohani Abdul Karim (PBB) 11,702 83% Paruwadi Musa (Bebas) 1,791 13%
1999 Rohani Abdul Karim (PBB) 7,955 56% Hussaini Hamdan (PKR) 6,060 43%
Parlimen Malaysia: Batang Lupar, Sarawak[5]
Tahun Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi % Bebas Undi %
2004 Rohani Abdul Karim (PBB) Menang tanpa bertanding
2008 Rohani Abdul Karim (PBB) 11,015 77% Abang Eddy Allyanni (PAS) 2,923 20% Ali Semsu (Bebas) 250 2%
2013 Rohani Abdul Karim (PBB) 15,625 75% Abang Zulkifli bin Abang Engkeh (PKR) 4,661 23%

Pilihan raya Malaysia 2013[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Rohani Binti Abdul Karim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Batang Lupar, negeri Sarawak. Rohani Binti Abdul Karim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15, 625.

Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat Pakatan Rakyat yang hanya mendapat 4, 661 undi - Kalah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rohani binti Haji Abd. Karim, Y.B. Datuk Hajah". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 25 December 2009. Dicapai 13 April 2010. 
  2. ^ "Najib Announces List of Members of His Transformation Cabinet". Bernama. 15 May 2013. Dicapai 15 May 2013. 
  3. ^ "Rohani Abdul Karim Official Twitter". Dicapai 17 Mei 2013. 
  4. ^ "Rohani Abdul Karim official facebook". Dicapai 17 Mei 2013. 
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai 13 April 2010.  Percentage figures based on total turnout.