Sarawak Delta Geopark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geopark Delta Sarawak ialah geopark kebangsaan yang berada di Malaysia, ataupun lebih tepatnya di Wilayah Sarawak, yang merangkumi Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Kecil Padawan, dan juga Daerah Kecil Siburan [1].

Perihal[sunting | sunting sumber]

pada program pembangunan Kebangsaan Geopark Delta Sarawak, diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-6, dalam Malaysia [2], menurut menteri tenaga dan sumber daya alam Datuk Seri Takiyuddin Hassan pengiktirafan itu telah disahkan pada 20 Jun 2022, di mesyuarat jawatankuasa geopark kebangsaan [3].

Geopark itu memiliki keluasan 3,112 KM persegi, dengan 28 Geotapak, 12 Biotapak dan 14 Tapak Budaya [4], Delta tersebut mempunyai kepelbagaian biodiversiti dengan spesies endemik Borneo seperti Orang Utan, Monyet Belanda (Proboscis Monkey) dan Cicak Batu Fairy (Fairy Rock Gecko) [5].

Selain itu, Delta Sarawak turut kaya dengan warisan budaya melibatkan seni bina, peralatan muzik, senjata sehingga kepada makanan yang terhasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum [5].

Pengiktirafan keenam pada Delta Sarawak adalah selepas Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak; Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah; Geopark Kebangsaan Kinabalu, Sabah dan Geopark Kebangsaan Labuan [5][6].

Usaha pewujudan dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

selepas mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan, ia ada mengusahakan untuk mendapatkan status sebagai Geopark Global, jika berjaya, maka Delta Sarawak, akan menjadi geopark global yang ketiga di Malaysia, dan pertama di Sarawak (selepas Langkawi UNESCO Global Geopark dan The Kinabalu UNESCO Global Geopark.) [7], dalam usaha mendapat status sedemikian, Kerajaan Sarawak, membuat kunjungan ke Pulau Jeju, dan pihak Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata

Kerajaan Sarawak berhasrat agar Delta Sarawak diiktiraf sebagai Geopark Global Unesco (UGGp) kerana geopark ini berpotensi memacu pembangunan sosio-ekonomi negeri.

dan beliau juga berkata

"Kami akan membangunkan tapak geo kami sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan geopark kami, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat sosio-ekonomi yang ketara kepada komuniti tempatan kami melalui penciptaan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan"

[8].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "EKSPEDISI SARAWAK DELTA GEOPARK". Forestry Sarawak. Dicapai pada 2023-06-18.
  2. ^ BERNAMA (23 Jun 2022). "Delta Sarawak diiktiraf Geopark Kebangsaan". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. Kawasan Delta Sarawak yang terletak di selatan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ DayakDaily (23 Jun 2022). "Sarawak Delta recognised as 6th national geopark". dayakdaily.com (dalam bahasa Inggeris). Dayak Daily (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. Minister of Energy and Natural Resources Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the recognition was confirmed on June 20 during the first National Geopark Committee Meeting this year.
  4. ^ rakan03sarawak (10 November 2022). "Delta Sarawak diiktiraf Sebagai Geopark Kebangsaan". www.rakansarawak.com. Rakan Sarawak (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. Geopark berkenaan yang kini dinamakan sebagai 'Geopark Kebangsaan Delta Sarawak' berkeluasaan 3,112 Kilometer (km) persegi kaya dengan keunikan landskap batuan (28 geotapak), kepelbagaian biologi (12 biotapak) dan budaya (14 tapak budaya).(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  5. ^ a b c Khairulanuar Yahaya (23 Jun 2022). "Delta Sarawak diiktiraf Geopark Kebangsaan keenam". malaysiagazette.com. Malaysia Gazette (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. Delta tersebut mempunyai kepelbagaian biodiversiti dengan spesies endemik Borneo seperti Orang Utan, Monyet Belanda (Proboscis Monkey) dan Cicak Batu Fairy (Fairy Rock Gecko), Selain itu, Delta Sarawak turut kaya dengan warisan budaya melibatkan seni bina, peralatan muzik, senjata sehingga kepada makanan yang terhasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum, Pengiktirafan keenam ini adalah selepas Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak; Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah; Geopark Kebangsaan Kinabalu, Sabah dan Geopark Kebangsaan Labuan.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ BERNAMA (23 Jun 2022). "Delta Sarawak diiktiraf Geopark Kebangsaan". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. Pengiktirafan keenam ini adalah selepas Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak; Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah; Geopark Kebangsaan Kinabalu, Sabah dan Geopark Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ Azizah Alwi (18 Jun 2023). "Delta Sarawak sasar pengiktirafan UNESCO". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. Selepas disenaraikan sebagai Geopark Kebangsaan pada 20 Jun tahun lalu, Kerajaan Sarawak kini menyasarkan Delta Sarawak untuk memperoleh pengiktirafan Geopark Global UNESCO.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  8. ^ MARILYN TEN (18 Jun 2023). "Govt aspires for Sarawak Delta to be recognised as Unesco Global Geopark, says Awg Tengah". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 18 Jun 2023. The geopark branding will further boost the tourism industry in Sarawak in tandem with the state’s reputation to preserve our natural treasures.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]