Kuala Pangsoon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kuala Pangsoon terletak di mukim Hulu Langat , Selangor, berhampiran dengan air terjun Sungai Congkak, Dusun Tua dan Sungai Tekali. Pangsoon merupakan jalan mati bagi kawasan ini.

  • Orang Asli suku Temuan tinggal di sini . Mereka mengamalkan budaya menyerupai orang Melayu. Sesetengahnya telah berugama Islam . Nama-nama yang digunakan ialah nama Melayu seperti Diana dan Mohtar.
  • Empangan Hulu Langat terletak di sini bagi membekalkan air bagi daerah Hulu Langat , Semenyih dan Kajang.
  • Gunung Nuang (1493 m) merupakan gunung yang tertinggi di Selangor. Trak untuk pendaki telah siap dibina dari bawah hingga ke atas . Kebenaran mesti diperolehi dari Jabatan Perhilitan dan Balai Polis Kajang agar bantuan kecemasan dapat diberikan jika kemalangan atau hilang. Dari puncak gunung, anda akan dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam dan Menara Berkembar Petronas.

Temuan Webpage[sunting | sunting sumber]

www.geocities.com/etemuan ( laman web bahasa Temuan )