XX Ray (siri filem)
XX Ray | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 330 minit (1–3) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
XX Ray ialah siri filem cereka sains Malaysia arahan Aziz M. Osman yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip, terbitan Nizarman.[1] Ia terdiri daripada 3 filem cereka, bermula dengan tayangan filem pertama bertajuk sama pada 24 Disember 1992, kemudian diikuti dengan filem kedua yang ditayangkan pada 25 November 1995. Filem ketiga dan terakhir dalam francais ini, XX Ray III ditayangkan pada 24 Januari 2019 dan menjadi filem XX Ray pertama dalam tempoh 24 tahun selepas filem kedua.[2] Kejayaan XX Ray turut membawa kepada penerbitan sebuah siri drama televisyen bertajuk Misi XX-Ray.
Filem cereka
[sunting | sunting sumber]XX Ray (1992)
[sunting | sunting sumber]Dikeluarkan pada 24 Disember 1992, XX Ray berkisarkan tentang Amir, seorang mahasiswa di sebuah universiti, begitu obses dengan angkasa lepas, dan dia kemudiannya mencipta sebuah topi keledar yang menggunakan kuasa tahi bintang. Topi keledar berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan topi keledar berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.2 juta.[3][4][5][6]
XX Ray II (1995)
[sunting | sunting sumber]Dikeluarkan pada 25 November 1995, XX Ray II berkisarkan tentang Johan dan Tina, saintis kadet di pusat sains. Johan mendakwa bahawa dia mencipta mesin pelupusan laser yang sebenarnya ialah hasil cetusan idea Tina. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta berbanding filem pertama.[7][8][9]
XX Ray III (2019)
[sunting | sunting sumber]Dikeluarkan pada 24 Januari 2019, XX Ray III berkisarkan tentang 3 pelajar universiti, Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan, sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996. Filem ini menerima pelbagai ulasan negatif dan hanya meraih kutipan terendah berbanding 2 filem terdahulu.[10][11]
Siri televisyen
[sunting | sunting sumber]Misi XX-Ray (2006–2007)
[sunting | sunting sumber]Siri TV susulannya, Misi XX-Ray, telah memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 18 April 2006 hingga 5 Mei 2007 sebanyak 2 musim dan 26 episod. Ia dibintangi oleh Syed Aiman, Farah Putri, Qazem Nor dan Raja Farah. Episod pengenalan telah diterbitkan sebagai telefilem telah bersiaran pada 15 April, iaitu 3 hari sebelum tayangan perdana rasmi drama ini.[12]
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak | Filem | ||
---|---|---|---|
XX Ray (1992) |
XX Ray II (1995) |
XX Ray III (2019) | |
Amir | Aziz M. Osman | ||
Annuar | Faizal Hussein | Faizal Hussein | |
Aishah | Nor Aliah Lee | ||
Zulina | Sharmaine Farouk | ||
Karim | Edika Yusof | ||
Ramlah | Bibiyana Loyola | ||
Beragas | Ibrahim Pendek | ||
Kublai | Ebby Yus | ||
Tok Binjai | S.A. Bakar | ||
Ismail | Shaharuddin Thamby | ||
Sharul | Esma Daniel | ||
Amat | Mazlan Kamal | ||
Colan | Koo Chee Sing | ||
Aida | Syanie | ||
So'ud/Guntur | Osman Kering | ||
Profesor Amin | Jaafar Onn | ||
Pembeli topi XX Ray | Malek Noor | ||
Makhluk UFO | Erma Fatima | ||
Shima | Lydiawati | ||
Seri Bayu | Ida Nerina | ||
Hang Tuah | Jalaluddin Hassan | ||
Sultan Mansur Shah | Azmil Mustapha | ||
Johan | Bonni Sta. Maria | ||
Tina | Aleeza Kasim | ||
Hang Jebat | Razak Razman | ||
Profesor Yeoh | Richard Law | ||
Bendahara | Baharuddin Harun | ||
Mak Dayang | Aishah Abdullah | ||
Rayyan | Izzue Islam | ||
Lana | Nonny Nadirah | ||
Sam | Adam John | ||
Adel | Ardell Aryana | ||
Rosman | Dazrin Kamarudin | ||
Badrul | Ashraf Muslim | ||
Azli | Saiful Apek | ||
Tan Sri Ismail | Rahim Razali | ||
Harun | Razak Ahmad |
- Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.
Kru
[sunting | sunting sumber]Kru | Filem | ||
---|---|---|---|
XX Ray (1992) |
XX Ray II (1995) |
XX Ray III (2019) | |
Pengarah | Aziz M. Osman | ||
Penerbit | Ruhani Abd. Rahman | Lily Lokman | |
Penulis skrip | Yusof Haslam | ||
Penyunting | Mariam Ibrahim | Aziz M. Osman | |
Sinematografi | Badaruddin Azmi | Aryo Pingit Ramli Long | |
Muzik | Azman Abu Hassan | M. Nasir | Trabye |
Syarikat penerbitan | Nizarman | Ace Motion Pictures Empire Film Solution | |
Tarikh keluaran | 24 Disember 1992 | 25 November 1995 | 24 Januari 2019 |
Tempoh masa | 116 minit | 103 minit | 109 minit |
Siri televisyen
[sunting | sunting sumber]Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak | Siri televisyen | |
---|---|---|
Misi XX-Ray (2006) |
Misi XX-Ray II (2007) | |
Arill | Syed Aiman | |
Eyza | Farah Putri | Nisha Dirr |
Jali | Munir (Phyne Ballerz) | |
Daniel | Qazem Nor | |
Marini | Raja Farah | |
Mid | Kamarool Haji Yusoff | |
Mud | Ramli Harun | |
Tidak diketahui | Awal Ashaari | |
Yasmin Haron | ||
Linda Hashim |
Kru
[sunting | sunting sumber]Kru | Siri televisyen | |
---|---|---|
Misi XX-Ray (2006–2007) | ||
Pengarah | Aziz M. Osman | |
Penerbit | Aziz M. Osman | |
Penulis skrip | Aziz M. Osman Nor Aliah Lee | |
Syarikat penerbitan | Ace Motion Pictures | |
Jumlah episod | 26 | |
Tarikh siaran pertama | 18 April 2006 | 5 Mei 2007 |
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Belanjawan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
XX Ray | 24 Disember 1992 | RM1.2 juta | RM1.5 juta | [4] |
XX Ray II | 25 November 1995 | RM1.5 juta | RM1.5 juta | [13] |
XX Ray III | 24 Januari 2019 | RM1.1 juta | RM2.5 juta | [14] |
Jumlah | – | RM3.8 juta | RM5.5 juta | – |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Nasif Badruddin (25 April 2006). "Aziz, XX-Ray sudah serasi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Muhammad Fairos Azizan (9 Disember 2018). "XX Ray masih ada peminat". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2019.
- ^ "Ada kelainan dalam XX-Ray". Berita Minggu. 29 November 1992. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ a b Zubairi Zabidin (5 Januari 1993). "XX Ray cipta sejarah industri filem tanahair". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2019.
- ^ Seri Intan Othman (13 Disember 1992). "Filem XX Ray bertaraf antarabangsa". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
- ^ Kamil Othman (10 Januari 1993). "XX Ray - A brave new world?" [XX Ray - Sebuah dunia baru yang berani?] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 18 Januari 2020.
- ^ Roslen Fadzil (1 Disember 1995). "Dimensi unik industri filem". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Kebayan (26 November 1995). "Usaha Aziz ubah sejarah masa depan". Metro Ahad. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (25 Oktober 1994). "XX Ray II a potential blockbuster" [XX Ray II bakal menjadi blokbuster] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (6 Februari 2019). "Maaf Aziz! Sukar untuk 'XX Ray III' menjadi karya yang akan dikenang". mStar Online. Dicapai pada 21 Januari 2020.
- ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: The weird science guy returns" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 24 April 2010.
- ^ Zubairi Zabidin (10 Disember 1995). "Aziz belum puas". Metro Ahad. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Phic Arman (5 Januari 2020). "Senarai 10 Filem Melayu Dengan Kutipan Paling Rendah 2019 Dari FINAS". Murai.my. Dicapai pada 21 Januari 2020.