Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Dr.
 Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Ahli Parlimen
untuk Santubong
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – kini

Timbalan Menteri Dalam Negeri
Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini

Tempat lahir Santubong, Sarawak
Parti politik Barisan Nasional Barisan Nasional (BN)
Pekerjaan Malaysia Anggota Parlimen
Agama Islam

Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. [1] Beliau merupakan ahli parlimen Batang Lupar kemudian parlimen Santubong, Sarawak selama 5 penggal mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) . Pada 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Timbalan Speaker Dewan Rakyat).Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri untuk kabinet malaysia 2013.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi ketua platun Pasukan Polis Hutan berpangkat inspektor. Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969-1973. Seterusnya sebagai peguam.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Santubong , negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.

Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% . Undi rosak sebanyak 248.

Prestasi perdebatan di Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1999, suasana perdebatan lebih sopan santun. Sebelum berdebat, mereka membuat kajian dan menunjukkan kualiti sebagai wakil rakyat untuk cari dan tegur kesilapan kerajaan. Bagaimanapun, selepas 1999, kualiti perdebatan mula merosot apabila teguran mula berkurangan dan cercaan peribadi seseorang mula bertambah. Keadaan ini masih berterusan hingga kini.

Persatuan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak. Beliau mencadangkan polis dan Kementerian Dalam Negeri menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan. Malaysia bukanlah berada dalam suasana perang. Beliau mencadangkan polis menggunakan pistol dan revolver sahaja berikutan dua insiden tembak membabitkan polis dan remaja di Seremban dan Shah Alam.[3]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Evolusi parlimen dan evolusi speker parlimen Malaysia ; DBP, 2010.
  2. Falsafah moral ilmu berpengakap  ; DBP, 2007.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]