Lee Kim Sai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri Lee Kim Sai

Timbalan Presiden MCA
Tempoh berjawat
September 1986 – Julai 1996
Didahului oleh Datuk Dr. Ling Liong Sik
Digantikan oleh Datuk Lim Ah Lek

Menteri Buruh
Tempoh berjawat
1986 – 1989

Tempoh berjawat
14 Ogos 1989 – 26 Oktober 1990
Didahului oleh Dato' Ng Cheng Kiat
Digantikan oleh Dato' Dr. Ting Chew Peh

Tempoh berjawat
1990 – 1995
Didahului oleh Dato' Ng Cheng Kiat
Digantikan oleh Datuk Chua Jui Meng

Parti politik BN-100px.jpg BN - MCA

Tan Sri Lee Kim Sai merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang pernah menjadi menteri di tiga kementerian serta menjadi Timbalan Presiden MCA.[1]

Isi kandungan

Politik [sunting]

Beliau aktif dalam parti MCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina melalui Barisan Nasional.

Beliau menjadi ADUN kawasan Rawang dan Kajang dan dilantik menjadi Exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau pernah menjadi menteri di tiga kementerian, Kementerian Buruh, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kesihatan.

Nama beliau diabadikan di sebuah kampung di pinggir bandar Rawang, yakni Kampung Dato' Lee Kim Sai.

Gelaran [sunting]

Lee Kim Sai pernah dianugerahkan gelaran Datuk, namun pada 23 Oktober 1987, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menarik balik gelaran tersebut kerana beliau terlibat dalam isu menaikkan sentimen perkauman, menyinggung perasaan orang Melayu dan Raja sehingga kerajaan melancarkan Operasi Lalang pada 1987. Pemimpin muda UMNO ketika itu mendesak gelaran datuk ditarik balik kerana menyatakan orang Melayu juga pendatang. Namun selepas itu beliau masih dijemput ke istana sama ada majlis rasmi atau majlis tertutup dan kemudian dianugerahkan semula gelaran Datuk.[2]

Pada 2000 pula, Lee Kim Sai telah menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.[3]

Rujukan [sunting]

  1. "Introduction : History of Party Formation" (dalam Bahasa Inggeris). Malaysian Chinese Association. 2007. http://www.mca.org.my/English/History/Pages/default.aspx. Capaian 23 Oktober 2008. 
  2. "Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin", Utusan Online, 22 November 2001. Dicapai pada 23 September 2008. 
  3. "Senarai Penerima Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan". Perpustakaan Negara Malaysia. 2003. http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk6/rk6b_2000.php. Capaian 23 Oktober 2008. 

Pautan luar [sunting]