Sosialis Antarabangsa
Sosialis Antarabangsa (Bahasa Inggeris: Socialist International, SI) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa parti-parti politik demokrasi sosial and buruh. SI dinamakan sempena Second International yang ditubuhkan pada tahun 1889 tetapi bubar pada hari sebelum Perang Dunia I pada tahun 1914. Antara tindakan-tindakan Second International yang paling dikenali termasuk perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa pada tahun 1889 dan perisytiharan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1910. Apabila Second International dipecahkan oleh pencetusan Perang Dunia I, timbulnya satu bentuk rangka berbentuk Suruhanjaya Sosialis Antarabangsa. International dibentuk semula pada tahun 1923 (sebagai Buruh dan Sosialis Antarabangsa), lalu digabungkan semula menjadi bentuknya hari ini, selepas Perang Dunia II (apabila banyak parti demokratik sosial dan sosialis tertindas di Eropah yang dikuasai Nazi).
Pada zaman selepas Perang Dunia II, SI membantu parti-parti demokratik sosial bangkit semula apabila pemerintahan diktator memberi laluan kepada demokrasi di Portugal (1974) dan Sepanyol (1975). Sehingga Kongres Geneva 1976, SI kekurangan ahli di luar Eropah dan tiada penglibatan rasmi dengan Amerika Latin[1]. Pada era 1980-an, kebanyakan parti SI menyumbangkan sokongan kepada pihak Sandinista Nicaragua (FSLN) yang kerajaan haluan kirinya baru membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat. Semenjak itu, SI menerima keahlian bukan sahaja FSLN bahkan juga golongan tengah-kiri Parti Kemerdekaan Puerto Rico, serta parti-parti bekas Komunis seperti Demokrat Kiri (Democratici di Sinistra, DS) Itali dan Barisan Pembebasan Mozambique (FRELIMO).
Parti Sosialis Eropah, sebuah parti politik Eropah yang aktif dalam Parlimen Eropah, merupakan sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan Sosialis Antarabangsa.
Isi kandungan |
Parti ahli [sunting]
Kini mentadbir [sunting]
Angola - Pegerakan Popular untuk Pembebasan Angola
Armenia - Persekutuan Revolusi Armenia
Aruba - Gerakan Pengundi Rakyat
Australia - Parti Buruh Australia
Austria - Parti Demokratik Sosial Austria
Belgium - Parti Sosialis
Belgium - Parti Sosialis Berbeza
Bulgaria - Demokrat Sosial Bulgaria
Bulgaria - Parti Sosialis Bulgaria
Cape Verde - Parti Afrika untuk Kemerdekaan Cape Verde
Switzerland - Parti Demokratik Sosial Switzerland
Chile - Parti Sosialis Chile
Chile - Parti Radikal Demokrat Sosial
Chile - Parti untuk Demokrasi
Ivory Coast - Barisan Popular Ivory
Mesir - Parti Demokratik Nasional
Estonia - Sotsiaaldemokraatlik Erakond
Jerman - Parti Demokratik Sosial Jerman (bercampuran dengan Kesatuan Demokratik Kristian)
Haiti - Kesatuan Demokrat Sosial Haiti
Hungary - Parti sosialis Hungary
Iraq - Kesatuan Patriotik Kurdistan
Iceland - Perikatan
Israel - Parti Buruh Israel (bercampuran dengan Kadima)
Itali - Parti Sosialis
Lubnan - Parti Sosialis Progresif
Lithuania - Parti Demokratik Sosial Lithuania
Maghribi - Kesatuan Sosialis Kuasa Popular
Mali - Parti Afrika untuk Perpaduan dan Keadilan
Mongolia - Parti Revolusi Rakyat Mongolia
Montenegro - Parti Demokratik Sosial Montenegro
Montenegro - Parti Democratik Socialis Montenegro
Mozambique - FRELIMO
Mauritius - Parti Buruh Mauritius
Nepal - Kongres Nepal
Belanda - Parti Buruh
New Zealand - Parti Buruh New Zealand- Ireland Utara - Parti Demokratik Sosial dan Buruh (rakan campuran dalam Perhimpunan Ireland Utara)
Nicaragua - Barisan Pembebasan Kebangsaan Sandinista
Norway - Parti Buruh Norway
Pakistan - Parti Rakyat Pakistan
Panama - Parti Revolusi Demokratik
Peru - Parti Aprista Peru
Portugal - Parti Sosialis
Saint Kitts dan Nevis - Parti Buruh St. Kitts dan Nevis
Saint Vincent dan Grenadines - Parti Buruh Perpaduan
San Marino - Parti Sosialis dan Demokrat
Slovakia - Arah - Demokrasi Sosial
Sepanyol - Parti Buruh Sosialis Sepanyol
Afrika Selatan - Kongres Kebangsaan Afrika (ANC)
Tunisia - Perhimpunan Berperlembagaan Demokratik
United Kingdom - Parti Buruh
Uruguay - Parti Sosialis Uruguay
Uruguay - Ruang Baru
Ahli penuh yang kini tidak mentadbir [sunting]
Albania - Parti Demokratik Sosial
Albania - Parti Sosilais Albania
Andorra - Parti Demokratik Sosial
Argentina - Parti Sosilais
Argentina - Kesatuan Awam Radikal
Barbados - Parti Buruh Barbados
Benin - Parti Demokratik Sosial
Bosnia dan Herzegovina - Parti Demokratik Sosial Bosnia dan Herzegovina
Brazil - Parti Buruh Demokratik
Burkina Faso - Kongres untuk Demokrasi dan Kemajuan
Cameroon - Barisan Demokratik Sosial
Kanada - Parti Demokratik Baru Canada
Colombia - Parti Liberal Colombia
Croatia - Parti Demokratik Sosial Croatia
Curaçao - Gerakan untuk Antilles Baru
Cyprus - Gerakan Demokrat Sosial
Republik Czech - Parti Demokratik Sosial Czech
Denmark - Demokrat Sosial
Republik Dominika - Parti Revolusi Dominica
Ecuador - Parti Kiri Demokratik
Guinea Khatulistiwa - Pertemuan untuk Demokrasi Sosial
Finland - Parti Demokratik Sosial Finland
Perancis - Parti Sosialis
Greece - Gerakan Sosialis Panhellenia
Guinea - Perhimpunan Rakyat Guinea
Hungary - Parti Demokratik Sosial Hungary
Republik Ireland - Parti Buruh
Israel - Meretz-Yachad
Jamaica - Parti Negara Rakyat
Jepun - Parti Demokratik Sosial
Latvia - Parti Buruh Demokratik Sosial Latvia
Luxembourg - Parti Buruh Sosialis Luxembourg
Macedonia - Kesatuan Demokratik Sosial Macedonia
Mali - Perhimpunan untuk Mali
Malaysia - Parti Tindakan Demokratik
Mauritius - Gerakan Militan Mauritius
Mexico - Parti Revolusi Demokratik
Niger - Parti untuk Demokrasi dan Sosialisme Niger
Paraguay - Parti Febrerista Revolusi
Poland - Perikatan Kiri Demokratik
Poland - Kesatuan Buruh
Puerto Rico - Parti Kemerdekaan Puerto Rican (PIP)
Romania - Parti Demokratik Sosial
Saint Lucia - Parti Buruh St. Lucia
Senegal - Parti Sosialis
Slovenia - Demokrat Sosial
Sweden - Parti Demokratik Sosial Sweden
Turki - Parti Rakyar Republikan
Amerika Syarikat - Sosialis Demokratik Amerika (tidak menganggap dirinya parti politik)
Venezuela - Tindakan Demokratik
Rujukan [sunting]
- ↑ The Dictionary of Contemporary Politics of South America, Routledge, 1989