Adeline Tsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adeline Tsen
Kelahiran
Adeline Anthony Primus Tsen

(1986-11-05) 5 November 1986 (umur 37)
Nama lainAdlin
Pekerjaan
Tahun aktif2009–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif2013–kini
Syarikat rakaman
Paranormal Records
Pengkarya berkait
One Nation Emcees

Adeline Anthony Primus Tsen (lahir 5 November 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan model wanita Malaysia.[1] Beliau banyak memegang watak antagonis dalam drama seperti Bukan Kerana Aku Tak Cinta[2] dan Rindu Awak 200%.[3] Beliau mula dikenali selepas membintangi drama bertemakan muzikal iaitu Hotel Mania terbitan KRU Studios pada tahun 2010. Pada Februari 2020, beliau diumumkan telah menyertai kumpulan One Nation Emcees sebagai ahli terbaru mereka bagi menggantikan Mimi Fly sebagai vokalis dimana ia telah dikosongkan sejak Mimi mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ONE sebelum ini.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Adeline berasal dari Kota Belud, Sabah dan menganut agama Kristian serta mempunyai darah keturunan Cina Hakka-Dusun Tindal.[5] Beliau juga merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik.[6]

Selain itu, Adeline pernah bersekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa , Kota Belud, Sabah. Beliau juga mempunyai ijazah dalam jurusan Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.[7] Beliau sebelum ini pernah menyuarakan hasrat ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di Akademi New York pada Julai 2014 namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas komitmen kerja yang padat.[8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Permulaan Adeline berkecimpung dalam bidang seni bermula pada tahun 2009, ketika itu beliau masih menuntut di sebuah universiti tempatan dalam jurusan perakaunan di Shah Alam, Selangor. Beliau hanya menerima tawaran berlakon filem sewaktu cuti semester dan ketika masa terluang sahaja. Watak yang ditawarkan oleh beliau ketika itu hanyalah watak sampingan dan tidak banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaraan kerana watak lakonan beliau cuma beberapa adegan sahaja. Antara filem lakonan beliau ketika itu bertajuk Senario The Movie Episode 2: Beach Boys. Namun, lama - kelamaan semakin ramai penerbit dan pengarah menawarkan Adeline berlakon dalam filem dan juga drama televisyen. Dari situ, beliau semakin aktif berlakon sehinggalah sekarang. Adeline juga pernah bernaung di bawah syarikat produksi MIG Talent Sdn. Bhd selama dua tahun sebelum menamatkan kontraknya pada tahun 2012 dan kini beliau menguruskan aktiviti seninya sendiri. Biarpun tanpa pengurusan mana - mana syarikat produksi , Adeline tetap terus mendapat pelbagai tawaran berlakon. [9]

Seterusnya, Adeline juga telah mengembangkan bakatnya dalam bidang seni dengan terbabit sebagai pengacara TV rancangan Rias Jelita untuk siaran RTM. Program ini difokuskan untuk penonton kaum wanita dan tumpuannya di tempat seperti spa dan sauna.

Adeline pada mulanya mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang nyanyian namun beliau memenuhi tuntutan bidang lakonan terlebih dahulu apabila penerbit David Teo melamar beliau membintangi filem terbitannya. Sebelum ini, beliau pernah melancarkan single pertama berjudul Kau Bagiku. [10] Single terbabit diterbitkannya sendiri , dicipta komposer Rudy Halim dan lirik hasil tulisan Mable Leo yang berkonsepkan R&B.

Selain itu, beliau juga telah sekali lagi mengeluarkan single berjudul Nadiku pada tahun 2016. Lagu ini merupakan karya Faizul Sany, pemenang Akademi Fantasia 2013 di bawah naungan Paranormal Records (Malaysia). [11]

Di samping itu, drama lakonan Adeline yang meletup dikalangan peminat drama ialah drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang bersiaran di Astro Mustika dan drama Rindu Awak 200% di TV3.

Pada 30 Jun 2017, Adelina telah muncul dalam sebuah telefilem berjudul Cinta Kucing Parsi bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Menampilkan barisan pelakon Nadzmi Adhwa , Sean Lee dan ramai lagi, drama arahan sutradara Zamri Zakaria itu menonjolkan kehidupan dua sahabat iaitu Alex dan Jamal yang kurang bernasib baik apabila terpaksa menjadi penganggur. [12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Perempuan Lemas Filem pertama, pelakon tambahan
2010 Adnan Semp-It Kawan Nadia
Senario Asam Garam Yah
2011 Klip 3GP Rita
Alamak Toyol Farah
2012 Adik Manja Returns Mei
2015 Pilot Cafe Liza
Gamatisme Reen / Nita
2021 Tuju Tuju The Movie Suzi
Tarantula X Inspektor Wanita Penampilan khas
2022 Operasi UFO
Seratus Penampilan khas
Daddyku Gangster Lisa

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 3 Janda Astro Prima
Zati & Si Mawas Zizi TV3
2010 Hotel Mania Emilia
Adnan Sempit The Series Astro Warna
Laila Asyikin Rani TV3
2013 Antara Laut China Selatan May Ong TV2
Bukan Kerana Aku Tak Cinta Aireen Damia Astro Mustika HD
2014 Rindu Awak 200% Irene TV3
2015 Selipar Jepun Stiletto Merah Unifi TV
2017 Shhh... I Love You Helen TV3
Arluna Fazleen Astro Prima
2019 Cinta Non Grata Kartini TV3
Setelah Ku Dimiliki Ufaira
2020 Tolong Sempurnakan Cerita Mami Astro Ria
Sepenggal Puisi Mei Lin Astro Citra Drama usahawan Malaysia-Indonesia
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Alicia TV3
2023 Alter-Naratif Wendy Viu Penampilan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Tanglung Bulan Semalam TVi
2015 Lokum Untuk Mama TV9
Imam Kacak Pakwe Kami TV1
2016 M.A.I.D Pun Nak Raya Maya Astro Ria
2017 Cinta Kucing Parsi Sharon TV9
Parut TV2
Petunjuk Michelle TV1
Kau Tetap Mei Hua
2018 Cekelat Tak Semanis Honey Astro Citra
Renjana ntv7
2021 Kari Ayam Mama TV9
2022 Hantu Karaoke Mei Lin TV3
2023 Hujan Merah TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Galaksi Sharp Peserta Astro Ria
2012 Rias Jelita Pengacara TV2
2013 Sesat Peserta Astro Ria berpasangan dengan Dira Abu Zahar
2015 Awak Kat Mana ?
Sepahtu Reunion Purple Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Rock"
2016 Astro Bella Homeworkout Tetamu Jemputan Astro Bella bersama Nana Mahazan
Raya Oh Raya Peserta TV2 penglibatan artis dalam menyelesaikan tugasan bertemakan Hari Raya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2013 Kau Bagiku Lagu tema drama Rindu Awak 200% (2014)
2015 Christmas Medley
2016 Nadiku

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Filem Gamatisme
Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tak takut dibenci". Utusan Online. Utusan Malaysia. 16 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-10. Dicapai pada 16 Februari 2016. Adeline Tsen sering bawa watak jahat kerana karakter itu mencabar
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Mei 2015). "Serasi watak jahat". Harian Metro Online. Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2015.[pautan mati kekal]
  3. ^ Addy Junaidi (25 Mac 2015). "Adeline Tsen Syukur Dapat Tembusi Pasaran Melayu". mStar Online. Dicapai pada 26 Mac 2015.
  4. ^ Asraf Aided (17 Februari 2020). "Ganti Mimi Fly, Adeline Tsen Diangkat Sebagai Ahli Baru One Nation Emcees". Astro Gempak. Dicapai pada 17 Februari 2020.
  5. ^ "Cinta dan pantang larang Adeline". Kosmo!. 5 Mac 2015. Dicapai pada 5 Mac 2015.
  6. ^ "Adeline Tsen terus raih tawaran". Berita Harian. 28 Februari 2015. Dicapai pada 1 Mac 2015.
  7. ^ 11 Mei 2014. Makan 12 biji kapsul sehari. Kosmo Online
  8. ^ 12 Ogos 2014, ditulis oleh Faten Saphilla Mohamed Isa. Adeline Tsen tangguh belajar di New York - Hiburan.[pautan mati kekal] Kosmo! Online
  9. ^ Oleh Abd. Aziz Itar pada 18 Disember 2012. Semakin menyerlah - Hiburan. Diarkibkan 2018-04-14 di Wayback Machine Utusan Online. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  10. ^ 25 Januari 2015 oleh Najiy Jefri. Adeline Tsen pilih lelaki romantik.[pautan mati kekal] Kosmo
  11. ^ 1 Oktober 2016. Berkenalan Dengan Adeline Tsen. Azhan.co
  12. ^ 29 Januari 2017, ditulis oleh Zulhilmi Jalil. Cinta Kucing Parsi kisah masyarakat majmuk - Hiburan. Kosmo! Online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]