Boris Yeltsin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Yeltsin" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Yeltsin (nyahkekaburan).
Boris Nikolayevich Yeltsin
Борис Николаевич Ельцин
Борис Николаевич Ельцин.jpg

Presiden Rusia Pertama
Tempoh jawatan
10 Julai 1991 – 31 Disember 1999
Perdana Menteri Yegor Gaidar
Viktor Chernomyrdin
Sergey Kiriyenko
Yevgeny Primakov
Sergei Stepashin
Vladimir Putin
Didahului oleh Jawatan diasaskan
Diganti oleh Vladimir Putin
Naib Presiden Alexander Rutskoy (1991-1993)

Lahir 1 Februari 1931
Butka, Sverdlovsk, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
Meninggal dunia 23 April 2007(2007-04-23) (umur 76)
Moscow, Rusia
Parti politik Parti Komunis Kesatuan Soviet (hingga 1990)
Bebas (mulai 1990)
Pasangan Naina Yeltsina
Tandatangan Boris Yeltsin's signature

Boris Nikolayevich Yeltsin (Bahasa Rusia: Mengenai bunyi ini Борис Николаевич Ельцин ; IPA: [bɐˈɾʲis nʲɪkɐˈɫaɪvʲɪtɕ ˈjelʲtsɨn]) (1 Februari 1931 – 23 April 2007) ialah Presiden pertama Persekutuan Rusia yang berkhidmat dari tahun 1991 hingga 1999.

Yeltsin mengambil alih tampuk pemerintahan dengan harapan tinggi. Pada 12 Jun 1991, beliau dipilih menjadi presiden Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dengan 57% undian, menjadikannya presiden pertama yang dipilih melalui undian awam. Sungguhpun demikian, sambutan orang ramai terhadap Yeltsin menjunam setelah negara Rusia mengalami krisis demi krisis ekonomi dan politik pada 1990-an. Zaman pemerintahan Yeltsin dicemari korupsi berleluasan, kegawatan ekonomi, dan masalah politik dan sosial yang besar. Ketika beliau meletak jawatan, kajian menganggarkan cuma 2% rakyat yang menyokong Yeltsin.[1]

Berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada Disember 1991, Yeltsin yang berikrar agar mengubah ekonomi perancangan pusat sosialis negaranya menjadi ekonomi pasaran bebas, mendukung pembebasan harga dan rancangan penswastaan. Akibat amalan rasuah dan faktor-faktor lain, kebanyakan kekayaan negara jatuh di tangan segelintir kecil orang sahaja.[2]

Pada bulan Ogos 1991, Yeltsin disanjung di peringkat antarabangsa kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat serta berjaya meredah percubaan merampas kuasa oleh ahli-ahli kerajaan Soviet yang menentang perestroika. Beliau melepaskan jawatan dengan sambutan dingin oleh penduduk Rusia yang mencemuhnya sebagai seorang autokrat yang lemah.[3] Beliau bertindak sebagai perdana menteri sendiri (hingga Jun 1992) atau melantik menteri-menteri sendiri tanpa menghiraukan parlimen. Pertelingkahan antara Yeltsin dengan parlimen memuncak dalam krisis perlembagaan pada Oktober 1993, apabila beliau mengerah tentera untuk menawan semula Rumah Putih Rusia, selepas musuh-musuhnya menawan bangunan tersebut. Pada tahun 1993 juga, Yeltsin mengisytiharkan perlembagaan baru yang memperkasakan kuasa presiden, yang diluluskan oleh referendum pada bulan Disember.

Beberapa jam sebelum hari pertama tahun 2000, Yeltsin menggemparkan dunia dengan mengumumkan beliau menyerahkan jawatan kepada Vladimir Putin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Transcripts of 'Insight' on CNN". CNN. 2002-10-07. Dicapai pada 2007-07-17. 
  2. ^ Åslund, Anders (September/October 1999). "Russia's Collapse". Foreign Affairs. Council on Foreign Relations. Dicapai pada 2007-07-17. 
  3. ^ Paul J. Saunders, "U.S. Must Ease Away From Yeltsin", Newsday, 14 May 1999. [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Jawatan politik
Didahului oleh
Vitaly Vorotnikov
Pengerusi Presidium Soviet Agung RSPS Rusia
29 Mei 1990–10 Julai 1991
Diikuti oleh:
Ruslan Khasbulatov
Didahului oleh
Konstantin Kobetz
Pemangku
Pemangku
Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia

16 Mac–18 Mei 1992
Diikuti oleh:
Pavel Grachev
Didahului oleh
Jawatan ditubuhkan
Presiden Rusia
10 Julai 1991–31 Disember 1999
Diikuti oleh:
Vladimir Putin