Gan Peck Cheng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yang Berhormat

Gan Peck Cheng
颜碧贞

PSI (II) (Johor)
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Penggaram
Memegang jawatan
21 April 2022
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 22 Januari 2022
Didahului olehBarisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Datuk Koh Chee Chai
Majoriti10,051 (2013)
17,205 (2018)
Timbalan Speaker
Dewan Negeri Johor
Dalam jawatan
28 Jun 2020 – 22 Januari 2022
SpeakerPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg Suhaizan Kaiat
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Baderi Dasuki
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Samsolbari Jamali
Butiran peribadi
Lahir (1966-11-21) 21 November 1966 (umur 55)
Batu Pahat Kampung Minyak Beku, Batu Pahat,
Johor Johor.
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Democratic Action Party Flag.svg DAP
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiFacebook

Gan Peck Cheng (Cina ringkas: 颜碧贞Cina tradisional: 顏碧貞pinyin: Yán Bìzhēn, merupakan ahli politik wanita Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau juga adalah bekas Timbalan Speaker di dalam Dewan Negeri Johor.[1] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau menang bertanding di kawasan N23 Penggaram, negeri Johor, dan beliau menang di tempat yang sama pada tahun 2018 dan tahun 2022.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau bekerja sebagai guru tadika.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 1990 di kerusi parlimen P133 Pontian. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau bertanding di kerusi negeri Johor, N23 Penggaram, Batu Pahat. Lawannya terdiri daripada Chua Soi Lek pada tahun 1995 hingga tahun 1999 dan Koh Chee Chai pada tahun 2004 hingga tahun 2008, kedua-dua lawan dari Persatuan Cina Malaysia (MCA). Chua Soi Lek juga merupakan orang kuat di MCA Bahagian Batu Pahat sehingga menjawat Presiden MCA. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di tempat yang sama dan berjaya mengalahkan calon baru dari BN-MCA, Dr King Ban Siang dengan majoriti sebanyak 10,051 majoriti undian dan diberikan mandat untuk mentadbir bagi penggal kedua berturut-turut di kerusi yang sama melalui Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau menerima saingan yang cukup kuat melibatkan pertandingan tiga penjuru. Keputusannya, beliau berjaya memperoleh undi sebanyak 26,825 (63.79%) manakala lawannya, Kang Beng Kuan (MCA) 9,620 (22.88%) dan Misran Samian (PAS) 5,185 (12.33%). Majoriti sebanyak 17,205. Melalui statistik keputusan PRU-14, beliau memperoleh bilangan majoriti tertinggi di dalam Dewan Negeri Johor dan dilantik sebagai Timbalan Speaker selepas Pakatan Harapan diberikan mandat penuh untuk membentuk kerajaan di negeri Johor.

Keputusan Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Johor: N23 Penggaram, Batu Pahat, Johor.[2]
Tahun Nama Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1995 Gan Peck Cheng (DAP) 6,137 22% Chua Soi Lek (MCA) 20,174 72% 27,905 14,037 73.97%
1999 Gan Peck Cheng (DAP) 7,349 25% Chua Soi Lek (MCA) 20,809 70% 29,552 13,460 74.95%
2004 Gan Peck Cheng (DAP) 6,247 26% Koh Chee Chai (MCA) 16,845 69% 24,598 10,598 74.68%
2008 Gan Peck Cheng (DAP) 12,186 45% Koh Chee Chai (MCA) 12,761 47% 26,252 575 76.05%
2013 Gan Peck Cheng (DAP) 24,277 61.60% King Ban Siang (MCA) 14,226 36.10% 39,408 10,051 87.30%
2018 Gan Peck Cheng (DAP) 26,825 63.79% Kang Beng Kuan (MCA) 9,620 22.88% 42,050 17,205 84.52%
Misran Samian (PAS) 5,185 12.33%
2022 Gan Peck Cheng (DAP) Ter Hwa Kwong (MCA)
Parlimen Malaysia: P133 Pontian, Johor.
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1990 Datuk Seri Ong Ka Ting (MCA) 24,362 62% Gan Peck Cheng (DAP) 14,978 38% 41,637 9,384 75.06%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Johor
    • Pingat Sultan Ibrahim 2010.png Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PIS II)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BORHAN AHMAD (28 October 2015). "DAP pilih Gan Peck Cheng ketua pembangkang Johor yang baru". Malaysia Dateline]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 18 May 2016. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.