Jefridin Atan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senator Dato' Haji

Jefridin Atan

DIMP (Pahang)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Memegang jawatan
15 September 2020
Berkhidmat dengan Lim Pay Hen
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Kukup
Memegang jawatan
21 April 2022
Didahului olehMd Othman Yusof
Pegawai Khas
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Dalam jawatan
4 April 2009 – 1 Mac 2020
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehMohamed Thajudeen Abdul Wahab
Butiran peribadi
Lahir (1968-01-19) 19 Januari 1968 (umur 56)
Pontian Kecil, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
BN
PN (sekutu)
MN
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Senator Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan (lahir 19 Januari 1968) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Johor sejak 13 September 2020. Beliau turut dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Johor bagi DUN Kukup selepas menang dalam pilihan raya negeri Johor 2022.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sejak 2001 hingga sekarang.[1] Sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), komponen terutama Barisan Nasional (BN), beliau juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai.[1][2]

Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019 selepas kematian penyandangnya, Datuk Wira Mohamed Farid Md Rafik, Jefridin pernah dicadangkan sebagai calon yang berpotensi atas tiket BN.[3] Biarpun sokongan terhadap bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng yang mewakili Persatuan Cina Malaysia (MCA) begitu kukuh, ada ramai orang-orang Melayu inginkan Jefridin sebagai calon BN kerana majoriti pengundi kawasan itu orang Melayu.[3] Walau bagaimanapun, BN akhirnya memilih Wee Jeck Seng sebagai calonnya,[4] dan pada 16 November, Wee berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.[5]

Pada 13 September 2020, beliau dilantik sebagai seorang Senator atas pelantikan Dewan Negeri Johor, setelah dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Ir. Hasni Mohammad.[1][6] 2 hari kemudian, beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatannya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Johor assembly: Tanjung Piai Umno division chief Jefridin Atan appointed senator". 13 September 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  2. ^ "DUN Johor lulus Datuk Jefridin Atan sebagai senator". 13 September 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  3. ^ a b "UMNO mungkin bertanding PRK Tanjung Piai - Zahid". 5 Oktober 2019. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  4. ^ "Wee calon BN di PRK Tanjung Piai". 30 Oktober 2019. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  5. ^ "BN tawan semula Tanjung Piai". 16 November 2019. Dicapai pada 3 October 2020.
  6. ^ "Jefridin dilantik sebagai Ahli Dewan Negara". 13 September 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  7. ^ "Ketua Umno Tanjung Piai angkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara". 15 September 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2020.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]