Pergi ke kandungan

Khairin-Nisa Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khairin-Nisa Ismail
خيرالنساء إسماعيل
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
(Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
Menyandang jawatan
26 Mac 2022
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarOnn Hafiz Ghazi
Didahului olehZaiton Ismail
Kawasan pilihan rayaSerom
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Serom
Menyandang jawatan
12 Mac 2022
Didahului olehFaizul Amri Adnan
(PHAMANAH)
Majoriti699 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On

(1965-10-02) 2 Oktober 1965 (umur 60)
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On (lahir 2 Oktober 1965) ialah seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi serta Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi kerusi Serom sejak Mac 2022. Beliau merupakan ahli dan Ketua Wanita Bahagian Ledang bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN. Beliau juga kini merupakan satu-satunya EXCO wanita Johor selepas penyingkiran bekas EXCO Johor Norlizah Noh daripada jawatannya pada Februari 2024.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan membuka firma guaman dinamakan sempena namanya, Khairin-Nisa & Co., di Muar, Johor pada 23 Mei 1990.[1]

Dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau bertanding bagi kerusi Serom mewakili Barisan Nasional (BN) dan menewaskan tiga calon lain — Rahmat Daud daripada Perikatan Nasional (PN), Asim Abdullah daripada Pakatan Harapan (PH) serta Azim Malek daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).[2][3][4]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[5]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2022 N11 Serom Khairin Nisa (UMNO) 8,507 38.40% Rahmat Daud (PAS) 7,808 35.24% 22,156 699 58.05%
Asim Abdullah (AMANAH) 5,509 24.87%
Abdul Azim Abdul Malek (PEJUANG) 332 1.50%
  1. ^ "Khairin-Nisa & Co., Muar". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  2. ^ "KEPUTUSAN TERKINI DUN N.11". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  3. ^ "Masyarakat DUN Serom mahu BN tadbir semula – Khairin-Nisa". 4 Mac 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  4. ^ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  5. ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2020. Dicapai pada 10 April 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]