Ghali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sebuah lancaran dari Madura, 1601. Perhatikan adanya 'balai' (panggung tempur), tiga meriam menghadap ke depan, dan sekurang-kurangnya satu meriam pusing terletak berhampiran bahagian belakang kapal.

Ghali atau gale (Jawi: غلي)[1] merujuk pada beberapa jenis kapal seperti gali dari kepulauan Nusantara. Di kepulauan itu, sudah ada beberapa kapal seperti gali, sebahagian dengan cadik. Ghali (atau istilah yang serupa) adalah hasil daripada pembinaan kapal laut asal Mediterranean, terutamanya yang diperkenalkan oleh orang-orang Arab, Parsi, Turki Uthmaniyah, dan Portugis. Walau bagaimanapun, istilah ini boleh merujuk pada kapal laut Mediterranean yang dibuat oleh penduduk tempatan, ataupun kapal laut tempatan yang mempunyai pengaruh Mediterranean.[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan ghali dan variasinya berasal daripada kata Portugis galé yang bererti "gali".[3] Huruf h ditambah kepada ejaan Ruminya kerana kata serapan ini ditulis dalam teks-teks Jawi dengan huruf ghain awal (غ) seperti dalam kata ghurab (Jawi: غراب).[2]:163

Sejarah dan keterangan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis kapal yang menggunakan nama yang serupa di kepulauan, perihalan dan pembinaan kapal masing-masing tidak semestinya sama.

Melaka[sunting | sunting sumber]

Gali Melayu abad ke-15 sampai 16.

Sebuah ghali diraja (ghali kenaikan raja) dari Kesultanan Melaka yang pernah dibina antara tahun 1509–1511 disebut Mendam Berahi. Panjangnya 60 gaz (180 kaki atau 54.9 m)[catatan 1] dan lebar 6 depa (36 kaki atau 11 m).[4] Menurut anggaran moden oleh Md. Salleh Yaapar, ghali ini memiliki 3 tiang, 100 dayung dan boleh membawa 400 orang[5]:61 dan dipersenjatai dengan 7 laras meriam.[6][7]:299[8]:180

Orang Melayu lebih gemar menggunakan kapal-kapal panjang dengan drauf cetek, berdayung, yang serupa dengan gali; seperti lancaran, ghurab, dan ghali untuk armada perang mereka. Ini sangat berbeza dengan orang Jawa yang lebih suka kapal-kapal bulat dengan drauf dalam dan dapat mencapai jarak jauh seperti jong dan malangbang. Punca perbezaan ini adalah kerana orang Melayu mengendalikan kapal mereka di perairan sungai, zon selat terlindung, dan persekitaran kepulauan, manakala orang Jawa sering bergiat di laut terbuka dan laut dengan ombak tinggi.[7]:270-277, 290-291, 296-301[2]:148, 155

Indonesia bahagian timur[sunting | sunting sumber]

Sebuah gali dengan layar terkembang, di sebelah barat Pulau Gilolo (sekarang Halmahera).

Di Indonesia timur, jenis kapal yang disebut galé (erti harfiah: gali) diadaptasi oleh Sepanyol dan Portugis untuk digunakan di Filipina dan Indonesia timur. Mereka panjang dan sempit, kapal menyempit ke depan dan belakang. Panjangnya ialah 7 atau 8 kali lebarnya. Mereka memiliki dek yang berjalan sepanjang perahu dan didorong oleh dayung panjang. Sebuah dek khas dibina untuk para prajurit, dan di sepanjang gali ditempatkan perisai untuk melindungi para pendayung dan para prajurit.[9]:378

Aceh[sunting | sunting sumber]

Sebuah kapal mirip gali milik Aceh menarik sebuah perahu, semasa pengepungan Melaka tahun 1568. Ia memiliki 3 tiang dan kemudi ganda, juga didorong dengan 12 baris dayung. Kerana memiliki 3 tiang, ia mungkin merupakan "lancaran bertiang tiga".

Kesultanan Aceh terkenal dengan penggunaan gali yang berasal dari Ottoman/Turki Utsmani. Menariknya istilah Aceh untuk gali adalah ghali, yang berasal dari kata Portugis galé, bukan dari istilah Turki untuknya (Kadırga).[2]:163 Ketika menyerang bangsa Portugis di Malaka pada tahun 1568, Kesultanan Aceh mengerahkan 4 gali besar dengan panjang 40–50 m, dan berpendayung 190 orang dalam 24 baris dayung, dipersenjatai dengan 12 camelo besar (3 di kiri dan kanan haluan, serta 4 di buritan), 1 basilisk (di hujung hadapan), 12 falcon, dan 40 laras meriam pusing.[2]:164 Saat itu meriam, senjata api, dan peralatan perang lainnya datang secara rutin dari Jeddah, dan orang Turki juga menghantar pakar ketenteraan, pakar gali, dan juruteknik.[10] Purata gali Aceh pada paruh kedua abad ke-16 mempunyai panjang sekitar 50 meter, memiliki dua tiang, dengan layar persegi dan layar atas, bukan layar lateen seperti di gali Portugis.[2]:165[11] Ia akan didorong oleh 24 dayung di setiap sisi, membawa kira-kira 200 orang di atas kapal, dan dipersenjatai dengan 20 meriam (dua atau tiga yang besar di haluan, sisanya meriam pusing yang lebih kecil).[2]:165

Pada serangan tahun 1575, Aceh menggunakan 40 gali 2 tiang dengan kapten Turki membawa 200–300 tentara yang berasal dari Turki, Arab, Deccani, dan Aceh. Gali kerajaan (ghorab istana) milik Aceh, Daya, dan Pedir dikatakan membawa 10 meriam, 50 lela, dan 120 cecorong (tidak termasuk ispinggar). Gali yang lebih kecil membawa 5 meriam, 20 lela, dan 50 cecorong.[12]:165 Sumber lokal dan sumber Barat menyebutkan bahwa Aceh memiliki 100–120 gali yang siaga kapanpun (tidak termasuk fusta dan galiot yang lebih kecil), tersebar dari Daya (pesisir Barat) ke Pedir (pesisir Timur). Sebuah gali yang ditangkap Portugis pada 1629 sangat besar, dan dilaporkan Aceh memiliki 47 buah totalnya. Panjangnya 100 m dan lebarnya 17 m, memiliki 3 tiang dengan layar persegi dan layar atas, digerakkan oleh 35 dayung dan dapat membawa 700 orang. Dipersenjatai 18 meriam besar (lima buah 55-pounder di haluan, satu 25-pounder di buritan, sisanya 17 dan 18-pounder), 80 falcon dan banyak meriam pusing. Kapal ini disebut "Espanto do Mundo", yang mungkin merupakan terjemahan perkataan Cakradonya (Cakra Dunia). Orang Portugis melaporkan bahawa gali-gali ini jauh lebih besar daripada segala macam kapal yang pernah dibuat di Dunia Kristian, dan bahkan kastilnya (bahagian belakangnya) memiliki tinggi menyamai kastil geliung.[2]:166

Jawa[sunting | sunting sumber]

Sebuah ghali dari Banten, 4 cetbang dapat dilihat.

Dua gambar dari Belanda tahun 1598 dan 1601 menggambarkan gali Banten dan gali Madura. Setiap satunya bertiang 2 dan bertiang 1. Berbeda dari gali-gali Laut Tengah, gali-gali Nusantara memiliki panggung tempat bertempur yang disebut "balai", dimana para askar berdiri. Balai adalah salah satu satu bahagian yang biasa dijumpai pada kapal-kapal perang di Nusantara.[13][2]:165 Gali-gali dan kapal-kapal mirip gali Jawa dibina mengikut arahan dari orang-orang Turki yang tinggal di Banten.[14]:132 plate 27[15]:85

Sulawesi[sunting | sunting sumber]

Gali tempatan yang menyerang geliung Belanda, di sebelah barat Pulau Ternate .

Pada pertengahan abad ke-17, Kesultanan Gowa memiliki galle' (atau galé) sepanjang 40 m dan selebar 6 m, yang dapat menampung 200–400 orang. Galle' Kesultanan Gowa lainnya memiliki panjang 23–35 m.[16]:85[17] Kapal-kapal itu digunakan oleh raja Gowa untuk melakukan pelayaran dan perdagangan laut antar pulau di Nusantara, baik di barat (Malaka, Riau, Mempawah, Kalimantan) atau di timur (Banda, Timor, Flores, Bima, Ternate, dan Australia Utara).[18][16]:85

Karaeng Matoaja, kepala pemerintah Gowa dan pangeran Tallo, diantara yang lainnya, memiliki sembilan gali, yang dibina pada tahun ketika Buton ditaklukan (1626). Kapal-kapal itu disebut galé. Dimensi mereka adalah 20 depah (36,6 m) panjangnya dan 3 depah (5,5 m) lebarnya. Mereka memiliki tiga kemudi: Dua kemudi Indonesia di kedua-dua belah buritan, dan sebuah kemudi tengah Eropa. Tidak menghairankan apabila Makassar memunyai gali di abad ke-17. Gowa telah mengekalkan hubungan persahabatan dengan Portugis sejak 1528.[15]:371-372

Kapal jenis ini biasanya dimiliki oleh orang-orang kaya dan raja-raja Bugis dan Makassar. Untuk perdagangan antar pulau, kapal gale Makassar dianggap sebagai kapal paling berkuasa, dan oleh itu digunakan oleh bangsawan Bugis-Makassar dan Malaya untuk mengangkut rempah-rempah dari Maluku. Penggunaan gale meningkatkan perdagangan maritim di Gowa, serta pelabuhan lain di Sulawesi Selatan, sejak abad ke-16.[19][16]:85

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 1 gaz Melayu sama dengan 33-35 inci atau 3 kaki. Lihat "gaz". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. m/s. 383.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "ghali". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 439. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ a b c d e f g h i Manguin, Pierre-Yves (2012). Lancaran, Ghurab and Ghali. Dalam G. Wade & L. Tana (Eds.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (m/s. 146–182). Singapore: ISEAS Publishing.
  3. ^ "English Translation of "galé"". Collins Portuguese-English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2020.
  4. ^ Musa, Hashim (2019). Teknologi perkapalan Melayu tradisional: Jong dan Ghali meredah tujuh lautan. In: Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2019, 15-17 Oktober 2019, Auditorium, Pepustakaan Negara Malaysia. m/s. 18.
  5. ^ Yaapar, Md. Salleh (2019). "Malay Navigation and Maritime Trade: A Journey Through Anthropology and History". IIUM Journal of Religion and Civilisational Studies. 2: 53–72.
  6. ^ Hikayat Hang Tuah, VIII: 165. Transkripsi: Maka Mendam Berahi pun di-suroh dayong ka-laut. Maka Laksamana memasang meriam tujoh kali. Maka kenaikan pun belayar lalu menarek layar.
  7. ^ a b Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
  8. ^ Robson-McKillop, Rosemary (2010). The Epic of Hang Tuah. ITBM. ISBN 9789830687100.
  9. ^ Tarling, Nicholas (1992). The Cambridge History of Southeast Asia: Volume 1, From Early Times to C.1800. Cambridge University Press. ISBN 9780521355056.
  10. ^ Boxer, Charles Ralph (1964). “The Acehnese attack on Malacca in 1629, as described in contemporary Portuguese sources”. In J. Bastin and R. Roolvink (eds.). Malayan and Indonesian Studies. Oxford: Oxford University Press. m/s. 105–121.
  11. ^ Augustin de Beaulieu (1996). Mémoire d'un voyage aux Indes orientale (1619–1622). Un marchand normand à Sumatra, édité par Denys Lombard. Pérégrinations asiatiques I (Paris: École française d'Extrême-Orient).
  12. ^ Iskandar, Teuku (1958). De Hikajat Atjeh. ‘s-Gravenhage: KITLV. m/s. 175.
  13. ^ Jacob Cornelisz Neck (1601). Het tweede Boeck, journael oft dagh-register, inhoudende een warachtich verhael ende historische vertellinghe vande reyse gedaen door de acht schepen van Amstelredamme, gheseylt inden maent martij 1598 onder ‘t beleydt vanden admirael Iacob Cornelisz Neck ende Wybrant van Warwijck als vice-admirael etc. Amstelredamme: Cornelis Claesz. m/s. 17.
  14. ^ Rouffaer, G.P. (1915). De eerste schipvaart der Nederlanders naar Oost-Indië onder Cornelis de Houtman Vol. I. Den Haag: 'S-Gravenhage M. Nijhoff.
  15. ^ a b Noteboom, Christiaan (1952). "Galeien in Azië". Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. 108: 365–380.
  16. ^ a b c Hadrawi, Muhlis (May 2018). "Sea Voyages and Occupancies of Malayan Peoples at the West Coast of South Sulawesi" (PDF). International Journal of Malay-Nusantara Studies. 1: 80–95.
  17. ^ Sidiq H. M., Muhammad (21 June 2019). "Kapal-Kapal di Wilayah Kesultanan Gowa Abad 17 M". IslamToday. Dicapai pada 23 January 2019.
  18. ^ Chambert-Loir, Henri. 2011. Sultan, Pahlawan dan Hakim, Lima Teks Indonesia Lama. Naskah dan Dokumen Lama Seri XXIX. Jakarta: KPG, Ecole Francaise d’Extreme-Orient, MANASSA, Pusat Kajian Islam dan Masyarakat-UIN Jakarta.
  19. ^ Christian Pelras, Manusia Bugis. Jakarta: Nalar, Forum Jakarta-Paris Ecole Francaise d’Extreme-Orient. (Translation of The Bugis, Oxford: Blackwell, 2006, m/s. 67)