Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
![]() | Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: artikel ini tidak menulis mengikut gaya tulisan Wikipedia dengan gambar tidak berkaitan diletakkan. (Mei 2013) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
جابتن كبودايان دان كسنين نڬارا | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
![]() Logo JKKN | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 1953 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34, Lot 1001, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur |
Kakitangan | 378 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 41,829,000 (2018) |
Eksekutif Kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia |
Tapak web | www |

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Tulisan Jawi: جابتن كبودايان دان كسنين نڬارا; singkatan: JKKN) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
JKKN bermula sebagai Bahagian Kebudayaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953. Kemudian pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan. Seterusnya, pada tahun 1972 Bahagian Kebudayaan dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Tahun 1987 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Tahun 1992 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Tahun 2004 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
22 Mac 2005 Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)
1 Feb 2007 Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)
18 Mac 2008 JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)
April 2009 JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Mulai 15 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.[2]
Visi dan misi[sunting | sunting sumber]
Melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.[3]
- Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya.
- Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
- Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya.[4]
Pengurusan tertinggi[sunting | sunting sumber]
Ketua Pengarah: YBhg Tan Sri Norliza bt. Rofli
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan): YBrs En. Mohamad Razy b. Mohamad Nor
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian): YBhg. Dato' Mod Zaky b.Hj. Din
Pengarah Kanan (Kebudayaan dan Kesenian): En Rosli b. Osman
Pengarah Kanan (Dasar dan Perancangan): En. Salehhuddin b. Md. Salleh
JKKN Negeri[sunting | sunting sumber]
Terdapat 14 pejabat JKKN di setiap negeri di Malaysia bermula dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Kawasan ini juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[5]