Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
ڤيهق بركواس ڤنربڠن عوام مليسيا | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
![]() | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Agensi terdahulu |
|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 27 Persiaran Perdana, Aras 1-4 Blok Podium, 62618 Putrajaya |
Kakitangan | 910 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 139,323,500 (2018) |
Eksekutif Kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Pengangkutan Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | www |
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Tulisan Jawi: ڤيهق بركواس ڤنربڠن عوام مليسيا) merupakan satu agensi kerajaan Malaysia. Ibu pejabatnya terletak di Putrajaya.[1]
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia(DCA) terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor. Jabatan ini sebuah jabatan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mengurus hal ehwal industri penerbangan awam negara.
Tanggungjawab agensi ini menyediakan kawalan trafik udara yang sistematik kepada semua negara yang ingin memasuki ke negara ini melalui jalan udara. Setiap laluan ruang udara di Malaysia dibawah kawalan jabatan ini. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) KLIA yang menentukan pergerakkan setiap pesawat antarabangsa yang ingin keluar dan masuk melalui ruang udara di negara ini.
Bahagian[sunting | sunting sumber]
- Unit Keselamatan Penerbangan bagi Bahagian Piawaian Lapangan Terbang bagi Jabatan Penerbangan Awam Malaysia ditubuhkan selepas kejadian Penerbangan 653 Syarikat Penerbangan Malaysia di Tanjung Kupang.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Contact Us." (Archive) Department of Civil Aviation. Retrieved on 29 April 2012. "No. 27 Persiaran Perdana Aras 1-4 Blok Podium 62618 Putrajaya"
- ^ "Aviation Security Division." (Archive) Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Dicapai pada 29 April 2012.
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Aircraft Accident Report, 1/78: Boeing 737 9M-MBD, Report 1/78, Accident Near Gelang Patah, Negeri Johor on 4th December 1977. Government Printing Department, 1978.