Jabatan Standard Malaysia
جابتن ستندرد مليسيا | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
![]() Jabatan Standard Malaysia | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 28 Ogos 1996 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Century Square, Level 1 & 2, Block 2300, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Kakitangan | 106 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 16,221,200 (2018) |
Eksekutif Kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) |
Laman sesawang | www |
Jabatan Standard Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ستندرد مليسيا) merupakan Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan, memberi keyakinan penuh kepada pihak yang berkepentingan, menerusi perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang boleh dipercayai untuk persaingan global. Ditubuhkan pada 28 Ogos 1996, Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) adalah sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sejak bertahun-tahun, STANDARDS MALAYSIA menjalankan peranan berkanun dalam standardisasi dan akreditasi dan dalam melaksanakan tugas dan fungsinya, ditadbir oleh Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
- April 23, 1996 - Parlimen Malaysia meluluskan Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549)
- Ogos 28, 1996 - Penubuhan Jabatan Standard Malaysia melalui Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549)
- September 1, 1996 - Jabatan Standard Malaysia secara rasminya beroperasi di tingkat 21, Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
- September 3, 2001 - Jabatan Standard Malaysia berpindah dari Shah Alam ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya
Visi Dan Misi[sunting | sunting sumber]
Visi : Diterima Rakyat, Diiktiraf Dunia.
Misi : Untuk menyediakan perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang kredibel untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi, masyarakat dan alam sekitar.
Jawatankuasa Penasihat[sunting | sunting sumber]
Fungsi utama Majlis Standard Dan Akreditasi Malaysia (MSDAM) ialah :
- Tertakluk kepada arahan dan pengawasan daripada Menteri, Ahli Majlis bertanggungjawab memberi nasihat dan cadangan untuk pertimbangan dan kelulusan Menteri dalam perkara-perkara berhubung standardisasi dan akreditasi berdasarkan Seksyen 13 (3) Akta 549.
- Ahli Majlis juga bertanggungjawab memastikan kesinambungan pelaksanaan aktiviti yang perlu dalam menyempurnakan tugas dan fungsi berkaitan standardisasi dan akreditasi serta perkara-perkara berkaitan.
- Subject to Act 549 and any direction of the Minister, the Council may establish the rules for their own activities.[2]
Fungsi Utama[sunting | sunting sumber]
Badan Standard Kebangsaan[sunting | sunting sumber]
Jabatan Standard Malaysia sebagai badan standard kebangsaan merupakan ahli badan standardisasi antarabangsa iaitu International Organization for Standardization (ISO) dan International Electrotechnical Commission (IEC).
Badan Akreditasi Kebangsaan[sunting | sunting sumber]
Sebagai badan akreditasi, Jabatan Standard Malaysia menyediakan pekhidmatan akreditasi yang berwibawa kepada makmal, badan pemeriksa dan pensijilan untuk menembusi pasaran dengan lebih baik dan pengiktirafan global bagi kecekapan teknikal dan jaminan kualiti.
Seperti yang termaktub dalam Akta 549, tugas utama Jabatan Standard Malaysia berkaitan dengan akreditasi adalah bertanggungjawab terhadap penilaian dan akreditasi badan penilaian pematuhan (CAB). CAB, seperti yang ditakrifkan oleh ISO / IEC 17011: Penilaian pematuhan - Keperluan untuk badan pentauliahan yang diberi pengiktirafan badan penilaian, adalah badan yang melakukan perkhidmatan penilaian pematuhan atau akreditasi seperti makmal, badan pensijilan, pemeriksaan badan, kemudahan ujian dan ujian kemahiran pembekal. Pada masa ini terdapat lima skim akreditasi yang ditawarkan iaitu;
- Skim Akreditasi Makmal Malaysia(SAMM)
- Skim Akreditasi Badan Persijilan (ACB)
- Skim Akreditasi Badan Pemeriksaan Malaysia (MIBAS)
- Skim Akreditasi Pengiktirafan Kecekapan Pembekal Pengujian (MyPTP) dan;
- Program Pematuhan Amalan Makmal Baik (GLP CP).
Contoh Malaysian Standard (MS)[sunting | sunting sumber]
- MS 974 Specification for Rubber Swimming Fins
- MS 1722 Occupational Safety and Health Management Systems – Requirements