Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan Tenaga Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Sebelum tahun 1960-an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan lombong’. Pada tahun 1970, Jabatan Buruh digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian yang membabitkan pekerja dan kesatuan.

Beberapa perubahan kemudiannya dilakukan untuk memastikan tugasan dan tanggungjawab institusi perburuhan menjadi lebih licin. Antara perubahan itu termasuk pemisahan antara Jabatan Buruh dari Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi. Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.

Pada February 2003, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan dengan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) menjadi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta. [1]

Ia termasuk

  • Perkhidmatan Pekerjaan
  • JobsMalaysia Center (JMC)
  • JobsMalaysia Point (JMP)
  • Bekerja Dari Rumah
  • Tenaga Kerja OKU

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]