Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Pendaftaran Negara
جابتن ڤندفترن نڬارا
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Logo rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).jpg
Logo Jabatan
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1948; 71 tahun yang lalu (1948)
JenisKerajaan
Ibu pejabatNo 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62551 Putrajaya
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Mohammad Razin Abdullah, Ketua Pengarah
Agensi indukKementerian Dalam Negeri Malaysia
Dokumen-dokumen penting
  • Akta Pendaftaran Negara 1959
Tapak webwww.jpn.gov.my

Jabatan Pendaftaran Negara (Tulisan Jawi: جابتن ڤندفترن نڬارا; singkatan: JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan - kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan. Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.

Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya

Pautan luar[sunting | sunting sumber]