Jabatan Tenaga Manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan Tenaga Manusia (Malaysia) merupakan salah satu dari jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) yang ditubuhkan pada tahun 1967. [1]

Pada awal tahun 2000, fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja, dengan itu namanya ditukarkan kepada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Pada awal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta.

Pada ketika ini Jabatan Tenaga Manusia telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka Jabatan Tenaga Manusia telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Dari tahun penubuhannya sehingga kini, Ketua Pengarah - Ketua Pengarah yang menerajui jabatan JTR-JTM ini adalah:-

  • En Fong Soon Heng
  • En. Anuar Latip bin Abdul
  • En. Mahmud Bin Idris
  • Tuan Hj Alias Bin Sulaiman
  • Tuan Haji Hasnan Pie (16 Mei 1981 ~ 18 Oktober 1994)
  • Y.Bhg. Tan Sri Zainol Abidin Bin Abd. Rahsid (19 Oktober 1994 ~ 31 January 1998)
  • Y.Bhg. Dato' Nawi Bin Haji Ahmad (1 Feb 1998 ~ 11 September 2004)
  • Y.Bhg. Dato' Abdul Rashid Bin Saad.(12 September 2004 ~ 24 Julai 2006)
  • Y.Bhg. Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan (16 Ogos 2006 hingga kini)


Rujukan[sunting | sunting sumber]