Jabatan Perangkaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Perangkaan
جابتن ڤراڠكأن
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 1949; 69 tahun yang lalu (1949)
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514 Putrajaya
Kakitangan 3,251 (2018)
Belanjawan tahunan MYR 176,073,600
Eksekutif agensi
  • Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan
Agensi induk Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Perangkaan 1965
Tapak web www.dosm.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Jabatan Perangkaan (Tulisan Jawi: جابتن ڤراڠكأن) merupakan sebuah jabatan yang beroperasi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia yang bertujuan menguruskan data dan statistik berkenaan Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).

Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

Misi jabatan[sunting | sunting sumber]

Untuk mempertingkatkan peranan sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Menyedia dan membekal maklumat perangkaan yang berkualiti, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa.
  • Memastikan kerahsiaan maklumat individu responden sentiasa dipelihara.
  • Memberi layanan yang mesra dan profesional kepada pengguna maklumat perangkaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]