João Goulart

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
João Goulart
Jango.jpg
Presiden Brazil ke-24
Dalam jawatan
8 September 1961 – 2 April 1964
Perdana MenteriTancredo Neves (1961–62)
Brochado da Rocha (1962)
Hermes Lima (1962–63)
Naib PresidenNone
Didahului olehRanieri Mazzilli
Digantikan olehRanieri Mazzilli
Naib Presiden Brazil ke-14
Dalam jawatan
31 January 1956 – 25 Ogos 1961
PresidenJuscelino Kubitschek (1956–61)
Jânio Quadros (1961)
Didahului olehCafé Filho
Digantikan olehJosé Maria Alkmin
Menteri Buruh, Industri dan Perniagaan Brazil
Dalam jawatan
18 Jun 1953 – 23 Februari 1954
PresidenGetúlio Vargas
Didahului olehJosé de Segadas Viana
Digantikan olehHugo de Araújo Faria
Wakil Persekutuan Negeri
Rio Grande do Sul
Dalam jawatan
15 Mac 1951 – 15 Mac 1955
Antara 1951–1952, 1953–1954
Ketua Negeri Rio Grande do Sul
Dalam jawatan
31 Januari 1947 – 31 Januari 1951
Butiran peribadi
LahirJoão Belchior Marques Goulart
(1918-03-01)1 Mac 1918
São Borja, Rio Grande do Sul, Brazil
Meninggal dunia6 Disember 1976(1976-12-06) (umur 58)
Mercedes, Corrientes, Argentina
Sebab kematianSerangan jantung (Official)[2]
Diracu (Didakwa)[3]
Tempat persemadianCemitério Jardim da Paz
São Borja, Rio Grande do Sul, Brazil[1]
Parti politikPTB (1946–66)
PasanganMaria Teresa Fontela (k. 1955; his death 1976)
Anak-anakJoão Vicente Goulart (l. 1956)
Denise Goulart (l. 1957)
Ibu bapaVicente Rodrigues Goulart
Vicentina Marques Goulart
Tandatangan

João Belchior Marques Goulart (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈʒu.ɐ̃w bewˈki.ɔɾ ˈmarkis ɡuˈlaɾ], atau [ˈʒwɐw ˈbɛwkjɔʁ ˈmaʁkiʒ ɡuːˈlaʁ]; 1 Mac 1918 – 6 Disember 1976) adalah seorang ahli politik Brazil ahli politik yang juga Presiden negara tersebut sehingga beliau digulingkan dalam suatu rampasan kuasa pada 1 April 1964. Beliau dianggap sebagai Presiden Brazil berfahaman sayap kiri sehingga naiknya jawatan Luiz Inácio Lula da Silva tahun 2003.[4]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1956, Goulart dilantik sebagi Timbalan Presiden kepada Juscelino Kubitschek. Beliau diundi semula pada 1960 sebagai timbalan Jânio Quadros yang berpada dalam partai politik yang berbeza. Quadros meletakkan jawatan presidennya pada 1961 agar dapat membuat suatu penggulingan kuasa sendiri, lalu memudahkan João mengambil alih sebagai presiden. Keadaan ini tidak disenangi segelintir negarawan yang menganggapnya terlalu radikal dalam fahamannya. Kongres Brazil turut teragak-agak menerima hal ini namun suatu kompromi dapat dicapai, dan akhirnya João dapat menduduki jawatan presiden namun dalam suatu sistem berparlimen - beliau mendapat kuasa eksekutif sepenuhnya setelah suatu pungutan suara perlembagaan pada tahun 1963 sebulat suara menolak sistem ini.[petikan diperlukan]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Beliau menghasilkan suatu perencanaan reformasi yang asas (Reformas de Base) di mana suatu campur tangan pemerintah dilibatkan secara banyaknya dalam ekonomi Brazil, membendung kebutahurufan dalam kalangan warga dewasa negara tersebut, pengagihan semula hartanah yang tidak menguntungkan pada keluasan tertentu kepada rakyat serta membuka hak mengundi kepada golongan-golongan pegawai tentera rendah serta buta huruf.

Goulart turut mewakili Brazil dalam memperjuangkan pengharaman penggunaan senjata nuklear dalam benua Amerika Selatan, lalu terlbibat dalam Perjanjian Tlatelolco antaranya; usaha ini dilanjutkan oleh Mexico setelah lumpuhnya pemerintahan Brazil.[5] Beliau berkecuali dalam polisi luar negaranya dengan menyambung hubungan bersama negara-negara sosialis serta membantah sekatan dagangan ke atas Cuba. Maka, Goulart sangat tidak disukai pemerintah Amerika Syarikat.

Kudeta[sunting | sunting sumber]

Pada awal pagi 31 Mac 1964, Jeneral Olímpio Mourão Filho mengarahkan pasukannya mula bergerak ke Rio de Janeiro untuk menggulingkan João.[6]

João menyedari hal tersebut lalu bertolak ke ibukota Brasilia tengah hari keesokan harinya agar hendak menghentikan kudeta ini dengan segala kuasa politiknya.[7] Malang menyebelahinya apabila Auro Moura Andrade, presiden Senat Brazil mula mendapatkan sokongan untuk pihak kudeta tersebut justeru Goulart sudah tangan kosong. Beliau mengumpulkan isteri dan dua anaknya untuk terbang bersama ke Porto Alegre dalam sebuah pesawat Avro 748 milik Tentera Udara Brazil. Andrade isytiharkan jawatan Presiden Brazil sudah "kosong" tidak lama selepas Goulart berlepas.[8]

Pada waktu paginya, Jeneral Floriano Machado memberitahu Goulart bahwa pasukan yang setia kepada kudeta telah bergerak dari Curitiba ke Porto Alegre lalu menggesa beliau meninggalkan Brazil agar tidak ditangkap. Pada 11:45 pagi, Goulart menaiki pesawat Douglas C-47 ke ladang miliknya bersempadan Uruguay. Beliau kekal di situ sehingga 4 April, di mana beliau akhirnya menaiki pesawat menuju Montevideo.[9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Goulart meninggal di apartmen La Villa miliknya di Mercedes, wilayah Corrientes, Argentina pada 6 Disember 1976. Ada yang menganggap beliau meninggal akibat serangan jantung namun perkara tersebut tidak dapat disahkan kerana autopsi tidak dijalankan ke atas mayatnya. Sekitar 30,000 orang menghadiri pengebumiannya, di mana liputan tersebut disembunyikan pemerintahan diktator Brazil.[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Atrações Turísticas". Prefeitura de São Borja. 
  2. ^ "Jango teve morte natural, mas envenenamento não está descartado" (dalam bahasa Portugis). O Dia. 1 December 2014. Dicapai 8 January 2018. 
  3. ^ "Goulart foi morto a pedido do Brasil, diz ex-agente uruguaio" (dalam bahasa Portugis). Folha de S. Paulo. 27 Januari 2008. Dicapai 8 Januari 2018. 
  4. ^ Morton, David. "Looking at Lula: Brazil's Amazon deforestation worsens—despite a "Green" president", E Magazine, September 1, 2005.
  5. ^ Hugh B. Stinson & James D. Cochrane, "The Movement for Regional Arms Control in Latin America", Journal of Interamerican Studies and World Affairs, Jld. 13, No. 1 (1971): 1–17.
  6. ^ Olímpio Mourão Filho Fundação Getúlio Vargas: Centro de Pesquisa e Documentação de História Contemporânea do Brasil. Retrieved on August 20, 2007.
  7. ^ Gaspari, Elio (2002). A Ditadura Envergonhada. São Paulo: Cia. das Letras. m/s. 103. ISBN 85-359-0277-5. 
  8. ^ Gaspari, Elio (2002). A Ditadura Envergonhada. São Paulo: Cia. das Letras. m/s. 111. ISBN 85-359-0277-5. 
  9. ^ Gaspari, Elio (2002). A Ditadura Envergonhada. São Paulo: Cia. das Letras. m/s. 113. ISBN 85-359-0277-5. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]