Keruntuhan Hotel Xinjia Express

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Keruntuhan Hotel Xinjia Express
ChinaFujianQuanzhou.png
Lokasi bandar Quanzhou
Tarikh7 Mac 2020; 5 bulan yang lalu (2020-03-07)
Masa19:15 (CST, UTC+8)
Lokasi1688 Jalan Nanhuan, Daerah Licheng, Quanzhou, Fujian
Koordinat24°54′58.31″N 118°29′59.15″E / 24.9161972°N 118.4997639°E / 24.9161972; 118.4997639Koordinat: 24°54′58.31″N 118°29′59.15″E / 24.9161972°N 118.4997639°E / 24.9161972; 118.4997639
PenyebabDalam siasatan
Kematian29[1][2]

Hotel Xinjia Express (Bahasa Cina: 欣佳酒店; pinyin: Xīnjiā Jiǔdiàn[3]), adalah sebuah hotel yang digunakan untuk kuarantin bagi pesakit COVID-19 di Daerah Licheng, Quanzhou, Wilayah Fujian, China, yang runtuh pada 7 Mac 2020.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hotel Xinjia yang ketinggiannya 6.5-tingkat mula beroperasi pada bulan Jun 2018 dan mempunyai 80 bilik di tingkat 4 hingga ke-7.[4] Semasa pandemik COVID-19, hotel ini digunakan untuk kuarantin para pesakit COVID-19.[5][6]

Keruntuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 19:15 pada 7 Mac 2020, Xinjia Hotel secara tiba-tiba runtuh. Seorang saksi mengatakan bahawa dia telah mendengar bunyi dentuman kuat dari kaca luar dari hotel berkenaan. Dia kemudian menyaksikan seluruh bangunan runtuh dalam masa beberapa saat. Seorang pekerja hotel menyatakan kerja pembinaan telah dilakukan kepada asas struktur.[4]

Kerja penyelamatan[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 70 orang terperangkap dalam runtuhan itu.[5][4] Selepas insiden, Briged Bomba Fujian menghantar 26 kereta bomba dan 147 anggotanya untuk menyelamatkan mangsa. 32 mangsa telah diselamatkan pada jam 21:50 hari itu. Pada 22:14, Briged Bomba Putian tiba di hotel.[7] Sekurang-kurangnya 47 mangsa telah berjaya diselamatkan setakat 8 Mac 2020.[8] Pada 12 Mac 2020, kesemua 71 mangsa, termasuk 29 mayat telah dibawa keluar dari runtuhan.[1][2]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Polis memulakan siasatan mengenai seseorang bernama En. Yang, pemilik hotel berkenaan.[9]

Pada 10 Mac 2020, Timbalan Menteri Perancangan Pengurusan Kecemasan Shang Yong, menyatakan bahawa kejadian ini relevan dengan tanggungjawab keselamatan dalam pengeluaran, dan beliau juga menyatakan bahawa kejadian itu akan diselidiki sepenuhnya dan tanggungjawab undang-undang akan diteruskan.[10]

Pada 12 Mac 2020, Majlis Negara Republik Rakyat China mengumumkan untuk menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat insiden runtuhan itu, dan melantik Fu Jianhua sebagai ketua pasukan.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Steven Jiang (12 Mac 2020). "China quarantine hotel collapse left 29 people dead". CNN (dalam bahasa Inggeris). Beijing. Diarkib daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  2. ^ a b "Last victim pulled from China's collapsed coronavirus quarantine hotel; death toll hits 29". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  3. ^ "应急部与住建部联合工作组抵达泉州欣佳酒店坍塌事故现场" (dalam bahasa Cina). Beijing: Kementerian Pengurusan Kecemasan. 8 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  4. ^ a b c "泉州倒塌酒店70人被困 目击者称几秒钟整栋楼塌了". 新浪新闻中心 (dalam bahasa Cina). 7 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 8 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  5. ^ a b "70 penghuni terperangkap bangunan hotel runtuh di China". Astro Awani. 7 Mac 2020. Dicapai pada 24 Mac 2020.
  6. ^ "泉州倒塌酒店系新冠肺炎隔离点 被困人员约70人". 新京报 (dalam bahasa Cina). 7 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 8 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  7. ^ "福建泉州欣佳酒店发生坍塌事故 已救出32人". 人民网 (dalam bahasa Cina). 7 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 8 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  8. ^ "Coronavirus: Hotel used for quarantine collapses in China killing four". Pirate FM (dalam bahasa Inggeris). 7 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 9 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  9. ^ "福建泉州一酒店坍塌 事故房主已被警方控制". 人民网 (dalam bahasa Cina). 新华社. 8 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 8 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  10. ^ 许雯 (11 Mac 2020). "泉州酒店倒塌事故将展开全面调查". 新京报 (dalam bahasa Cina). Diarkib daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 11 Mac 2020.
  11. ^ 魏玉坤 (12 Mac 2020). "国务院成立福建省泉州市欣佳酒店"3·7"坍塌事故调查组". 新华网 (dalam bahasa Cina). Diarkib daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  12. ^ "Team set up to investigate hotel collapse". Ecns.cn (dalam bahasa Inggeris). 12 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.