Pergi ke kandungan

Jeong Eun-kyeong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeong Eun-kyeong
정은경
Pengarah KCDC
Memegang jawatan
26 Julai 2017
PresidenMoon Jae-in
Perdana MenteriChung Sye-kyun
Didahului olehJung Ki-seok
Butiran peribadi
Lahir1965
Gwangju, Korea Selatan
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul

Jeong Eun-kyeong atau Jung Eun-kyeong (Bahasa Korea: 정은경; Hanja: 鄭銀敬 dilahirkan pada tahun 1965) adalah pakar penyakit berjangkit dan kesihatan awam Korea Selatan yang kini berkhidmat sebagai Pengarah KCDC, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, sejak pelantikannya oleh Presiden Moon Jae-in pada Julai 2017. Jeong adalah wanita pertama yang memimpin KCDC sejak penubuhan agensi ini dan agensi sebelunmnya Institut Kesihatan Nasional (KNIH) pada tahun 2003 dan 1981.[1]

Sebelum dinaikkan pangkat menjadi ketua KCDC, Jeong mengetuai Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan Awam. Pada tahun 2015 wabak MERS telah tersebar ke Korea Selatan dan beliau semakin dikenali ramai sejak diberi tanggungjawab untuk taklimat akhbar dan pengurusan krisis sebagai pengarah Pusat berkenaan.[1] Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai ketua Pusat Penyakit KCDC yakni Pusat Pencegahan Penyakit dan Penyelidikan Kawalan Penyakit Kronik.[2] Beliau pertama kali menyertai agensi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai KNIH, sebagai ahli penyelidik pada tahun 1995.

Jeong adalah lulusan dari Universiti Kebangsaan Seoul dengan tiga ijazah: M.D., Master dalam kesihatan awam dan doktor dalam bidang perubatan pencegahan.[3]

  1. ^ a b "정은경 질병관리본부장…전염병 관리 첫 여성사령탑" [Jeong Pengarah KCDC... ketua wanita pertama] (dalam bahasa Korea).
  2. ^ "본부장 악력" [Profil pengarah] (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-03.
  3. ^ "Moon names former doctor as KCDC head - Korea Biomedical Review". www.koreabiomed.com (dalam bahasa Inggeris). 27 Julai 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]