Qiu Menghuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qiu Menghuang
邱孟煌
Kelahiran (1968-12-12) 12 Disember 1968 (umur 55)
WarganegaraChina
Nama lainA Qiu (阿丘)
Pusat pendidikanMaktab Latihan Guru Guangxi [zh]
PekerjaanHos
Tahun aktif2003–2020
TelevisyenChina Central Television
Qiu Menghuang
Bahasa Cina:

Qiu Menghuang (Bahasa Cina: 邱孟煌; pinyin: Qiū Mènghuáng, lahir 12 Disember 1968), juga dikenal sebagai nama pentasnya A Qiu (阿丘), adalah penyampai televisyen dan blogger dari China.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Qiu Menghuang dilahirkan di Shantou, Wilayah Guangdong[1] pada 12 Disember 1968, kedua orang tuanya adalah tentera. Ibu Qiu adalah orang Cina Malaysia yang kembali ke Tanah Besar.[2] Beliau dimasukkan ke Maktab Latihan Guru Guangxi (Universiti Nanning Normal pada zaman kini), beliau juga mengambil jurusan ekonomi politik. Setelah lulus pada tahun 1989, beliau ditugaskan di Nanning Cotton Textile Printing and Dyeing Factory sebagai ahli kumpulan kesatuan sekerja. Pada tahun 1992, beliau menjadi penulis drama di Teater Seni Nanning.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Qiu menyertai China Central Television (CCTV) sebagai penyampai televisyen pada 21 April 2003. Beliau telah mengadakan beberapa program, termasuk Society in the News (社会记录), The Elite (人物新周刊), dan Daily stories (天天故事汇).[4]

Pada bulan November 2019, ada desas-desus mengatakan bahawa Qiu telah "diusir dari CCTV dan tidak pernah diberikan kerja lagi". Namun, ia dibantah olehnya.[5]

Semasa pandemik COVID-19 di China, pada 26 Februari 2020, Qiu memuat naik sebuah siaran di Sina Weibo: "Walaupun stereotaip 'lelaki sakit Asia' telah hancur selama lebih dari satu abad, dapatkah kita lebih lembut dan meminta maaf dalam nada, dengan rendah hati memakai beberapa topeng muka dan tunduk kepada dunia dan berkata 'maaf diatas kekacauan'?"[6] Tweet tersebut kemudiannya dihapus, namun, ramai pengguna media sosial China menuduh Qiu "mengkhianati China" dan "memberikan asas moral untuk tingkah laku anti-China di peringkat global".[7][8] Pada 4 Mac, CCTV mengumumkan bahawa Qiu telah "dilarang sepenuhnya dari mengadakan rancangan".[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "央视主持人阿丘--我具有潮汕人的秉性" (dalam bahasa Cina). sina.com.cn. 15 Disember 2003.
  2. ^ "你以为你是谁? 打捞失落的家族历史". cuhk.edu.hk (dalam bahasa Cina).
  3. ^ "阿丘,央视的汕头籍主持人" (dalam bahasa Cina). sina.com.cn. 20 Oktober 2005.
  4. ^ 下一个冠军就是你: 追随成功人士的心路历程 (dalam bahasa Cina).
  5. ^ "主持人阿丘被曝遭央视封杀,官方认证出面辟谣". qq.com (dalam bahasa Cina). 20 November 2019.
  6. ^ "Former CCTV host says China should apologise to world for coronavirus 'mess'" (dalam bahasa Inggeris). South China Morning Post. 27 Februari 2020.
  7. ^ "新冠肺炎 前央视主持人指中国添乱应向全球道歉遭网上围剿有斥应自杀谢罪". RFI (dalam bahasa Cina). 25 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2020. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  8. ^ "阿丘遭围攻,专家认为中国的确"病得不轻"". VOA (dalam bahasa Cina). 28 Februari 2020. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  9. ^ "【武漢肺炎】稱中國應向全球道歉惹不滿 央視前主持被徹底封殺" (dalam bahasa Cina). Apple Daily. 5 Mac 2020.
  10. ^ "Anchor is banned from hosting after claiming Beijing should say 'sorry' for coronavirus outbreak" (dalam bahasa Inggeris). internewscast.com. 6 Mac 2020.