Institut Virologi Wuhan
中国科学院武汉病毒研究所 | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | WIV |
Jenis/bentuk sah | Institut penyelidikan |
Tapak web | whiov.cas.cn |
Sejarah | |
Dibentuk | 1956 |
Pengasas | Chen Huagui, Gao Shangyin |
Pengurusan | |
Ketua Pengarah | Wang Yanyi |
Timbalan Ketua Pengarah | Gong Peng, Guan Wuxiang, Xiao Gengfu |
Organisasi induk | Akademi Sains China |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Jiangxia, Wuhan, Hubei, China |
Lokasi | |
Koordinat | 30°22′28.0″N 114°15′58.4″E / 30.374444°N 114.266222°EKoordinat: 30°22′28.0″N 114°15′58.4″E / 30.374444°N 114.266222°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Institut Virologi Wuhan (WIV; Cina: 中国科学院武汉病毒研究所; pinyin: Zhōngguó Kēxuéyuàn Wǔhàn Bìngdú Yánjiūsuǒ Jawi: اينستيتوت ۏيرولوڬي ووهن) adalah institut penyelidikan yang ditadbir oleh Akademi Sains China (CAS) mengenai virologi, dan terletak di Daerah Jiangxia, Wuhan, Hubei, China. Pada tahun 2015, Institut ini membuka makmal tahap keselamatan biologi 4 (BSL-4) pertama yang akan dibina di tanah besar China.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Institut ini ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Makmal Mikrobiologi Wuhan (武汉微生物实验室 Wǔhàn wéishēngwù shíyàn shì) di bawah kawal selia Akademi Sains China (CAS). Pada tahun 1961, ia menjadi Institut Mikrobiologi China Selatan (华南微生物研究所 Huánán wéishēngwù yánjiū suǒ), dan pada tahun 1962 namanya ditukar kepada Institut Mikrobiologi Wuhan (武汉微生物研究所 Wǔhàn wéishēngwù yánjiū suǒ). Pada tahun 1970, ia menjadi Institut Mikrobiologi Wilayah Hubei (湖北省微生物研究所 Húběi shěng wéishēngwù yánjiū suǒ) apabila Suruhanjaya Sains dan Teknologi Hubei mengambil alih pentadbiran. Pada bulan Jun 1978, ia telah dikembalikan kepada CAS dan dinamakan semula kepada Wuhan Institute of Virology.[1]
Pada tahun 2015, Makmal Keselamatan Biologi Negara telah selesai dibina dengan kos sebanyak 300 juta yuan ($44 juta) di Institut ini dengan kerjasama jurutera Perancis dari Lyon, dan merupakan makmal keselamatan biologi tahap 4 (BSL-4) pertama yang akan dibina tanah besar China.[2][3] Makmal ini mengambil masa selama sedekad untuk disiapkan dari konsepnya pada tahun 2003, dan saintis seperti ahli biologi molekul A.S Richard H. Ebright menyatakan kebimbangan tentang pelepasan virus SARS terdahulu dari makmal China di Beijing, dan langkah serta skala rancangan China untuk pengembangan ke dalam kerangka makmal jenis BSL-4.[2] Makmal ini mempunyai hubungan yang kuat dengan Makmal Kebangsaan Galveston di Universiti Texas.[4] Pada tahun 2020, Ebright menggelarkan Institut ini sebuah "institusi penyelidikan bertaraf dunia yang melakukan penyelidikan bertaraf dunia dalam virologi dan imunologi".[4]
Wabak koronavirus 2019-20
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 2020, Institut ini dikhabarkan sebagai sumber untuk wabak koronavirus 2019-20 akibat dari tuduhan penyelidikan senjata biologi,[5][6] yang dibantah sebagai teori konspirasi oleh The Washington Post dalam sebutan bertajuk: "Pakar-pakar menafikan teori mengarut yang menghubungkan koronavirus China dengan penyelidikan senjata."[4][5] WaPo memetik pakar-pakar A.S. yang menjelaskan mengapa Institut ini tidak sesuai untuk penyelidikan senjata biologi, bahawa kebanyakan negara telah meninggalkan senjata biologi yang disifatkan sebagai sia-sia, dan bahawa tidak ada bukti bahawa virus itu adalah kejuruteraan genetik.[4][5] Pada bulan Februari 2020, The Financial Times melaporkan dari pakar virus dan penyiasat koronavirus utama global, Trevor Bradford, yang mengatakan bahawa "Bukti yang kita miliki ialah mutasi [dalam virus] sepenuhnya konsisten dengan evolusi semulajadi." [7]
Pada bulan Februari 2020, New York Times melaporkan bahawa sebuah pasukan yang diketuai oleh Shi Zhengli di Institut berkenaan adalah yang pertama untuk mengenal pasti, menganalisis dan menamakan urutan genetik koronavirus baru (2019-nCoV), dan memuat naiknya ke pangkalan data awam untuk saintis sekitar dunia dalam memahaminya,[8][9] beliau juga menerbitkan kertas kajian dalam jurnal Nature.[10] Pada bulan Februari 2020, WIV memohon paten di China untuk penggunaan Remdesivir, dadah percubaan yang dimiliki oleh Gilead Sciences. Institut mendapati bahawa dadah itu mampu menghalangi invitro virus berkenaan;[11] dalam satu langkah yang juga membangkitkan kebimbangan mengenai hak harta intelektual antarabangsa. [12] Dalam satu kenyataan, Institut Virologi Wuhan berkata ia tidak akan melaksanakan hak paten China yang baru "jika syarikat asing yang berkaitan berhasrat menyumbang kepada pencegahan dan kawalan wabak di China".[12]
Pada Januari dan Februari 2020, WIV dikatikan kepada teori konspirasi lanjut, dan kebimbangan bahawa ia adalah punca wabak tersebut melalui kebocoran yang tidak sengaja,[13] dimana mereka sudah nafikan secara terbuka.[14][15] Ahli-ahli pasukan penyelidikan Institut juga terpalit kepada pelbagai teori konspirasi,[16][17] termasuk Shi, yang membuat pelbagai kenyataan awam mempertahankan Institut ini.[18] Manakala Ebright, meskipun menafikan beberapa teori konspirasi mengenai WIV, beliau memberitahu BBC China bahawa ia tidak menolak kemungkinan yang teori virus itu "sepenuhnya ditolak" dalam memasuki kawasan penduduk akibat daripada 'kemalangan makmal'.[13]
Pusat penyelidikan
[sunting | sunting sumber]Institut ini mengandungi pusat penyelidikan berikut:[19]
- Pusat untuk Penyakit Berjangkit Muncul
- Pusat Sumber Virus dan Bioinformatik China
- Pusat Mikrobiologi Gunaan dan Alam Sekitar
- Jabatan Analisis Biokimia dan Bioteknologi
- Jabatan Virologi Molekul
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "History". Wuhan Institute of Virology, CAS (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2019. Dicapai pada 26 Januari 2020.
- ^ a b David Cyranoski (22 Februari 2017). "Inside the Chinese lab poised to study world's most dangerous pathogens". Nature (dalam bahasa Inggeris). 592 (7642): 399–400. Dicapai pada 5 Februari 2020.
- ^ "China Inaugurates the First Biocontainment Level 4 Laboratory in Wuhan" (dalam bahasa Inggeris). Wuhan Institut Virologi Wuhan, Akademi Sains China. 3 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ a b c d Adam Taylor (29 Januari 2020). "Experts debunk fringe theory linking China's coronavirus to weapons research". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Februari 2020.
- ^ a b c Josh Taylor (31 January 2020). "Bat soup, dodgy cures and 'diseasology': the spread of coronavirus misinformation". The Guardian. Dicapai pada 3 February 2020.
- ^ Kate Gibson (3 February 2020). "Twitter bans Zero Hedge after it posts coronavirus conspiracy theory". CBS News. Dicapai pada 4 February 2020.
- ^ Clive Cookson (14 Februari 2020). "Coronavirus was not genetically engineered in a Wuhan lab, says expert". Financial Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Februari 2020.
- ^ Chris Buckley; Steven Lee Myers (1 Februari 2020). "As New Coronavirus Spread, China's Old Habits Delayed Fight". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Februari 2020.
- ^ Jon Cohen (1 Februari 2020). "Mining coronavirus genomes for clues to the outbreak's origins". Science (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Februari 2020.
The viral sequences, most researchers say, also knock down the idea the pathogen came from a virology institute in Wuhan.
- ^ Shi Zhengli; Team of 29 researchers at the WIV (3 Februari 2020). "A pneumonia outbreak associated with a new coronavirus of probable bat origin". Nature (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Shi Zhengli; Team of 10 researchers at the WIV (4 Februari 2020). "Remdesivir and chloroquine effectively inhibit the recently emerged novel coronavirus (2019-nCoV) in vitro". Nature (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Denise Grady (6 Februari 2020). "China Begins Testing an Antiviral Drug in Coronavirus Patients". New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2020.
- ^ a b "[TRANSLATED] Wuhan Pneumonia: "Wuhan Virus Research Institute" in the eyes of the outbreak and fake news storm". BBC News China (dalam bahasa Inggeris). 5 February 2020. Dicapai pada 8 Februari 2020. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Institut Virologi Wuhan nafi menjadi punca virus". Berita Harian. 21 Februari 2020. Dicapai pada 24 Februari 2020.
- ^ Yang Rui; Feng Yuding; Zhao Jinchao; Matthew Walsh (7 Februari 2020). "Wuhan Virology Lab Deputy Director Again Slams Coronavirus Conspiracies". Caixin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2020.
- ^ Broderick, Ryan (31 Januari 2020). "A Pro-Trump Blog Doxed A Chinese Scientist It Falsely Accused Of Creating The Coronavirus As A Bioweapon" (dalam bahasa Inggeris). Buzzfeed. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Derek Hawkins (1 Februari 2020). "Twitter bans Zero Hedge account after it doxxed a Chinese researcher over coronavirus". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Februari 2020.
- ^ Stephen Chen (6 Februari 2020). "Coronavirus: bat scientist's cave exploits offer hope to beat virus 'sneakier than Sars'". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2020.
- ^ "Administration". Wuhan Institute of Virology, CAS (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2019. Dicapai pada 26 January 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi (dalam bahasa Inggeris)