Pandemik COVID-19 di Kepulauan Solomon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pandemik COVID-19 di Kepulauan Solomon
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiKepulauan Solomon
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan3 Oktober 2020
Kes yang disahkan20
Kes aktif0
Sembuh20
Kematian
0

Pandemik COVID-19 telah disahkan tiba di Kepulauan Solomon pada 3 Oktober 2020.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Mac 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac, Perdana Menteri Manasseh Sogavare menangguhkan semua penerbangan ke negara itu dan mengisytiharkan kawalan pergerakan di Honiara, segala acara hiburan perlu dibatalkan kecuali acara gereja yang dikecualikan dari pengisytiharan ini.[1]

Pada 31 Mac, Franco Rodie, setiausaha tetap Kementerian Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia memerintahkan untuk menutup semua sekolah di Kepulauan Solomon.[2]

April 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 3 April 2020, pemerintah Kepulauan Solomon telah mengetatkan lagi pemeriksaan terhadap pelancong yang masuk ke negara itu, dan memperkenalkan larangan kemasukan bagi individu yang tiba dari negara yang terjejas teruk akibat COVID-19.[3]

Oktober 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Oktober 2020, kes pertama positif COVID-19 disahkan di Kepulauan Solomon melibatkan seorang pelajar yang dihantar pulang dari Filipina. Kes disahkan positif setelah disaring ketika tiba di Honiara. Kes tidak menunjukkan sebarang gejala dan disahkan negatif sebelum kes dihantar pulang ke Kepulauan Solomon.[4]

Pelajar itu merupakan antara 400 rakyat Kepulauan Soloman yang terkandas di Filipina dan dirancang untuk dibawa pulang.18 orang yang lain telah disahkan positif ketika menunggu untuk dibawa pulang.[5]

Dua lagi kes telah dikesan masing-masing pada 11 dan 15 Oktober, kedua-dua kes merupakan pelajar yang menaiki penerbangan yang sama dengan kes pertama dan tidak menunjukkan sebarang gejala.[6]

Satu kes telah dikesan pada 22 Oktober menjadikan jumlah kes meningkat kepada empat.

Pada 27 Oktober, empat lagi kes dikesan melibatkan pemain bola sepak yang berpusat di United Kingdom.[7] Jumlah kes meningkat kepada lapan.

November 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 3 November, lima kes telah dikesan melibatkan empat orang pemain bola sepak tempatan dan seorang warga Korea Selatan.[8] Jumlah kes terus meningkat kepada 13.

Pada 9 November, tiga kes telah dikesan melibatkan seorang yang pulang dari Filipina dan dua orang pemain bola sepak yang pulang dari United Kingdom. Enam kes juga telah disahkan sembuh.[9] Jumlah kes meningkat kepada 16.

Pada 24 November, satu lagi kes dikesan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 17.

Februari-April 2021[sunting | sunting sumber]

Satu kes telah dicatatkan masing-masing pada 8 Februari, 30 Mac dan 9 April menjadikan jumlah kes meningkat kepada 20.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Solomons closes borders, Honiara now emergency zone". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 27 Mac 2020.
  2. ^ "All schools ordered to close in Solomon Islands". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2020.
  3. ^ "Pacific nations take further measures against coronavirus". RNZ (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Solomon Islands records first positive COVID-19 case". Solomon Times. 3 Oktober 2020.
  5. ^ "Solomon Islands has first case of COVID-19". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 3 Oktober 2020.
  6. ^ "More Solomon Islanders contract COVID-19". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2020.
  7. ^ "Four more positive COVID-19 cases". SolomonTimes.com (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "More COVID-19 cases recorder in Solomon Islands". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 3 November 2020.
  9. ^ "Three more COVID-19 cases". SolomonTimes.com (dalam bahasa Inggeris).