Kentaro Iwata
Kentaro Iwata | |
---|---|
岩田 健太郎 | |
Kelahiran | 1971 (umur 52–53) |
Pusat pendidikan | Universiti Perubatan Shimane |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Penyakit berjangkit (HIV/AIDS), perubatan tropika, perubatan perjalanan[2] |
Institusi | Mount Sinai Beth Israel Pusat Perubatan Kameda Universiti Kobe Hospital Universiti Kobe |
Kentaro Iwata (Jepun: 岩田 健太郎, Romaji: Iwata Kentarō, lahir 1971) adalah seorang doktor, profesor dan pakar penyakit berjangkit di Universiti Kobe berasal Jepun.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Selepas tamat pengajiannya dari Universiti Perubatan Shimane (kini Fakulti Perubatan Universiti Shimane) pada tahun 1997, Iwata menjadi pelatih perubatan di Hospital Prefectural Chubu Okinawa .[3][4] Pada tahun berikutnya, beliau menjadi seorang doktor yang bekerja di St. Luke's Roosevelt Hospital di Universiti Columbia.[3][4]
Iwata memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor pelatih di Mount Sinai Beth Israel pada tahun 2001.[4] Pada tahun 2004, beliau kembali ke Jepun dan diupah oleh Pusat Perubatan Kameda , beliau dilantik sebagai ketua Bahagian Penyakit Berjangkit, ketua Perubatan Penyakit Berjangkit Komprehensif.[3][4] Sejak tahun 2008 beliau berkhidmat sebagai Profesor Ketua Jabatan Klinikal Universiti Kobe.[1][3][4]
Wabak COVID-19
[sunting | sunting sumber]Semasa pandemik COVID-19 di negaranya, kapal persiaran Diamond Princess telah dikuarantin di Pelabuhan Yokohama. Iwata mengkritik secara lantang tentang pengurusan keadaan dalam dua video YouTube yang dimuat naik dan tersebar secara meluas pada 18 Februari.[5][6] Dalam video tersebut, beliau menyifatkan keadaan Diamond Princess yang dalam kuarantan sebagai "carca marba",[7][8] dan memanggilnya kapal "kilang COVID-19".[9] Pada 20 Februari, beliau memadamkan video, dan berkata "tidak perlu lagi membincangkan hal ini". Beliau juga menafikan beliau telah diberi tekanan untuk memadam video tersebut.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "岩田健太郎<コラムニストプロフィール>". AERAdot. (dalam bahasa Jepun). Asahi Shimbun. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ "For Those Who SeekTreatment at Kobe University Hospital". Kobe University Hospital (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-10. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ a b c d "岩田健太郎(神戸大学大学院医学系研究科感染治療学分野教授)" (dalam bahasa Jepun). Nikkei BP. 22 November 2010. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ a b c d e "講師情報:岩田 健太郎(いわた けんたろう)" (dalam bahasa Jepun). CareNeTV. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ Bhattacharya, Suryatapa (19 Februari 2020). "'I Was So Scared': Infectious Disease Doctor's Day on Japan's Coronavirus Cruise Ship". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris).
- ^ McCurry, Justin (19 Februari 2020). "Coronavirus: Diamond Princess exodus begins amid criticism over quarantine". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Normile, Dennis (19 Februari 2020). "Scientist decries 'completely chaotic' conditions on cruise ship Japan quarantined after viral outbreak". Science (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Yoshida, Reiji (19 Februari 2020). "Expert stirs controversy with video on 'inadequate' virus controls on Diamond Princess". Japan Times (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Sim, Walter (19 Februari 2020). "Coronavirus: Did Japan miss the boat in containing Diamond Princess outbreak?". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Japan disease expert pulls videos blasting situation on virus-hit ship". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 20 Februari 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kentaro Iwata di Twitter
- Saluran kentaro iwata di YouTube
- Blog Kentaro Iwata di BLOGOS (dalam bahasa Jepun)