Pergi ke kandungan

Pandemik COVID-19 di Persekutuan Mikronesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandemik COVID-19 di Persekutuan Mikronesia
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiPersekutuan Mikronesia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan8 Januari 2021
Kes yang disahkan1
Kes aktif0
Sembuh1
Kematian
0

Kes pertama jangkitan COVID-19 di Persekutuan Mikronesia telah dicatatkan pada 8 Januari 2021[1]. Sehingga kini, hanya satu kes dicatatkan menjadikannya salah satu negara yang bebas dari Pandemik COVID-19.[2]




Garis masa

[sunting | sunting sumber]

Februari 2020

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Februari 2020, David W. Panuelo, Presiden Persekutuan Mikronesia, telah menandatangani deklarasi yang melarang warganegara Persekutuan Mikronesia daripada melancong ke China dan negara lain yang terjejas akibat Pandemik COVID-19.[3]

Pada 5 Mac 2020, Persekutuan Mikronesia telah memperkenalkan larangan perjalanan yang lebih ketat, melarang sesiapa sahaja yang telah berada di China sejak Januari 2020 atau berada di negara lain yang terjejas dalam 14 hari terakhir daripada memasuki Persekutuan Mikronesia.[4] Semua sekolah juga diarah tutup bermula 18 Mac.

Januari 2021

[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Januari 2021, Persekutuan Mikronesia telah merekodkan kes pertama jangkitan COVID-19 melibatkan seorang anak kapal MV Chief Mailo yang sedang dalam perjalanan pulang berdekatan Pohnpei dan berada dalam pengasingan.[1]

Pada akhir Januari, kes tersebut telah disahkan negatif COVID-19 selepas dikenakan ujian antibodi dan antigen.[2] Kes ini dianggap sebagai "kes bersejarah", yang bermaksud kebimbangan individu mempunyai COVID-19 pada masa lalu mungkin sebelum Oktober 2020 dan tidak mempunyai simptom COVID-19 semasa menjalani ujian saringan.[5]

  1. ^ a b "Satu kes disahkan di Persekutuan Mikronesia pada 8 Januari 2021 melibatkan seorang anak kapal MV Chief Mailo yang dalam perjalanan pulang berdekatan Pohnpei" (dalam bahasa Inggeris). 8 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  2. ^ a b "WHO - Persekutuan Mikronesia kembali bebas COVID-19" (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "Mikronesia dan Marshal Islands mengenakan larangan melancong ke negara terjejas COVID-19" (dalam bahasa Inggeris). 1 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  4. ^ "Persekutuan Mikronesia mengadakan sekatan perjalanan yang lebih ketat" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  5. ^ "Kes di Mikronesia disahkan negatif dan dianggap "kes bersejarah"". Pacific Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2021.