Pandemik COVID-19 di Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pandemik COVID-19 di Brunei
COVID-19 Outbreak Cases in Brunei (Density).svg
Jumlah kes disahkan mengikut daerah:
  tiada kes disahkan
  1–9 kes
  10–99 kes
  100–499 kes
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiBrunei
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeks9 Mac 2020, di Tutong[note 1]
Kes yang disahkan141
Sembuh138
Kematian
2
Laman web rasmi
(Inggeris) Kemeterian Kesihatan

Wabak COVID-19 telah disahkan tersebar di Brunei apabila kes pertama disahkan di Tutong[note 1] pada 9 Mac 2020.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Butiran kes[sunting | sunting sumber]

Butiran kes yang disahkan di Brunei
Kes Tarikh kes disahkan Umur Kewarganegaraan Data pesakit
1 9 Mac 53  Brunei Beliau ialah seorang pesara dan telah pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan tiga orang rakannya pada 27 Februari 2020. Beliau dilaporkan telah menghadiri satu perkumpulan keagamaan (tabligh) di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dilaporkan turut dihadiri oleh para mubaligh yang berasal dari pelbagai negara. Beliau bersama rakan-rakannya telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 melalui Miri, Sarawak dengan menaiki pesawat Air Asia AK5651. Beliau juga telah membuat perjalanan ulang alik ke Miri pada 6 Mac 2020 dan singgah mendirikan solat fardhu Jumaat di Masjid Kg Sg Teraban.

Pada malamnya, beliau telah mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan telah pergi ke Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac 2020 untuk mendapatkan rawatan dan sampel swab nasofarinks bagi ujian COVID-19 telah diambil. Beliau juga diketahui menghidap beberapa penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular. Beliau telah dibawa ke ke Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong pada 9 Mac 2020 iaitu sebaik saja keputusan ujian awal makmal beliau diketahui.

2 11 Mac 61  Brunei Beliau ialah seorang lelaki warga tempatan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang telah bersama-samanya menghadiri perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia dan telah pulang ke tanah air bersama-sama kes pertama pada 3 Mac 2020. Beliau mula mengalami tanda-tanda jangkitan (demam panas dan kesukaran bernafas) pada 7 Mac 2020.
3 11 Mac 30  Brunei Kes ini ialah anak kepada Kes #2 yang berumur 30 tahun yang juga menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah pulang ke Brunei pada 2 Mac 2020 dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan (merasa demam dan sakit-sakit badan) pada 9 Mac 2020.
4 11 Mac 46  Brunei Isteri kepada kes pertama. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dalam masa 14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda jangkitan (batuk) pada 9 Mac 2020.
5 11 Mac 12  Brunei Salah satu anak-anak kepada kes pertama dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan.
6 11 Mac 5  Brunei Salah satu anak-anak kepada kes pertama dan mula mengalami batuk pada 10 Mac 2020.
7 11 Mac 34  Brunei Kes ketujuh ialah warga tempatan yang telah menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur, Malaysia, dan telah pulang ke Brunei pada 4 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH2594 dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
8 11 Mac 32  Brunei Kes kelapan ialah warga tempatan yang telah menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama-sama kes ketujuh. Beliau mula mengalami selsema juga pada 10 Mac 2020.
9 11 Mac 59  Brunei Kes kesembilan telah menghadiri acara tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke Brunei pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK3541 daripada Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Beliau mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan (sakit tekak) pada 5 Mac 2020.
10 11 Mac 33  Brunei Kes ke-10 ialah isteri kepada kes ketiga berumur 33 tahun dan tiada tanda-tanda jangkitan.
11 11 Mac 52  Brunei Kes ke-11 ialah isteri kepada kes kesembilan dan mula mengalami batuk pada 10 Mac 2020.
12 12 Mac 53  Brunei Kes ini telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Air Asia AK5644 pada 4 Mac 2020 ke Miri, Sarawak. Beliau kemudian berkongsi kenderaan bersama-sama kes ketujuh, kes kelapan dan kes ke-21 untuk pulang ke Brunei. Beliau telah mengalami demam panas bermula pada 6 Mac 2020.
13 12 Mac 45  Brunei Kes ini ialah seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun yang juga menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri Begawan dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan pening dan batuk pada 4 Mac 2020.
14 12 Mac Tidak diketahui  Brunei Beliau ialah isteri kepada kes ke-13 dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur, dan beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan
15 12 Mac 33  Brunei Beliau juga telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
16 12 Mac 63  Brunei Beliau ialah seorang lelaki tempatan berumur 63 yang juga telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 5 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI872 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
17 12 Mac 33  Brunei Beliau ialah seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
18 12 Mac 30  Brunei Beliau berumur 30 tahun ialah isteri kepada kes kelapan dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur. Beliau mempunyai tanda-tanda jangkitan yang ringan, yakni batuk dan selsema.
19 12 Mac 34  Brunei Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur di mana beliau telah ditugaskan sebagai pemandu kenderaan bagi jemaah tabligh dan tidak menyertai perkumpulan tersebut. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
20 12 Mac 64  Brunei Beliau telah menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pergi ke Kuala Lumpur pada 27 Februari 2020 dan pulang ke tanah air pada 29 Februari 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri Begawan. Beliau telah mula mengalami batuk dan selsema pada 9 Mac 2020.
21 12 Mac 35  Brunei Kes ini ialah seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun yang menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Air Asia AK5644 pada 4 Mac 2020 ke Miri, Sarawak. Beliau kemudian berkongsi kenderaan bersamasama Kes 7, Kes 8 dan Kes 12 untuk pulang ke Brunei. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
22 12 Mac 31  Brunei Beliau ialah seorang lelaki tempatan yang merupakan rakan kerja kepada kes ketiga. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. Beliau telah menjalani ujian makmal sebagai sebahagian daripada langkah-langkah penyiasatan kontak rapat bagi kes ketiga.
23 12 Mac 63  Brunei Beliau ialah seorang lelaki yang telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
24 12 Mac 30  Brunei Beliau ialah seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur, dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
25* 12 Mac 64  Brunei Seorang lelaki tempatan berumur 64 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan Kemboja tetapi tidak ada kaitan dengan perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 4 Mac 2020 dan mula merasa demam pada 8 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac.[2]
26 13 Mac 46  Brunei Beliau ialah wanita tempatan yang merupakan isteri kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
27 13 Mac 21  Brunei Beliau ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan baru mengadu sengal badan pada hari tersebut.
28 13 Mac 25  Brunei Beliau juga ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
29 13 Mac 16  Brunei Beliau juga ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
30 13 Mac 13  Brunei Beliau juga ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
31 13 Mac 64  Brunei Beliau ialah seorang lelaki yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan Malaysia. Beliau telah pergi ke Kuala Lumpur melalui Labuan pada 17 Februari 2020 dan seterusnya melanjutkan perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia. Beliau telah pulang ke Brunei melalui Kuala Lumpur (transit) pada 4 Mac 2020 dan seterusnya menaiki pesawat Air Asia AK5175 ke Labuan. Beliau telah pulang dari Labuan pada hari yang sama. Beliau telah mula mengalami batuk sejak 10 Mac 2020.
32 13 Mac 25  Brunei Beliau seorang wanita yang merupakan isteri kepada kes ke-19. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
33 13 Mac 39  Brunei Beliau berumur 39 tahun ialah adik kepada kes ke-13. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
34 13 Mac 2  Brunei Kanak-kanak ini ialah anak saudara kepada kes ke-13 Kes ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
35 13 Mac 60  Brunei Beliau ialah seorang lelaki tempatan yang menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Februari hingga 3 Mac 2020. Beliau kemudiannya pergi ke New Delhi, India pada 4 Mac 2020 bersama tiga orang rakannya yang juga bersama-samanya di perkumpulan keagamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 pada 11 Mac 2020. Beliau hanya mula mengadu batuk dan selsema pada hari tersebut.
36 13 Mac 56  Brunei Beliau ialah seorang lelaki yang menyertai perkumpulan keagamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 5 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI872 dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan iaitu demam panas, batuk dan selsema pada 7 Mac 2020.
37 13 Mac 28  Brunei Beliau tidak menyertai perkumpulan keagamaan di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perkumpulan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur.
38 14 Mac 17  Brunei Beliau tidak lagi menuntut mahapun tidak berkerja. Beliau telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur dan pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
39 14 Mac 38  Brunei Beliau ialah adik ipar kepada kes ke-13 dan isteri kepada kes-33. Beliau telah menghadiri makan malam keluarga bersama mereka pada 4 Mac 2020. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda penyakit.
40 14 Mac 8 bulan  Brunei Beliau berumur 9 bulan adalah anak perempuan kepada Kes 15 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
41 15 Mac 31  Brunei Beliau ialah isteri kepada kes ke-15 (kluster tabligh). Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk dan selesema pada 12 Mac 2020.
42 15 Mac 55  Brunei Beliau ialah adik kepada kes ke-12 (kluster tabligh). Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami demam panas dan batuk pada 9 Mac 2020.
43 15 Mac 29  Brunei Beliau ialah seorang lelaki dan tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur.
44 15 Mac 23  Brunei Beliau mempunyai kaitan dengan kluster kes ke-25. Kes ini telah menghadiri majlis keluarga bersama-samanya pada 8 Mac 2020 dan telah mula mengalami demam panas pada 10 Mac 2020.
45 15 Mac 56 Tidak diketahui Beliau mempunyai kaitan dengan kluster Kes 25. Kes ini telah menghadiri majlis keluarga bersama-samanya pada 8 Mac 2020 dan telah mula merasa demam dan selsema pada 12 Mac 2020.
46 15 Mac 56 Tidak diketahui Beliau ialah rakan kepada kes kelapan dan telah bertemu dengannya pada 9 Mac 2020. Beliau telah mula mengalami demam pada 12 Mac 2020.
47 15 Mac 68  Brunei Beliau tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di tanah air yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur.
48 15 Mac 20  Brunei Beliau tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur.
49 15 Mac 24 Tidak diketahui Beliau menghadiri majlis keluarga bersama-sama kes ke-25 pada 8 Mac 2020 dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
50 15 Mac 55  Brunei Beliau ialah isteri kepada kes ke-36 (kluster tabligh). Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
51 16 Mac 29 Tidak diketahui Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-37, salah satu kes yang tergolong generasi pertama kluster tabligh. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan.
52 16 Mac 27 Tidak diketahui Isteri kepada kes-43, salah satu kes yang tergolong generasi pertama kluster tabligh. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk, selsema, sakit kepala dan rasa letih pada 12 Mac 2020.
53 16 Mac 42 Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom Beliau ialah seorang lelaki warga British yang mempunyai keluarga di Brunei dan beliau telah tiba ke negara ini pada 9 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Sebelum tiba ke Brunei, beliau telah pergi ke Switzerland dan beberapa bandaraya di United Kingdom. Beliau mula mengalami demam panas, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas pada 14 Mac 2020.
54 16 Mac 39 Tidak diketahui Beliau ialah kontak rapat kepada kes ke-30 yang tergolong generasi pertama kluster tabligh. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk dan sakit tekak pada 12 Mac 2020.
55 17 Mac 21 Tidak diketahui Beliau ialah kes generasi kedua bagi kluster tabligh di Kuala Lumpur, yakni kes yang dijangkiti bukan secara langsung dari jemaah tabligh yang menghadiri perkumpulan di Kuala Lumpur tetapi melalui satu kes yang mempunyai kaitan rapat dengan jemaah tabligh.
56 17 Mac 17  Brunei Beliau tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang menghadiri perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur.
57 18 Mac 53  Bangladesh Beliau ialah pekerja sektor swasta di Brunei dan menghadiri perkumpulan tabligh di sini pada 5 Mac 2020, dan mula mengalami demam panas pada 12 Mac 2020.
58 18 Mac 42 Tidak diketahui Beliau ialah isteri kepada kes ke-57. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami sengal badan pada 16 Mac 2020.
59 18 Mac 13 Tidak diketahui Beliau ialah anak kepada kes ke-57 dan mula mengalami demam panas pada 13 Mac 2020.
60 18 Mac 13 Tidak diketahui Anak kepada kes ke-57 dan saudara kembar kepada kes ke-59. Beliau mula mengalami demam panas pada 13 Mac 2020.
61 18 Mac 12 Tidak diketahui Anak kepada kes ke-57. Beliau mula mengalami demam panas pada 14 Mac 2020.
62 18 Mac 3 Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom Anak kepada kes-53 dan mula mengalami selsema pada 13 Mac 2020.
63 18 Mac 62 Tidak diketahui Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-43. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah bertemu dengan Kes 43 pada 9 Mac 2020. Beliau mula merasa demam panas dan mengalami selsema pada 14 Mac 2020.
64 18 Mac 49 Tidak diketahui Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-42. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula batuk dan selsema pada 11 Mac 2020.
65 18 Mac 29 Tidak diketahui Beliau ialah anak kepada kes ke-47. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah bertemu dengan ayahnya pada 10 Mac 2020.
66 18 Mac 7 Tidak diketahui Kanak-kanak ini ialah kotak rapat kepada kes ke-42. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan.
67 18 Mac 20  Brunei Beliau ialah rakan rapat kepada kes ke-48. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
68 18 Mac 12  Brunei Kanak-kanak ini ialah kontak rapat kepada kes ke-52. Penyiasatan kontek menunjukkan kes ini adalah kes pertama dalam generasi ketiga kluster tabligh.
69 19 Mac 46  Brunei Pulang melancong bersama keluarga dari Malaysia pada 11 Mac 2020 dan telah mula mengalami batuk pada 9 Mac 2020.
70 19 Mac 72 Tidak diketahui Kontak keluarga kes ke-53 dan tidak mengalami sebarang tanda jangkitan.
71 19 Mac 52 Tidak diketahui Menghadiri sebuah perkumpulan tabligh di Brunei pada 5 Mac 2020.
72 19 Mac 46 Tidak diketahui Beliau menghadiri sebuah perkumpulan tabligh di Brunei pada 5 Mac 2020.
73 19 Mac 68  Brunei Pulang melancong bersama keluarga dari United Kingdom pada 16 Mac 2020 dan telah mula mengalami batuk pada 12 Mac 2020.
74-77 20 Mac Tidak diketahui Tidak diketahui Kontak rapat keluarga kepada kes ke-69. Kesemua mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
78 20 Mac 54 Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom Beliau ialah seorang warga British yang berkerja di Brunei dan telah tiba di negara ini pada 16 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI004. Beliau telah menjalani ujian makmal COVID-19 setelah dimaklumkan bahawa seorang penumpang yang duduk berdekatan dengannya dan yang telah meneruskan perjalanan ke Hong Kong telah disahkan positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Hong Kong. Penyiasatan epidemiologi tidak mengaitkan kes ini dengan kes ke-73 yang telah menaiki pesawat yang sama.
79 21 Mac 28 Tidak diketahui Kontak rapat kepada kes ke-13. Pada awal penyiasatan kontak rapat, kes ini telah didapati negatif ujian makmal COVID-19 dan telah menjalani kurantin sejak 12 Mac 2020. Walau bagaimanapun, beliau telah mula mengalami sengal badan pada 16 Mac 2020 dan oleh itu, telah diaturkan untuk menjalani ujian makmal sekali lagi.
80 21 Mac 6 bulan  Brunei Kontak kepada kes ke-73. Anak damit ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan.
81 21 Mac 43 Tidak diketahui Rakan kerja kepada kes ke-69. Kedua-duanya tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri, dan mula mengalami demam panas, sengal badan dan batuk pada 14 Mac 2020.
82 21 Mac 27 Tidak diketahui Rakan kerja kepada kes ke-69 mengalami sakit kepala pada 17 Mac 2020.
83 21 Mac 45  Brunei Isteri kepada kes ke-71. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan telah mula mengalami demam panas, mual, muntah dan sakit kepala pada 8 Mac 2020.
84 22 Mac 32 Tidak diketahui Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-69. Kes ini telah mula mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi pada 15 Mac 2020.
85 22 Mac 10 Tidak diketahui Anak kepada kes ke-81 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan mula mengalami selsema dan sakit kepala pada 21 Mac 2020.
86 dan 87 22 Mac Tidak diketahui Tidak diketahui Kontak keluarga kepada kes ke-63. Kedua-duanya tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
88 22 Mac 39  Brunei Seorang warga tempatan yang baru pulang dari United Kingdom ke negara ini pada 21 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau mula mengalami batuk pada 19 Mac 2020 iaitu semasa masih berada di luar negara.
89 23 Mac 51 Tidak diketahui Kontak kerja kepada kes ke-69. Beliau mula mengalami demam dan batuk pada 16 Mac 2020.
90 23 Mac 40 Tidak diketahui Kontak kerja kepada kes ke-69. Beliau mula mengalami tanda-tanda deman dan batuk pada 14 Mac 2020.
91 23 Mac 36  Indonesia[3] Kes ini pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI796 setelah bercuti di Surabaya, Indonesia bersama keluarga dan rakannya. Beliau mula mengalami demam panas, sakit kepala, batuk dan selsema pada 21 Mac 2020.
92 24 Mac 39 Tidak diketahui Isteri kepada kes ke-81 yang mula mengalami demam panas pada 22 Mac 2020. Beliau tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.
93 24 Mac 57 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
94 24 Mac 56  Brunei Kotak rapat kerja kepada kes ke-84. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula merasa demam pada 22 Mac 2020. Pesakit ini memasuki unit rawatan rapi pada 25 Mac dan meninggal dunia pada 27 Mei.[4]
95 24 Mac 42 Tidak diketahui Isteri kepada kes ke-90. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami selsema pada 20 Mac 2020.
96 24 Mac 50 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
97 24 Mac 60 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
98 24 Mac 30 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
99 24 Mac 66 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
100 24 Mac 60 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
101 24 Mac 45 Tidak diketahui Kontak rapat kes ke-73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami demam panas pada 22 Mac 2020.
102 24 Mac 60 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
103 24 Mac 41  Brunei Beliau telah mula mengalami demam panas dan sakit tekak pada 12 Mac 2020.
104 24 Mac 51 Tidak diketahui Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
105 25 Mac 17  Brunei Seorang lelaki tempatan yang mempunyai kaitan dengan kluster keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796.
106 25 Mac 23  Brunei Kes ini pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 23 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI004. Beliau mula mengalami sakit kepala pada 24 Mac 2020.
107 25 Mac 51 Tidak diketahui Kes ini ialah pekerja asing berumur 51 tahun yang berkerja di Brunei dan pulang ke negara ini dari Surabaya, Indonesia pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796 (tempat duduk 29B). Walau bagaimanapun, Kes ini bukan dalam rombongan yang sama dengan kumpulan kes ke-91.
108 25 Mac 72 Tidak diketahui Kes ini mempunyai hubungan dengan kluster yang berkaitan dengan Kes 73, 80, 88, 101 dan 109. Beliau telah pulang dari United Kingdom bersama Kes 73 pada 16 Mac 2020 dan ujian makmal beliau pada awalnya adalah negatif. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
109 25 Mac 33 Tidak diketahui Kes ini mempunyai hubungan dengan kluster yang berkaitan dengan Kes 73, 80, 88, 101 dan 108. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami demam panas dan selsema pada 23 Mac 2020.
110 26 Mac 21  Brunei Seorang warga tempatan yang telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 23 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI004. Beliau mula mengalami batuk dan sakit tekak pada 20 Mac 2020.
111 26 Mac 42 Tidak diketahui Kes ini mempunyai hubungan dengan kluster yang berkaitan dengan kumpulan kes ke-73. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom dan telah pulang ke negara ini pada 15 Mac 2020 di mana ujian makmal beliau pada ketika itu adalah negatif. Walau bagaimanapun, beliau telah kemudiannya terdedah kepada beberapa kes yang telah disahkan dengan COVID-19. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
112 26 Mac 51 Tidak diketahui Kes ini berhubungan dengan kluster kes ke-73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Ujian awal makmal beliau pada 20 Mac 2020 adalah negatif dan beliau telah mula menjalani kurantin sejak hari tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah sekali lagi menjalani ujian makmal pada 24 Mac 2020 berikutan pengesahan kes ke-101 di dalam kluster berkenaan.
113 26 Mac 20 Tidak diketahui Anak kepada kes ke-103 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami demam panas dan sakit kepala pada 22 Mac 2020.
114 26 Mac 50 Tidak diketahui Kes ini berhubungan dengan kluster yang berkaitan dengan kes ke-73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Ujian awal makmal beliau pada 20 Mac 2020 adalah negatif dan beliau telah mula menjalani kurantin sejak hari tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah sekali menjalani ujian makmal pada 24 Mac 2020 berikutan pengesahan kes ke-101 di dalam kluster berkenaan. Beliau telah mula mengalami demam panas dan selsema pada 24 Mac 2020.
115 27 Mac 39  Brunei Beliau telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 21 Mac 2020 bersama keluarganya dengan menaiki pesawat BI004. Beliau hanya mula mengalami demam panas, sakit kepala, selsema dan mual pada 26 Mac 2020. Kes ini tidak mempunyai kaitan dengan kes ke-88 yang telah pulang ke negara ini dengan menaiki pesawat yang sama
116 28 Mac 59  Brunei Beliau pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 19 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau hanya mula mengalami sengal badan dan batuk pada 23 Mac 2020.
117 28 Mac 21 Tidak diketahui Beliau telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 22 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau telah menjalani pengasingan diri sejak tiba di negara ini dan hanya mula menghidap selsema semasa memulakan pengasingan diri pada 22 Mac 2020.
118 28 Mac 20 Tidak diketahui Kontak rapat keluarga kepada kes ke-116. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
119 28 Mac 35 Tidak diketahui Beliau telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 23 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
120 28 Mac 39 Tidak diketahui Beliau telah pulang ke negara ini dari Manila pada 14 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI686. Beliau telah mula mengalami batuk dan selsema pada 14 Mac 2020.
121 29 Mac 21  Brunei Beliau telah menghadirkan diri untuk menjalani ujian makmal bagi COVID19 di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 27 Mac 2020. Kes ini masih lagi dalam penyiasatan.
122 29 Mac 67  Brunei Suami kepada kes ke-116. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk pada 23 Mac 2020.
123 29 Mac 19 Tidak diketahui Beliau telah pulang ke negara ini dari Melbourne, Australia pada 19 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI006. Beliau telah mula mengalami sakit tekak pada 19 Mac 2020.
124 29 Mac 30 Tidak diketahui Isteri kepada Kes 120. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
125 29 Mac 51 Tidak diketahui Beliau pulang ke negara ini selepas melancong bersama keluarganya ke Thailand dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI514 pada 21 Mac 2020. Beliau telah mula mengalami sakit kepala, batuk, sengal badan dan selsema pada 23 Mac 2020.
126 29 Mac 31 Tidak diketahui Beliau pergi melancong ke Austria pada 7 Mac 2020 dan pulang ke negara ini melalui London dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004 (tempat duduk 40D) pada 15 Mac 2020. Beliau telah membuat pengasingan diri sebaik saja tiba ke negara ini dan telah mula mengalami sakit kepala dan sakit tekak pada 17 Mac 2020.
127 30 Mac 3 Tidak diketahui Anak kepada Kes 120. Kanak-kanak ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami demam panas pada 21 Mac 2020.
128 31 Mac 36 Tidak diketahui Isteri kepada kes ke-111. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami sakit kepala dan selsema pada 27 Mac 2020.
129 31 Mac 25 Tidak diketahui Beliau telah pulang dari Phuket, Thailand pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI520. Beliau telah mula mengalami demam panas pada 30 Mac 2020.
130 1 April 39  Brunei Beliau telah menyertai Kalimantan Bike Week bersama 32 orang rakannya dan telah menjalani pengasingan diri sejak pulang ke negara ini pada 16 Mac 2020. Beliau telah menghidap batuk yang berpanjangan dan telah menjalani ujian makmal bagi COVID-19 pada 30 Mac 2020.
131 1 April 28 Tidak diketahui Beliau melakukan pengasingan diri sejak pulang ke negara ini dari Amerika Syarikat melalui Singapura dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI424 pada 16 Mac 2020. Beliau mula mengalami sesak nafas ringan pada 21 Mac 2020. Beliau hanya menjalani ujian makmal bagi COVID-19 pada 30 Mac 2020 setelah sesak nafas beliau semakin teruk.
132 2 April 40  Brunei Isteri kepada kes ke-103. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah pertama kali menjalani ujian makmal pada 24 Mac 2020 yang didapati negatif. Walau bagaimanapun, semasa menjalani kurantin beliau telah mula mengalami sakit tekak dan selsema pada 30 Mac 2020.
133 2 April 38  Brunei Seorang warga tempatan yang telah pulang ke negara ini dari United Kingdom melalui Singapura dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI424 pada 01 April 2020. Beliau telah mula mengalami demam panas dan batuk pada 16 Mac 2020 iaitu semasa berada di United Kingdom. Walaupun beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan di sepanjang perjalanan pulang ke negara ini.
134 3 April 22  Brunei Seorang pelajar yang telah pulang ke negara ini dari Amerika Syarikat melalui United Kingdom dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004 pada yang tiba pada 29 Mac 2020. Beliau menjalani pengasingan diri sejurus selepas tiba di Brunei dan tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.
135 4 April 43  Brunei Beliau pergi ke Kuala Lumpur pada 27 Februari, tetapi tidak menghadiri majlis tabligh yang dianjurkan di situ. Kemudian, beliau hadir ke sebuah perjumpaan tabligh di Makassar, Indonesia, tetapi acara itu dibatalkan dan dikuarantin oleh pihak Indonesia hingga 24 Mac. Pada 25 Mac, beliau pergi ke Jakarta dan terbang ke Kuala Lumpur pada 2 April dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH720. Beliau pulang ke Brunei pada 3 Mac melalui Miri, Sarawak dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH2574. Beliau mengalami batuk sejak 22 Mac.
136 10 April 28  Brunei Seorang warga tempatan yang menuntut di Indonesia. Beliau telah menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH0872 ke Kuala Lumpur pada 7 April 2020 dan seterusnya

pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI874 pada 8 April 2020. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.

137 18 April 31 Tidak diketahui Isteri kepada kes ke-109 dan mempunyai kaitan dengan kluster Kes 73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
138 19 April 50  Brunei Kontak keluarga kepada kes ke-33. Beliau telah menjalani ujian makmal pada 13 Mac 2020 iaitu semasa kes ke-33 mula-mula dikesan di mana hasil ujian beliau ialah negatif. Beliau kemudiannya didapati positif berikutan pemeriksaan susulan bagi kes ke-33 pada 18 April 2020. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
139 6 Mei 40 Tidak diketahui Kes ini melibatkan seorang lelaki yang dikesan melalui surveilan terhadap para penduduk Brunei serta warga asing.
140 7 Mei 46 Tidak diketahui Kawan kepada kes ke-139 yang dilaporkan semalam yang mana kedua-dua kes baru ini juga telah dikesan melalui surveilan yang dilakukan di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk pekerja asing. Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga kes berkemungkinan dijangkiti virus SARS-CoV-2 pada bulan Mac 2020 dan mereka telah tinggal ditempat yang sama.
141 7 Mei 31 Tidak diketahui Kawan kepada kes ke-139 yang dilaporkan semalam yang mana kedua-dua kes baru ini juga telah dikesan melalui surveilan yang dilakukan di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk pekerja asing. Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga kes berkemungkinan dijangkiti virus SARS-CoV-2 pada bulan Mac 2020 dan mereka telah tinggal ditempat yang sama.
* Disahkan meninggal dunia.
Rujukan: Laporan-laporan oleh Menteri Kesihatan Brunei[5]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Kes COVID-19 di Brunei  ()
     Meninggal dunia        Sembuh        Kes aktif

Mac Mac Apr Apr Mei Mei Jun Jun Jul Jul Ogo Ogo Sep Sep Okt Okt 15 hari terakhir 15 hari terakhir

Tarikh
# kes
2020-03-09
1(n.a.)
2020-03-10
1(=)
2020-03-11
11(+10)
2020-03-12
25(+14)
2020-03-13
37(+12)
2020-03-14
40(+3)
2020-03-15
50(+10)
2020-03-16
54(+4)
2020-03-17
56(+2)
2020-03-18
68(+12)
2020-03-19
73(+5)
2020-03-20
78(+5)
2020-03-21
83(+5)
2020-03-22
88(+5)
2020-03-23
91(+3)
2020-03-24
104(+13)
2020-03-25
109(+5)
2020-03-26
114(+5)
2020-03-27
115(+1)
2020-03-28
120(+5)
2020-03-29
126(+6)
2020-03-30
127(+1)
2020-03-31
129(+2)
2020-04-01
131(+2)
2020-04-02
133(+2)
2020-04-03
134(+1)
2020-04-04
135(+1)
2020-04-05
135(=)
2020-04-06
135(=)
2020-04-07
135(=)
2020-04-08
135(=)
2020-04-09
135(=)
2020-04-10
136(+1)
2020-04-11
136(=)
2020-04-12
136(=)
2020-04-13
136(=)
2020-04-14
136(=)
2020-04-15
136(=)
2020-04-16
136(=)
2020-04-17
136(=)
2020-04-18
137(+1)
2020-04-19
138(+1)
2020-04-20
138(=)
2020-04-21
138(=)
2020-04-22
138(=)
2020-04-23
138(=)
2020-04-24
138(=)
2020-04-25
138(=)
2020-04-26
138(=)
2020-04-27
138(=)
2020-04-28
138(=)
2020-04-29
138(=)
2020-04-30
138(=)
2020-05-01
138(=)
2020-05-02
138(=)
2020-05-03
138(=)
2020-05-04
138(=)
2020-05-05
138(=)
2020-05-06
139(+1)
2020-05-07
141(+2)
2020-05-08
141(=)
2020-05-09
141(=)
2020-05-10
141(=)
2020-05-11
141(=)
2020-05-12
141(=)
2020-05-13
141(=)
2020-05-14
141(=)
2020-05-15
141(=)
2020-05-16
141(=)
2020-05-17
141(=)
2020-05-18
141(=)
2020-05-19
141(=)
2020-05-20
141(=)
2020-05-21
141(=)
2020-05-22
141(=)
2020-05-23
141(=)
2020-05-24
141(=)
2020-05-25
141(=)
2020-05-26
141(=)
2020-05-27
141(=)
2020-05-28
141(=)
2020-05-29
141(=)
2020-05-30
141(=)
2020-05-31
141(=)
2020-06-01
141(=)
2020-06-02
141(=)
2020-06-03
141(=)
2020-06-04
141(=)
2020-06-05
141(=)
2020-06-06
141(=)
2020-06-07
141(=)
2020-06-08
141(=)
2020-06-09
141(=)
2020-06-10
141(=)
2020-06-11
141(=)
2020-06-12
141(=)
2020-06-13
141(=)
2020-06-14
141(=)
2020-06-15
141(=)
2020-06-16
141(=)
2020-06-17
141(=)
2020-06-18
141(=)
2020-06-19
141(=)
2020-06-20
141(=)
2020-06-21
141(=)
2020-06-22
141(=)
2020-06-23
141(=)
2020-06-24
141(=)
2020-06-25
141(=)
2020-06-26
141(=)
2020-06-27
141(=)
2020-06-28
141(=)
2020-06-29
141(=)
2020-06-30
141(=)
2020-07-01
141(=)
2020-07-02
141(=)
2020-07-03
141(=)
2020-07-04
141(=)
2020-07-05
141(=)
2020-07-06
141(=)
2020-07-07
141(=)
2020-07-08
141(=)
2020-07-09
141(=)
2020-07-10
141(=)
2020-07-11
141(=)
2020-07-12
141(=)
2020-07-13
141(=)
2020-07-14
141(=)
2020-07-15
141(=)
2020-07-16
141(=)
2020-07-17
141(=)
2020-07-18
141(=)
2020-07-19
141(=)
2020-07-20
141(=)
2020-07-21
141(=)
2020-07-22
141(=)
2020-07-23
141(=)
2020-07-24
141(=)
2020-07-25
141(=)
2020-07-26
141(=)
2020-07-27
141(=)
2020-07-28
141(=)
2020-07-29
141(=)
2020-07-30
141(=)
2020-07-31
141(=)
2020-08-01
141(=)
2020-08-02
141(=)
2020-08-03
141(=)
2020-08-04
141(=)
2020-08-05
141(=)
2020-08-06
141(=)
2020-08-07
142(+1)
2020-08-08
142(=)
2020-08-09
142(=)
2020-08-10
142(=)
2020-08-11
142(=)
2020-08-12
142(=)
2020-08-13
142(=)
2020-08-14
142(=)
2020-08-15
142(=)
2020-08-16
142(=)
2020-08-17
142(=)
2020-08-18
142(=)
2020-08-19
143(+1)
2020-08-20
143(=)
2020-08-21
143(=)
2020-08-22
143(=)
2020-08-23
143(=)
2020-08-24
143(=)
2020-08-25
144(+1)
2020-08-26
144(=)
2020-08-27
144(=)
2020-08-28
144(=)
2020-08-29
144(=)
2020-08-30
144(=)
2020-08-31
144(=)
2020-09-01
144(=)
2020-09-02
144(=)
2020-09-03
145(+1)
2020-09-04
145(=)
2020-09-05
145(=)
2020-09-06
145(=)
2020-09-07
145(=)
2020-09-08
145(=)
2020-09-09
145(=)
2020-09-10
145(=)
2020-09-11
145(=)
2020-09-12
145(=)
2020-09-13
145(=)
2020-09-14
145(=)
2020-09-15
145(=)
2020-09-16
145(=)
2020-09-17
145(=)
2020-09-18
145(=)
2020-09-19
145(=)
2020-09-20
145(=)
2020-09-21
145(=)
2020-09-22
145(=)
2020-09-23
145(=)
2020-09-24
146(+1)
2020-09-25
146(=)
2020-09-26
146(=)
2020-09-27
146(=)
2020-09-28
146(=)
2020-09-29
146(=)
2020-09-30
146(=)
2020-10-01
146(=)
2020-10-02
146(=)
2020-10-03
146(=)
2020-10-04
146(=)
2020-10-05
146(=)
2020-10-06
146(=)
2020-10-07
146(=)
2020-10-08
146(=)
2020-10-09
146(=)
2020-10-10
146(=)
2020-10-11
146(=)
2020-10-12
146(=)
2020-10-13
146(=)
2020-10-14
147(+1)
2020-10-15
147(=)
2020-10-16
147(=)
2020-10-17
147(=)
2020-10-18
147(=)
2020-10-19
147(=)
2020-10-20
147(=)
2020-10-21
147(=)
2020-10-22
148(+1)
2020-10-23
148(=)
2020-10-24
148(=)
2020-10-25
148(=)
2020-10-26
148(=)
Berdasarkan kes yang disahkan yang dilaporkan setiap hari oleh Kementerian Kesihatan (Brunei).[6]

Pada 9 Mac 2020, Kementerian Kesihatan Brunei mengesahkan bahawa ujian koronavirus awal telah kembali dengan keputusan positif untuk lelaki berusia 53 tahun yang telah pulang dari Kuala Lumpur, Malaysia pada 3 Mac 2020.[1] Pesakit mula mengalami gejala pada 7 Mac 2020, dan akhirnya dipindahkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan di Tutong untuk rawatan.[1] Pihak kementerian sedang mengikuti tiga rakan beliau yang telah melancong bersama beliau, dan dengan ahli keluarga pesakit.[1]

Pada 16 Mac, pihak kerajaan Brunei menegah semua rakyat Brunei daripada keluar dari negara melainkan sebab-sebab tertentu dengan kebenaran Jabatan Perdana Menteri.[7] Pada 20 Mac, Brunei mencatatkan pemulihan pertama, meskipun pesakit tersebut dinasihatkan untuk mengasingkan diri selama tujuh hari.[8]

Pada 24 Mac, pihak kerajaan menutup semua sempadan, dan semua orang asing tidak dibenarkan memasuki Brunei sama ada secara terus atau transit.[9]

Pada 28 Mac, pihak Brunei telah mengesahkan kematian pertama, yakni kes ke-25.[2]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengumumkan penutupan semua masjid di negara itu selama seminggu dari hari keesokannya hingga 23 Mac termasuk pembatalan solat Jumaat, meskipun azan, zikir dan doa-doa masih dikumandang.[10][11] Masjid-masjid tertentu di Brunei dibersihkan untuk mengekang penularan wabak.[11]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac, pihak Kementerian Pendidikan mengawalkan cuti sekolah penggal pertama tahunannya dari 16 Mac ke 11 Mac.[12]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Akibat pandemik ini, beberapa persatuan sukan di Brunei seperti Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah menundakan semua perlawanan yang sedang berlangsung.[13]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kes pertama pada mulanya dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan sebelum dipindahkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan di Tutong di mana dia berada ketika kes pertama diumumkan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Latest news - Detection of the First Case of COVID-19 Infection". Kementerian Kesihatan Brunei (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ a b "Brunei reports first coronavirus death". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 28 Mac 2020. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  3. ^ Batubara, Herianto (24 Mac 2020). "1 dari 3 WNI Positif Corona di Brunei Terdeteksi Datang dari Surabaya". detikNews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Mac 2020.
  4. ^ "Kenyataan Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam" (PDF). Kementerian Kesihatan (Brunei). 27 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  5. ^ "Press Releases & Press Info on Coranavirus Disease 2019 (COVID-19)". Kementerian Kesihatan Brunei (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2020.
  6. ^ Data Kementerian Kesihatan (Brunei), dikemas kini setiap hari: Ministry of Health - COVID-19
  7. ^ Kenyataan Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (Laporan). Kementerian Kesihatan. 15 Mac 2020. http://www.moh.gov.bn/Shared%20Documents/2019%20ncov/press%20releases/PRESS%20STATEMENT%20COVID-19%2015.03.2020%20FINAL%20V5.pdf. Diperolehi 16 Mac 2020.
  8. ^ Kenyataan Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (Laporan). Kementerian Kesihatan. 20 Mac 2020. http://www.moh.gov.bn/Shared%20Documents/2019%20ncov/press%20releases/FINAL_Kenyataan%20Media%20bagi%20status%20terkini%20jangkitan%20COVID-19%20di%20Negara%20Brunei%20Darussalam%20(20.03.2020).pdf. Diperolehi 21 Mac 2020.
  9. ^ Uli Hutapea, Rita (24 Mac 2020). "Cegah Corona, Semua Warga Asing Dilarang Masuk ke Brunei Mulai 24 Maret". detikNews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 27 Mac 2020.
  10. ^ "All Mosques, Suraus And Religious Halls In The Country Will Be Temporarily Close For A Week-Period". BruDirect (dalam bahasa Inggeris). 17 Mac 2020. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  11. ^ a b "Brunei continues cleaning of mosques". The Star (dalam bahasa Inggeris). 25 Mac 2020. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  12. ^ "Coronavirus: Brunei reports 5 more cases, bringing total to six". Xinhua (dalam bahasa Inggeris). 10 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020 – melalui The Straits Times.
  13. ^ "Brunei bars residents from leaving as coronavirus cases reach 50 (update)". The Star (dalam bahasa Inggeris). 17 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 17 March 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.