Pandemik COVID-19 di Angola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pandemik COVID-19 di Angola
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiAngola
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksLuanda
Tarikh ketibaan21 Mac 2020
Kes yang disahkan45,325
Kes aktif2,112
Sembuh42,080
Kematian
1,133
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&02.5000002.5%
Laman web rasmi
http://covid19.gov.ao/

Pandemik COVID-19 mula dikesan di Angola pada akhir Mac 2020, iaitu dua kes pertama yang dikesan positif selepas pulang dari Portugal pada 21 Mac.[1]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Mac 2020[sunting | sunting sumber]

  • Pada 21 Mac, Kementerian Kesihatan Angola telah mengesahkan dua kes pertama positif COVID-19 yang pulang dari Portugal. Kes pertama merupakan seorang pekerja Sonangol yang telah menaiki penerbangan dari Lisbon ke Luanda. Kes kedua pula telah menaiki penerbangan dari Porto dan dibawah pengawasan di Luanda.[1]
  • Pada 29 Mac, dua kematian pertama akibat COVID-19 direkodkan, jumlah kes yang direkodkan juga meningkat kepada tujuh.[2]
  • Pada 30 Mac, kes sembuh pertama telah dicatatkan. Jumlah kes kekal tujuh, dengan dua kematian, satu sembuh dan empat kes masih dirawat.[3]

April 2020[sunting | sunting sumber]

  • Sebanyak 20 kes baharu telah dikesan sepanjang April 2020, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 27 dengan kekal dua kematian. Tujuh kes telah disahkan sembuh dengan 18 kes masih dirawat.[4]

Mei 2020[sunting | sunting sumber]

  • Sebanyak 59 kes baharu telah dikesan sepanjang Mei 2020, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 86. Dua kematian juga telah direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada empat. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 18 dengan 64 kes masih dirawat.[5]

Jun 2020[sunting | sunting sumber]

  • Sebanyak 198 kes baharu telah dikesan sepanjang Jun 2020, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 284. Sembilan kematian juga direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 13. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 93 dengan 178 kes masih dirawat.[6]

Julai 2020[sunting | sunting sumber]

  • Kes baharu telah meningkat dengan mendadak pada Julai 2020 iaitu sebanyak 864 kes menjadikan jumlah kes meningkat kepada 1,148. Jumlah kematian juga meningkat kepada 52 iaitu empat kali ganda dari Jun 2020. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 437, dengan 659 kes masih dirawat.[7]

Ogos 2020[sunting | sunting sumber]

  • Sebanyak 1,790 kes baharu telah dikesan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 2,654. Jumlah kematian juga meningkat kepada 108, dua kali ganda dari Julai 2020. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 1,071 dengan 1,475 kes masih dirawat.[8]

September 2020[sunting | sunting sumber]

  • Sebanyak 2,318 kes baharu telah dikesan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 4,972. Jumlah kematian juga meningkat kepada 183. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 1,941 dengan 2,848 kes masih dirawat.[8]

Oktober 2020[sunting | sunting sumber]

  • Sebanyak 5,833 kes baharu telah dikesan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 10,805. Jumlah kematian juga meningkat kepada 284, dengan peningkatan 101 kes. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 4,706 dengan 5,998 kes masih dirawat.[8]

November 2020[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan menurun sedikit kepada 4,334 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 15,139. Jumlah kematian pula meningkat kepada 348. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 7,851 dengan 6,940 kes masih dirawat.[8]

Disember 2020[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan menurun kepada 2,414 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 17,553. Jumlah kematian juga meningkat kepada 405. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 11,044 dengan 6,104 kes masih dirawat.[8]

Januari 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan menurun kepada 2,243 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 19,796. Jumlah kematian pula meningkat kepada 466. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 18,035 dengan 1,295 kes masih dirawat.[8]

Februari 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan menurun kepada 1,011 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 20,807. Jumlah kematian pula meningkat kepada 508. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 19,322 dengan 977 kes masih dirawat.[8]

Mac 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan meningkat sedikit kepada 1,504 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 22,311. Jumlah kematian pula meningkat kepada 537. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 20,493 dengan 1,281 kes masih dirawat.[8]

April 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan meningkat kepada 4,341 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 26,652. Jumlah kematian pula meningkat kepada 596. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 23,876 dengan 2,180 kes masih dirawat.[8]

Mei 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan meningkat kepada 7,899 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 34,551. Jumlah kematian pula meningkat kepada 766. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 28,079 dengan 5,706 kes masih dirawat.[8]

Jun 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan menurun kepada 4,298 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 38,849. Jumlah kematian pula meningkat kepada 900. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 33,242 dengan 4,707 kes masih dirawat.[8]

Julai 2021[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah kes baharu yang telah dikesan menurun kepada 3,928 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 42,777. Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,011. Jumlah kes sembuh meningkat kepada 37,255 dengan 4,511 kes masih dirawat.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Angola confirms first two positive COVID-19 cases". China.org.cn (dalam bahasa Inggeris). 21 Mac 2020.
  2. ^ "Covid-19 faz as primeiras duas vitimas em Angola". PlatinaLine (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2020.
  3. ^ "Coronavirus disease (COVID-19)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). World Health Organisation. 1 April 2020.
  4. ^ "Coronavirus disease (COVID-19) situation report 102" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). World Health Organisation. 1 Mei 2020. m/s. 6.
  5. ^ "Coronavirus disease (COVID-19) situation report 133" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). World Health Organisation. 1 Jun 2020. m/s. 7.
  6. ^ "Coronavirus disease (COVID-19) situation report 163" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). World Health Organisation. 1 Julai 2020. m/s. 7.
  7. ^ "Coronavirus disease (COVID-19) situation report 195" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). World Health Organisation. 2 Ogos 2020. m/s. 5.
  8. ^ a b c d e f g h i j k l "Coronavirus disease (COVID-19) - Angola". Worldometers.info (dalam bahasa Inggeris).