Li Zehua
Li Zehua | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
李泽华 | |||||||||||||||
Kelahiran | 1995 (umur 27–28) | ||||||||||||||
Hilang pada | 26 Februari 2020 Wuhan, China | ||||||||||||||
Status | Masih hilang | ||||||||||||||
Warganegara | China | ||||||||||||||
Nama lain | Kcriss Li | ||||||||||||||
Pendidikan | Universiti Komunikasi China | ||||||||||||||
Pekerjaan | Hos | ||||||||||||||
Tahun aktif | 2016–2020 | ||||||||||||||
Televisyen | China Central Television | ||||||||||||||
|
Li Zehua (Cina: 李泽华, pinyin: Lǐ Zéhuá, lahir 1995) adalah wartawan, penyanyi rap dan selebriti YouTube dari China.
Li dilahirkan pada tahun 1995[1] di Pingxiang, Jiangxi.[2] Selepas tamat pengajian dari Universiti Komunikasi China, beliau menyertai China Central Television (CCTV) sebagai penyampai televisyen pada 2016.[1]
Semasa pandemik COVID-19 di China, beliau meletak jawatan dari CCTV dan mendapati cara untuk masuk ke Wuhan dengan harapan mengikuti jejak langkah wartawan yang hilang bernama Chen Qiushi.[3] Dengan bantuan orang tempatan, beliau berjaya dapatkan sebuah kereta dan tempat tinggal.[4] Pada hari-hari berikutnya, beliau cuba menggunakan vlog untuk menunjukkan keadaan sebenar di Wuhan.[3] Beliau dikatakan hilang pada 26 Februari 2020,[5] dengan anggapan beliau sudah ditahan oleh pegawai dari Kementerian Keselamatan.[6][7][8][9] Dilaporkan bahawa Li Zehua kembali ke hotel pada 28 Februari.[10] Walau bagaimanapun, menurut National Review, sehingga 19 Mac 2020 "Tidak ada yang pernah dengar dari Li" sejak kehilangan beliau pada 26 Februari 2020.[11]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "袁斌:说真话的90后公民记者李泽华". New Tang Dynasty Television (dalam bahasa Cina). 2 Mac 2020.
- ^ "厉害了我的萍乡,原来这么帅!这么酷!". sohu.com (dalam bahasa Cina). 26 Februari 2018.
- ^ a b "逆行武汉 前央视主持人李泽华消失记". Radio Free Asia (dalam bahasa Cina). 11 Mac 2020.
- ^ "Coronavirus and China's Missing Citizen Journalists". National Review (dalam bahasa Inggeris). 19 Mac 2020.
- ^ "'They're chasing me': the journalist who wouldn't stay quiet on Covid-19". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 1 Mac 2020.
- ^ "State Broadcaster-Turned-Citizen Journalist Incommunicado in Virus-Hit Wuhan". Radio Free Asia (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2020.
- ^ "Opening the Door". China Media Project (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2020.
- ^ "前央视主持人李泽华 武汉失踪的九零后". RFI (dalam bahasa Cina). 28 Februari 2020.
- ^ "到底死了多少人?挖掘疫情真相的公民记者李泽华被失踪". VOA (dalam bahasa Cina). 29 Februari 2020.
- ^ "李澤華被抓後疑被軟禁在賓館 網民瘋傳其朗誦視頻聲援". Radio Free Asia (dalam bahasa Cina). 28 Februari 2020.
- ^ "Coronavirus and China's Missing Citizen Journalists". National Review (dalam bahasa Inggeris). 19 Mac 2020. Dicapai pada 22 Mac 2020.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Saluran Kcriss Li李澤華 di YouTube
- Li Zehua di Twitter
- Li Zehua di Sina Weibo (dalam bahasa Bahasa Cina) (pendaftaran diperlukan)