Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara
Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara | |
---|---|
![]() Peta jumlah kes COVID-19 di Asia Tenggara mengikut negara | |
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Asia Tenggara |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
Kes indeks | Lapangan Terbang Suvarnabhumi |
Tarikh ketibaan | 13 Januari 2020 (1 tahun dan 1 hari) |
Kes yang disahkan | 1,444,884 |
Kes aktif | 172,479 |
Sembuh | 1,239,656 |
Kematian | 32,749 |
Wilayah | Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Laos, Myanmar, Vietnam, Timor Leste, Filipina, Kemboja |
Pandemik COVID-19 mula merebak di Asia Tenggara pada 13 Januari 2020 iaitu merupakan kes pertama dari Thailand. Mangsa merupakan seorang pelancong wanita dari Hubei, China berumur 61 tahun. Mangsa telah dimasukkan ke hospital di Nonthaburi pada 8 Januari 2020 dan disahkan positif pada 13 Januari 2020[1]. Sehingga 21 Mac 2020, semua negara di Asia Tenggara telah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes COVID-19. Sehingga 25 Disember 2020, Indonesia telah merekodkan jumlah kes positif dan kes kematian COVID-19 yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 692,838 kes dengan 20,589 kematian, Filipina merekodkan 465,724 kes dengan 9,055 kematian, Myanmar merekodkan 119,788 kes dengan 2,532 kematian, Malaysia merekodkan 100,318 kes dengan 446 kematian, Singapura merekodkan 58,495 kes dengan 29 kematian, Thailand merekodkan 5,829 kes dan 60 kematian, Vietnam merekodkan 1,432 kes dengan 35 kematian, Kemboja merekodkan 363 kes dengan sifar kematian, Brunei Darussalam merekodkan 152 kes dengan 3 kematian, Laos dan Timor Leste merekodkan 41 kes dengan sifar kematian.
Sehingga 25 Disember 2020, sebanyak 1,444,884 kes telah direkodkan dengan sebanyak 1,239,656 kes sembuh, 32,749 kematian dan 172,479 kes aktif.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Pandemik COVID-19 ini disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2 )[2].Pandemik ini mula dikenal pasti di Wuhan, Hubei, China pada Disember 2019 dan diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020[3].Sehingga 25 Disember 2020, sebanyak 79,729,121 kes telah direkodkan di 218 negara dan 2 buah kapal persiaran antarabangsa dengan sebanyak 56,125,78 kes sembuh, 1,749,340 kematian dan 21,854,023 kes aktif yang direkodkan di seluruh dunia[4].
Virus ini kebanyakannya merebak di dalam komuniti melalui cara yang sama dengan influenza, iaitu dengan titisan pernafasan daripada batuk dan bersin[5].Tempoh inkubasi bagi virus ini kebiasaannya 5 hari, tetapi boleh berubah kepada dua hingga empat belas hari[6]. Simptom bagi penyakit ini kebanyakannya demam, batuk kering dan sukar bernafas[5]. Komplikasinya termasuklah pneumonia dan sindrom pernafasan akut teruk[5]. Tiada lagi vaksin buat masa sekarang tetapi kajian sedang dijalankan[6]. Oleh itu, pelbagai cara pencegahan disarankan kepada masyarakat seperti membasuh tangan, menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, penjarakan sosial dan kuarantin diri selama 14 hari setelah disyaki positif virus ini[6][5].
Statistik[sunting | sunting sumber]
Negara | Jumlah
kes |
Kes
baharu |
Kematian | Kematian
baharu |
Kes
sembuh |
Kes
sembuh baharu |
Kes
aktif |
Kritikal | Jumlah
disaring |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
692,838 | 7,199 | 20,589 | 181 | 563,980 | 5,277 | 108,269 | 0 | 6,987,576 |
![]() |
465,724 | 1,776 | 9,055 | 7 | 430,490 | 533 | 26,179 | 708 | 6,594,381 |
![]() |
119,788 | 919 | 2,532 | 25 | 99,927 | 602 | 17,329 | 0 | 1,683,744 |
![]() |
100,318 | 1,581 | 446 | 2 | 81,099 | 1,085 | 18,773 | 102 | 3,196,019 |
![]() |
58,495 | 13 | 29 | 0 | 58,332 | 10 | 134 | 0 | 5,236,487 |
![]() |
5,829 | 67 | 60 | 0 | 4,116 | 21 | 1,653 | 1 | 1,217,873 |
![]() |
1,432 | 11 | 35 | 0 | 1,281 | 0 | 116 | 0 | 1,431,631 |
![]() |
363 | 0 | 0 | 0 | 351 | 2 | 12 | 0 | 265,509 |
![]() |
152 | 0 | 3 | 0 | 149 | 0 | 0 | 0 | 81,657 |
![]() |
41 | 0 | 0 | 0 | 37 | 0 | 4 | 0 | 86,028 |
![]() |
41 | 8 | 0 | 0 | 31 | 0 | 10 | 0 | 16,301 |
Jumlah | 1,444,884 | 11,574 | 32,749 | 215 | 1,239,656 | 7,530 | 172,479 | 811 | 26,797,206 |
Jumlah Kes COVID-19 di Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]
Jumlah Kematian di Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]
Jumlah Kes Aktif COVID-19 di Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ https://www.scmp.com/news/hong-kong/health-environment/article/3045902/wuhan-pneumonia-thailand-confirms-first-case
- ^ https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
- ^ https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19---11-march-2020
- ^ a b https://www.worldometers.info/coronavirus/
- ^ a b c d https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/symptoms-testing/symptoms.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2F2019-ncov%2Fabout%2Fsymptoms.html
- ^ a b c https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0896841120300469