Ma Xiaowei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ma Xiaowei
马晓伟
马晓伟 2020.1.26.jpg
Ma pada Januari 2020
Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan
Memegang jawatan
19 Mac 2018
Perdana MenteriLi Keqiang
Didahului olehJawatan baru
Presiden Persatuan Perubatan China
Memegang jawatan
15 Disember 2015
Didahului olehChen Zhu
Butiran peribadi
LahirDisember 1959 (umur 61)
Wutai, Shanxi, China
Parti politikParti Komunis China
Alma materUniversiti Perubatan China
ProfesionPakar perubatan
Ma Xiaowei
Cina Tradisional: 馬曉偉
Cina Ringkas: 马晓伟

Ma Xiaowei (Bahasa Cina: 马晓伟; pinyin: Mǎ Xiǎowěi lahir pada Disember 1959) adalah seorang pakar perubatan dan ahli politik dari China yang telah berkhidmat sebagai menteri pertama untuk Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan sejak Mac 2018.[1] Ma juga adalah Presiden Persatuan Perubatan China dan Naib Presiden Persatuan Palang Merah China.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ma dilahirkan di Wutai, Shanxi pada Disember 1959. Pada April 1978, beliau diterima masuk ke Universiti Perubatan China. Selepas tamat pengajian pada Disember 1982, beliau ditugaskan bekerja di Kementerian Kesihatan. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai naib presiden Universiti Perubatan China dan pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Liaoning. Pada bulan Oktober 2001 beliau dilantik sebagai Naib Menteri Kesihatan. Ketika kementerian itu disusun semula ke dalam Suruhanjaya Perancangan Kesihatan dan Keluarga Kebangsaan, beliau terus berkhidmat sebagai timbalan pengarah. Pada bulan Mei 2015, beliau berkhidmat sebagai naib presiden Persatuan Palang Merah China. Pada 15 Disember 2015, beliau dilantik sebagai presiden Persatuan Perubatan China, menggantikan Chen Zhu.[2] Pada 19 Mac 2018, Ma dilantik sebagai pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-13.[3] Pada Januari 2020 Ma telah memimpin usaha untuk melawan wabak koronavirus 2019-20 di Wuhan serta memberi keterangan awam di kawasan sekitarnya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "China's new cabinet members endorsed". China Daily (dalam bahasa Inggeris). 19 Mac 2018. Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  2. ^ "Archived copy". ce.cn (dalam bahasa Cina). 21 Disember 2015. Diarkib daripada yang asal pada 23 Mac 2018. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  3. ^ "Archived copy". ce.cn (dalam bahasa Cina). 19 Mac 2018. Diarkib daripada yang asal pada 22 Mac 2018. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  4. ^ "China's National Health Commission news conference on coronavirus". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 26 Januari 2020. Dicapai pada 12 Februari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]