Pandemik COVID-19 di Burundi
| Pandemik COVID-19 di Burundi | |
|---|---|
| Penyakit | COVID-19 |
| Baka virus | SARS-CoV-2 |
| Lokasi | Burundi |
| Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
| Kes indeks | Bujumbura |
| Tarikh ketibaan | 31 Mac 2020 |
| Kes yang disahkan | 10,791 (setakat 20 Ogos 2021) |
| Kes aktif | 9,980 (setakat 20 Ogos 2021) |
| Sembuh | 773 (setakat 20 Ogos 2021) |
Kematian | 38 (setakat 20 Ogos 2021) |
| Kadar kematian | 0.35% (setakat 20 Ogos 2021) |
Pandemik COVID-19 mula dikesan di Burundi pada 31 Mac 2020.
Garis masa
[sunting | sunting sumber]2020
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Mac, Menteri Kesihatan Burundi, Thadee Ndikumana telah mengesahkan dua kes pertama positif COVID-19. Mereka merupakan warganegara Burundi, masing-masing berumur 42 dan 56 tahun yang pulang dari Rwanda dan Emiriah Arab Bersatu. Mereka juga telah dikuarantin di sebuah hotel di Bujumbura, ibu negara Burundi.[1]
Sepanjang tahun 2020, sebanyak 818 kes telah dicatatkan di Burundi dengan dua kematian direkodkan serta 687 kes telah disahkan sembuh.[2]
- Pada 13 Julai 2020, sebanyak 78 kes baharu telah dikesan dalam sehari sekaligus menjadi kes harian tertinggi pada tahun 2020.[2]
- Hanya dua kes kematian direkodkan pada tahun 2020 iaitu pada 13 April dan 18 Disember.[2]
- Pada 31 Disember, sebanyak 129 kes masih dirawat sekaligus menjadi kes yang masih dirawat tertinggi pada tahun 2020.[2]
Langkah pencegahan
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Mac, pemerintah Burundi mula melaksanakan kuarantin 14 hari kepada pengembara yang memasuki Burundi dari negara yang terkesan akibat COVID-19.[3]
Presiden Nkurunziza enggan melaksanakan sekatan di seluruh negara, membenarkan perhimpunan politik dan acara sukan untuk berlangsung.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Burundi confirms first two COVID-19 cases". www.aa.com.tr (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2020.
- 1 2 3 4 "Coronavirus Burundi". Worldometer (dalam bahasa Inggeris).
- ↑ "Burundi extends quarantine to travelers from US, Britain, Australia". China (Xinhua) (dalam bahasa Inggeris). 17 Mac 2020.
- ↑ "Burundi President dies illness suspected Coronavirus". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 9 Jun 2020.