Josiah Hogan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 217: Baris 217:
|
|
|-
|-
|rowspan="3"|2013
|rowspan="4"|2013
|''[[Cinta Jangan Pergi]]''
|''[[Cinta Jangan Pergi]]''
|Hudd
|Hudd
Baris 231: Baris 231:
|Khairulnizam
|Khairulnizam
|[[TVi]]
|[[TVi]]
|
|-
|''[[Plus One]]''
|Counselor
|[[TV9]]
|
|
|-
|-

Semakan pada 13:29, 30 September 2020

Josiah Hogan
Kelahiran
Josiah Padilla Hogan

(1986-08-30) 30 Ogos 1986 (umur 37)
Nama lainMohamad Musleh
PekerjaanPelakon, pemuzik, pengacara
Tahun aktif2010–kini
PasanganNurul Hidayu Noordin (k. 2013)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal, gitar
Pengkarya berkait
Maddame

Josiah Padilla Hogan (lahir 30 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, kelahiran Amerika Syarikat.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2010 dan terkenal dengan peranan televisyen termasuk Bicara Hati (2010), Cinta Jangan Pergi (2013) dan Gerak Khas (2017) serta peranan filem termasuk Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) dan KL Special Force (2018).[2] Selain itu, beliau juga seorang pemuzik dan bergiat aktif bersama kumpulannya, Maddame.[3]

Kerjaya

Pada tahun 2010, Josiah berlakon dalam drama biopik Natrah yang dibintangi oleh Juliana Evans. Beliau telah muncul dalam telefilem Disapa Izrail yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang ingin menebus kesilapan lalu. Beliau memegang watak seorang pemandu teksi yang bernama Hamdan.

Kerjaya filem Josiah bermula pada 2013 apabila Ellie Suriati menawarkan beliau berlakon dalam filem Penanggal. Ia menjadi filem sulung lakonannya dengan watak lakonannya sebagai Syed Yassin. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi, memegang watak sebagai Hudd.

Beliau memegang watak sebagai Fredo dalam filem romantik karya Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) lakonan Shaheizy Sam, Fazura dan Lisa Surihani.

Beliau juga ialah pengacara rancangan dokumentari paranormal Strange Encounters untuk siaran di Go Asean di mana beliau menjelajah ke beberapa negara Asia bagi membongkar kisah-kisah misteri dan aneh.[4]

Josiah muncul dalam filem drama sukan 2018 bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mustaqim Bahadon dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama lakonan bersama Josiah dan Mustaqim.[5][6] Tidak lama selepas itu, beliau memegang watak sebagai Bakar, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.

Josiah merupakan pelakon utama drama Mimpi Sabrina yang bersiaran di TV3, bersama Juliana Evans dan Erwin Dawson, beliau memegang watak sebagai Ridzuan. Beliau kini muncul dalam drama Degup Cinta di Astro Ria.[7]

Kehidupan peribadi

Josiah dilahirkan di Kingsville, Texas, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Malaysia. Beliau fasih bertutur bahasa Melayu, dialek pantai timur dan Inggeris.[8] Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai empat anak. Perkahiwnan pertama Josiah dengan bekas isterinya dikurniakan seorang anak, Irvine. Josiah berkahwin kali kedua dengan Noor Hidayah Nordin pada 25 Mei 2013.[9][10] Beliau dikurniakan tiga lagi anak, iaitu Ireleen, Irsa dan anak keempatnya yang dilahirkan pada 12 Mei 2020.[11]

Pada Disember 2016, Josiah mendedahkan dalam satu temubual bahawa impiannya untuk berlakon di A.S. tidak menjadi kenyataan apabila beliau ditipu oleh sebuah studio penerbitan Hollywood.[12][13][14]

Beliau merancang ingin mencari keluarga sebelah bapanya di Mexico.[15]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Penanggal Syed Yassin Ellie Suriati Filem pertama
2014 Manisnya Cinta di Cappadoccia Fredo Bernard Chauly
2015 Kastil Tua David Chiska Doppert Filem Indonesia
2017 LuQman Marwan Al-Hadi Mahadi J. Murat
2018 Surf This Love: Gelora Juara Mike Waan Hafiz
KL Special Force Bakar Syafiq Yusof
2019 7 Hari Kisah Cinta Langkawi Joe Anwardi Jamil
Wira Rayyan Adrian Teh
KL Vampires Shah Devan R.
2020 Tyickoons Izan Hailey Mokhtar
Pasal Kau! Tengku Iskandar Adrian Teh
TBA Paradoks Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Tangisan Langsuir Razak
Disapa Izrail Hamdan Astro Oasis
2011 Cinta Hero Malaya Daniel Astro Warna
2012 Kopi dan Dia Adam TV3
Cinta Si Bunga Tembam Andy TV3
2013 XOXO Johan TV9
2018 Realiti Ramadan Mike Mike ntv7

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Natrah Astro Prima
Bicara Hati Razif Astro Prima
2011 Projek Pop Kamil 8TV
Kasih Alia Hafiz TV3
2012 Bicara Hati Razif Astro Prima
Memberku Hawa Joe TV3
2013 Cinta Jangan Pergi Hudd TV9
What If Imzan 8TV
Cucur Bawang Kopi O Khairulnizam TVi
Plus One Counselor TV9
2014 Putih Pasir Pantai Izzuddin TV1
Setitis Kasih Darmia Zulfekar TV9
Sarafina Zariff Astro Prima
2015 Kata Hati Omar TV1
2017 Gerak Khas (Musim 17) Carlos TV2 Episod: "Jejak Bangkok"
2018 Gerak Khas (Musim 18) Robert TV2 Episod: "Jerat Kekasih"
Tasbih Rindu Sani TV1
30 Juzuk Cinta Obelia TV1
Salon David ntv7
2019 Mimpi Sabrina Ridzuan TV3
2019-2020 Adellea Sofea Karl TV3
2020 Degup Cinta Reza Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Four By Four Dirinya sendiri/pengacara 8TV
2016 Strange Encounters Go Asean

Rujukan

  1. ^ Georgie Joseph (21 Februari 2018). Ramai terlupa ‘tag’ Josiah Harian Metro. Diperoleh pada 11 Jun 2018.
  2. ^ Fairuz Izyana Ayub (22 Februari 2018). Josiah Hogan mahu mencuba melakonkan pelbagai watak Utusan Malaysia. Diperoleh pada 11 Jun 2018.
  3. ^ Nurfarhana Mohamed (22 Februari 2018). Henti menilai luaran Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  4. ^ Strange Encounters Go Asean. Dicapai pada 10 Mei 2017.
  5. ^ Ardell, Josiah enggan 'main-main' Utusan Malaysia (9 November 2016). Dicapai pada 9 November 2016.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  7. ^ Georgie Joseph (14 Mei 2020). Intai tahap 'luar biasa' Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  8. ^ Georgie Joseph (6 September 2019). Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2019.
  9. ^ Kemalia Othman (2 Jun 2013). Isteri cemburu jika tonton lakonan saya di TV mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  10. ^ Ramlah Zainal (2 November 2018). Tolak watak lelaki Inggeris Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2018.
  11. ^ Georgie Joseph (12 Mei 2020). Josiah Hogan dapat anak keempat Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  12. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (15 September 2017). Josiah Hogan ditipu sebelum ke Hollywood mStar Online. Dicapai pada 16 September 2017.
  13. ^ Ramlah Zainal (27 September 2017). Josiah dedah rasa tertipu Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2017.
  14. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (17 September 2017). Actors dream shattered New Straits Times. Dicapai pada 17 September 2017.
  15. ^ Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico Harian Metro (6 September 2019). Dicapai pada 8 November 2019.

Pautan luar