Mimpi Sabrina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mimpi Sabrina
Genre
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Juliana Evans
Erwin Dawson
Josiah Hogan
Lagu pembukaan"Ego" oleh Syura Badron
Lagu penutup"Ego" oleh Syura Badron
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Haji Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal11 Julai 2019 – 21 Ogos 2019
Kronologi
MengikutiCetera Hati Diya
Diikuti olehHilang Yang Kembali

Mimpi Sabrina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Juliana Evans, Erwin Dawson dan Josiah Hogan.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana dari 11 hingga 23 Julai 2019 di Slot Samarinda kemudian ditukar ke Slot Azalea dari 24 Julai hingga 21 Ogos 2019. Ia digantikan oleh Kerana Dia Manusia Biasa yang memulakan tayangan perdana rasmi di Slot Samarinda pada 24 Julai 2019.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Che Puan Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Sejak itu mereka dipisahkan. Fahrin dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak, manakala Sabrina pula dinikahkan dengan Ridhuan (Josiah Hogan) sepupunya sendiri demi menyelamatkan perniagaan ayahnya yang sedang mengalami masalah. Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang berkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu semula tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.

Sabrina sebagai jurugambar yang terkenal, manakala Fahrin pula muncul sebagai usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri. Ridhuan yang kecewa dengan Sabrina kerana tidak memberikan cinta kepadanya, kembali kepada bekas kekasihnya Farah (Tasha Shilla), yang juga seorang model terkenal. Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.

Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula. Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Siaran semula[sunting | sunting sumber]

  • Mimpi Sabrina diulang siar di TV3 mulai 4 September 2021.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (11 Julai 2019). Sinopsis drama Mimpi Sabrina lakonan Che Puan Juliana Evans Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  2. ^ 'Mimpi Sabrina', drama terbaru Juliana Evans dalam Slot Samarinda TV3 Utusan Borneo (17 Julai 2019). Dicapai pada 18 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]