Televisyen digital di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chew Yan Heng (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Chew Yan Heng (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 90: Baris 90:
|-style="background:#faebd7"
|-style="background:#faebd7"
! 120<sub>HD</sub>
! 120<sub>HD</sub>
| Go Shop Baaru || Saluran ''homeshopping'' 24 jam dalam Bahasa Melayu dalam HD. (Syarikat TV berbayar, [[Astro (televisyen satelit)|Astro]] buat kali pertamanya melancarkan saluran digital terestrial percuma)
| Astro Go Shop || Saluran ''homeshopping'' 24 jam dalam Bahasa Melayu dalam HD. (Syarikat TV berbayar, [[Astro (televisyen satelit)|Astro]] buat kali pertamanya melancarkan saluran digital terestrial percuma)
|-style="background:#faebd7"
|-style="background:#faebd7"
! 121<sub>HD</sub>
! 121<sub>HD</sub>

Semakan pada 22:58, 29 Oktober 2021

Televisyen digital bertapak di Malaysia sejak pertengahan 1990-an dengan perkhidmatan Astro, kini disinambungi oleh kemunculan perkhidmatan TV berbayar yang baharu pada dekad 2000-an, serta pelaksanaan pendigitalan TV terestrial yang dijangka siap menjelang pertengahan 2010-an. Perkhidmatan televisyen digital disalurkan melalui pelbagai piawaian mengikut cara penyampaian, termasuklah Penyiaran Video Digital (DVB) (DVB-S untuk televisyen satelit dan DVB-T untuk televisyen terestrial) dan Televisyen Protokol Internet (IPTV).

Kaedah penyiaran DTV

Televisyen satelit

Era televisyen digital di Malaysia bermula dengan pengenalan perkhidmatan televisyen satelit Astro pada tahun 1996. Astro kini memancarkan lebih 150 saluran televisyen langganan tempatan dan antarabangsa, mematuhi piawaian DVB-S dan memancar video dalam format MPEG-2 melalui jalur Ku dalam spektrum elektromagnet, menggunakan transponder sistem satelit MEASAT. Pemancaran isyarat Astro mudah terjejas oleh hujan di kawasan yang beriklim tropika, akibatnya menyebabkan gangguan dalam penerimaan siaran.

Astro juga merupakan penyiar pertama yang memperkenalkan televisyen definisi tinggi (HDTV) menerusi pancaran satelit kepada orang umum menerusi perkhidmatan Astro B.yond pada akhir tahun 2009.[1]

Televisyen kabel

Pada Oktober 2008, Astro melancarkan Astro Mobile TV yang pada masa ini menyediakan 18 saluran, yang mana kesemuanya adalah versi mudah alih saluran TV Astro yang sedia ada, termasuk tujuh saluran dalaman. Perkhidmatan ini hanya tersedia untuk pelanggan Maxis dengan 2.5G serasi atau telefon bimbit 3G, dan tidak mengulangi peranannya daripada televisyen kabel Maxis TV.

Televisyen terestrial

Pada 2005, Kementerian Penerangan mengumumkan rancangan pendigitalan siaran televisyen percuma seluruh negara yang diterajui Radio Televisyen Malaysia.[2] Siaran percubaan dijalankan melibatkan seribu rumah tangga di Lembah Klang mulai September 2006 hingga Februari 2007. Menurut Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri Chia Kwang Chye, percubaan ini menerima maklum balas yang amat memberangsangkan, iaitu "lebih 60 peratus menyatakan mutu isyarat adalah dari bagus ke amat bagus, lebih 88 peratus berkata mutu gambar bertambah baik, sementera 70 peratus berkata mutu bunyi lebih bagus."[3] Media Prima dijangka memulakan ujian DTV pada bulan Mac 2009.[4]

Menurut Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, RTM dijangka menyiapkan sepenuhnya proses pendigitalannya menjelang tahun 2012 sebagai sebahagian langkah penstrukturan semulanya.[5] Setelah memasang kelengkapan yang diperlukan (kotak atas set atau set iDTV), penonton dijangka menerima sebanyak 19 saluran: tujuh di bawah bumbung RTM dan selebihnya di bawah penyiar swasta seperti Media Prima (TV3, ntv7, 8TV, dan TV9).[6] Setakat ini, di samping menyiarkan TV1 dan TV2 serentak dengan siaran analog, RTM juga menyampaikan RTMi (TVi), Muzik Aktif dan Arena hanya melalui platform digital, dipancarkan pada saluran 44 UHF, dan dimodulatkan pada 64QAM.[7] RTM juga dijangka menambahkan saluran setempat untuk negeri-negeri dan wilayah-wilayah dalam proses pendigitalan.[8]

Malaysia dan seluruh negara ASEAN (kecuali Filipina yang memilih ISDB) memilih DVB-T sebagai piawaian penyiaran televisyen digital, dan dijangka melupuskan siaran analog sepenuhnya menjelang tahun 2018.[9] Pada bulan Jun 2008, para hadirin Mesyuarat Penyiaran Digital ASEAN ke-6 dari tujuh buah negara Asia Tenggara (termasuk Malaysia) bersetuju menetapkan spesifikasi kotak-atas-set TV digital untuk kegunaan penduduk anggota-anggota ASEAN, serta mewujudkan Pusat HD ASEAN yang bertujuan menyediakan latihan pengendalian kandungan HDTV bagi penyiar negara anggota.[10]

Setakat Julai 2011, tiada berita mengenai pelaksanaan televisyen terestrial digital, tetapi ada kemungkinan bahawa RTM akan beralih pula ke teknologi DVB-T2 sebagai pengganti DVB-T untuk tujuan itu.

Senarai saluran myFreeview

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran terestrial berdefinisi tinggi (HD).

Saluran Nama Huraian
101HD TV1 Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan berita 24 jam dalam HD.
102HD TV2 Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan hiburan sekeluarga 24 jam dalam HD.
103HD TV3 Saluran terestrial swasta umum berbahasa Melayu 24 jam dalam HD.
104 Wow Shop Malay Saluran homeshopping 24 jam dalam Bahasa Melayu.
105 Drama Sangat Saluran drama 24 jam berbahasa Melayu.
106 Wow Shop Chinese Saluran homeshopping 24 jam dalam Bahasa Cina.
107 DidikTV KPM Saluran terestrial swasta umum berasaskan pendidikan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
108HD 8TV Saluran terestrial swasta umum berbahasa Cina 24 jam dalam HD.
109 TV9 Saluran terestrial swasta umum bagi golongan belia 24 jam dalam berbahasa Melayu.
110HD TV Okey Saluran digital terestrial kerajaan umum 24 jam dalam HD.
111HD Sukan RTM Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan sukan 24 jam dalam HD.
112HD Awesome TV Saluran digital terestrial swasta umum 24 jam dalam HD.
113HD TV6 Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan filem, siri dan lagu klasik dalam HD.
114HD TV AlHijrah Saluran terestrial berunsurkan Islam pertama 24 jam dalam berbahasa Melayu dalam HD.
120HD Astro Go Shop Saluran homeshopping 24 jam dalam Bahasa Melayu dalam HD. (Syarikat TV berbayar, Astro buat kali pertamanya melancarkan saluran digital terestrial percuma)
121HD Bernama TV Saluran digital terestrial berita 24 jam milik Bernama dalam HD.
122HD TVS Saluran digital terestrial milik Sarawak Media Group 24 jam dalam HD.
123HD Berita RTM Saluran digital terestrial kerajaan berasaskan berita 24 jam dalam HD.

Saluran radio myFreeview

Saluran Nama Huraian
701 Nasional FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu.
702 TraXX FM Radio kerajaan umum berbahasa Inggeris.
703 Minnal FM Radio kerajaan umum berbahasa India.
704 Ai FM Radio kerajaan umum berbahasa Cina.
705 Radio Klasik Radio kerajaan umum berbahasa Melayu.
706 Asyik FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Orang Asli).
707 Sabah FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sabah.
708 Sabah V FM Radio kerajaan umum berbahasa Inggeris, Cina, Bajau, Murut, Kadazan, dan Dusun untuk Sabah.
709 Sarawak FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sarawak.
710 Wai FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Iban) untuk Sarawak.
721 Hot FM Radio swasta umum berbahasa Melayu.
722 Buletin FM Radio swasta umum berbahasa Melayu.
723 Fly FM Radio swasta umum berbahasa Inggeris.
724 8FM Radio swasta umum berbahasa Cina.

IPTV

TM pula telah melancarkan khidmat IPTV, unifi TV, sebagai sebahagian perkhidmatan Internet jalur lebar kelajuan tinggi unifi yang dilancarkan pada tahun 2010[11], termasuk juga saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD).

Pada tahun 2011, Astro B.yond juga ditawarkan dalam bentuk siaran IPTV dengan usahasama TIME.[12]

Rujukan

  1. ^ Astro labur RM350j tahun depan, Utusan Malaysia, 12 Disember 2009. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  2. ^ "Malaysia to launch digital TV trial program". 2005-10-06. Dicapai pada 2008-06-21.
  3. ^ "Malaysia adopts DVB-T standard for digital broadcast transmissions". ABU. 2007-03-28. Dicapai pada 2008-06-21.
  4. ^ Major, Rose (2009-03-05). "Media Prima asks govt for help on DTT". Rapid TV News. Dicapai pada 2009-03-06.
  5. ^ "Penstrukturan Semula RTM Dalam Tempoh Tiga Tahun". BERNAMA. 2008-09-22. Dicapai pada 2008-09-28.
  6. ^ "RTM Kaji Mekanisme Terbaik Untuk Penyiaran Digital". BERNAMA. 2009-02-14. Dicapai pada 2009-02-16.
  7. ^ "Malaysian DVB-T trial underway". DVB. 2007-01-06. Dicapai pada 2008-06-21.
  8. ^ "RTM Bakal Wujud Saluran TV Wilayah". BERNAMA. 2008-09-28. Dicapai pada 2008-09-28.
  9. ^ "ASEAN picks DVB-T as common TV standard". 2005-06-17. Dicapai pada 2008-06-21.
  10. ^ "Penyiar Asean Bersedia Untuk Penyiaran Digital". Bernama (Kementerian Penerangan Malaysia). 2008-06-19. Dicapai pada 2008-06-21.
  11. ^ TM belanja RM2 bilion bagi HSBB tahun ini, Berita Harian, 3 Julai 2010. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  12. ^ Astro Byond IPTV Dilancarkan Secara Rasminya, amanz, 20 April 2011. Dicapai pada 15 Julai 2011.

Pautan luar

Am
Penyedia perkhidmatan