Pergi ke kandungan

Lebuhraya Senai–Desaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya E22 shield
Lebuhraya E22
Lebuhraya Senai–Desaru
士乃-迪沙鲁大道
Map
SDE dalam merah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB)
Panjang77 km (48 bt)
Wujud2005–kini
SejarahSiap pada tahun 2011
Simpang utama
Hujung baratSenai
Persimpangan utama Lebuhraya Hubungan Kedua / AH143
LP 16 Jalan Lapangan Terbang Senai
LP 3 / AH18 Lebuhraya Tebrau
LP 17 Lebuhraya Pasir Gudang
LP 92 Jalan Pengerang
Hujung timurDesaru
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama
Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang, Bandar Penawar, Sungai Rengit, Pengerang, Desaru
Sistem lebuh raya

E22 Lebuhraya Senai–Desaru (bahasa Inggeris: Senai-Desaru Expressway, Cina: 士乃-迪沙鲁大道, SDE), ialah sebuah lebuh raya baru di Johor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia. Menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor, fasa pertama lebuh raya sepanjang 77 km (48 bt) ini siap pada Ogos 2009, manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011. Waktu perjalanan akan dipendekkan dari 2 jam menjadi 45 minit.

Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004. Ia bersambung dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pasir Gudang dan Desaru. Selama ini penduduk sekitar menggunakan Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Pasir Gudang dari Senai untuk ke Pasir Gudang. Kos projek ini RM1.365 bilion.[1]

Secara keseluruhan, lebuh raya ini mempunyai 6 persimpangan, 4 plaza tol dan 2 kawasan rehat dan rawat yang bermula dari persimpangan 301, Senai sebelum melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bandar Ulu Tiram, Pasir Gudang dan terus ke Desaru.

Pemegang konsesi lebuh raya, Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) dijangka tidak mengenakan sebarang bayaran tol kepada penggunanya pada peringkat awal.[1]

Fasa pertama sepanjang 50 km dari Senai ke Pasir Gudang dibina sebagai lebuh raya kembar penuh 4 lorong, mempunyai lima persimpangan serta dua kawasan rehat dan rawat.

Fasa kedua dari Cahaya Baru, Masai ke Desaru dibina sebagai lebuh raya tunggal 2 lorong kecuali Jambatan Sungai Johor yang dibina 4 lorong, siap pada 10 Jun 2011. Pemilihan konfigurasi lebuh raya dua lorong pada jajaran ini mengambil kira hasil bancian Laluan Persekutuan LP 92 yang begitu rendah.[2] Ia menampilkan Jambatan Sungai Johor sepanjang 4 km yang menjadikannya sebagai jambatan sungai terpanjang di Malaysia. Kutipan tol semasa bulan pertama pembukaannya adalah percuma iaitu hanya merangkumi jajaran Fasa 1 sahaja.

Ciri laluan

[sunting | sunting sumber]
Jambatan Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru, Johor, jambatan sungai terpanjang Malaysia serta jambatan rangkaian kabel terpanjang di Malaysia.
Jambatan Sungai Johor siap bina pada Januari 2009
Jambatan Sungai Johor di Senai–Desaru Expressway pandangan dari menghala barat
Layang R&R menghala timur di Lebuhraya Senai–Desaru Expressway pandangan dari menghala barat

Kawasan tadahan air terletak di seksyen Sungai Layang menghampiri Takungan Air Sultan Iskandar.Seksyen antara Cahaya Baru dan Penawar dibina sebagai lebuh raya tunggal 2 lorong (kecuali Jambatan Sungai Johor yang dibina 4 lorong, siap pada 10 Jun 2011), pada masa yang sama mengekalkan capaian terkawal, membuatkan seksyen ini sebagai lebuhraya dua lorong pertama mempunyai capaian terkawal di Malaysia.[3]

Sistem tol

[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Senai–Desaru menggunakan sistem tol tertutup. Bermula 9 November 2016, semua transaksi tol berelektronik telah dilakukan dengan Touch 'n Go dan SmartTAG diikuti MyRFID.

Kadar tol pada jadual berikut hanya sebagai rujukan sahaja, kadar tol boleh dikira dalam laman web rasmi SDE.

Kelas Jenis kenderaan Kadar
(dalam Ringgit Malaysia (RM))
0 Motosikal
(Vehicles with two axles and two wheels)
Percuma
1 Kenderaan persendirian
(Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas))
9.20
2 Van dan kenderaan barangan kecil
(Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 5 atau 6 roda (kecuali bas))
13.80
3 Truk besar
(Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas))
18.40
4 Teksi 4.60
5 Bas 5.70

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Petunjuk:

Laluan Utama

[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan bahagian laluan ini terletak di Johor.

Daerah Subdaerah km Susur
keluar
Nama Destinasi Bil.
lorong
Had
laju
Nota
Kulai Kulai 0.0 2201 Senai Utama I/C Lebuhraya Hubungan Kedua AH143 Lebuhraya Hubungan Kedua – Tuas (Singapura), Gelang Patah, Kuala Lumpur Melaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Kawasan Industri Senai Empat 80 km/j Persimpangan trompet
BR Jambatan Sungai Skudai
2202 Bandar Senai I/C LP 16 Jalan Lapangan Terbang Senai – Senai, Kulai, Johor Bahru
T/P Plaza Tol Senai Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go 60 km/j
Johor Bahru Johor Bahru BR Jambatan Sungai Skudai 110 km/j
19.0 BR Jambatan saluran paip melintasi
2203 Ulu Tiram I/C LP 3 AH18 Lebuhraya Tebrau – Ulu Tiram, Johor Bahru, Woodlands (Singapura), Kota Tinggi, Mersing
Pejabat operasi SDEB
Persimpangan trompet
29.5 RSA Layang RSA Layang RSA - Shell Menghala barat
30.5 RSA Layang RSA Layang RSA - Shell Menghala timur
BR Viaduk Sungai Layang Kawasan takungan air
Pasir Gudang 2205 Cahaya Baru I/C Lebuhraya Senai–Desaru Hubungan Pasir Gudang – Cahaya Baru, Kong Kong, Masai, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, Pelabuhan Johor Persimpangan trompet
BR Jambatan Selat Mendana Dua 90 km/j
47.0 Pulau Juling
Sempadan Daerah Johor Bahru–Kota Tinggi 48.0 BR Jambatan Sungai Johor Empat Panjang: 1.7 km
Kota Tinggi Pengerang Tanjung Penyabong Dua
BR Jambatan Sungai Layau
BR Jambatan Sungai Semenchu
BR Jambatan Sungai Papan
T/P Plaza Tol Penawar Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go Empat 50 km/j
69.4 2212 Penawar I/S LP 92 Jalan Pengerang – Kota Tinggi, Desaru , Bandar Penawar, Sungai Rengit, Pengerang, Tanjung Pengelih 60 km/j Persimpangan lampu isyarat

Hubungan Pasir Gudang

[sunting | sunting sumber]
Susur keluar baru 2207 Kota Masai dibangunkan oleh Eco Tropics

Keseluruhan bahagian laluan ini terletak di subdaerah Pasir Gudang, Daerah Johor Bahru, Johor.

km Susur
keluar
Nama Destinasi Nota
2205 Cahaya Baru I/C Lebuhraya Senai–Desaru Laluan Utama – Johor Bahru, Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Kuala Lumpur, Desaru , Bandar Penawar Persimpangan trompet
T/P Plaza Tol Cahaya Baru Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go
2205A Masai I/C J10 Jalan Masai Lama – Masai, Kong Kong, Cahaya Baru
2207 Kota Masai I/C Jalan Kota Masai – Jalan Kota Masai Kiri-masuk/kiri-keluar
Menghala laluan utama
2210 Pasir Gudang I/C LP 17 Lebuhraya Pasir Gudang – Pasir Gudang, Johor Bahru, Plentong, Tanjung Langsat, Pelabuhan Johor Persimpangan trompet


Isu dan kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2011, laporan Ketua Audit Negara 2010 di dalam Malaysiakini.com, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuh raya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.[5]

  1. ^ a b "Fasa Pertama Lebuh Raya SPDE Mula Operasi Bulan Depan". Bernama. 30 Julai. Dicapai pada 2 Ogos 2009. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Lebuh raya dua lorong Cahaya Baru-Penawar ikut piawai LLM". Berita Harian. 2011-06-27. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ "Reviu eksklusif Lebuhraya Senai-Desaru E22". Blog Jalan Raya Malaysia. 23 August 2012. Dicapai pada 12 February 2014.
  4. ^ "TOLL FARE | Senai-Desaru Expressway Berhad". E22 SDEB2022 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-01.
  5. ^ "Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan", Malaysiakini.com. 25 Oktober 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]