Pagalungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kecil Pagalungan
Etimologi: Pertemuan Kuala Sungai
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
Ditubuhkan1 Jun 2006
DaerahDaerah Nabawan
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Pagalungan
 • DUNYang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (BERSATU) (Nabawan)
Keluasan
 • Jumlah205,661.30 km2 (79,406.27 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah7,640
 Populasi
Zon waktuMST
Daerah KejirananNabawan

Pagalungan merupakan sebuah Daerah Kecil yang terletak dalam Daerah Nabawan, Bahagian Pedalaman, Sabah.

Sejarah Pagalungan[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Pagalungan pada suatu ketika dahulu merupakan hanya sebuah kampung kecil yang telah diwujudkan pada tahun 1950 oleh dua orang tempatan iaitu O.T Angansak bin Biagan yang berasal dari kampung Bantul dan KK Antugi bin Anduat yang berasal dari kampung Kakutar, Sumatalun.

Nama Pagalungan adalah diambil berdasarkan pertemuan kuala sungai logongon dengan kuala sungai tagol yang disebut “PAHALUNGAN” dalam bahasa murut, yang bermaksud pertemuan kuala sungai.

Setelah sekian lama, di kala negeri sabah silih berganti parti pemerintah akhirnya pada tahun 2006 dalam pemerintahan barisan nasional, hasil dari permintaan seluruh masyarakat Pagalungan dan sokongan YB Datuk Bobbey Ah Fang Suan. Pagalungan dengan rasminya diwartakan oleh kerajaan sebagai Daerah kecil pada 01 Jun 2006 yang telah dirasmikan oleh mantan SKN Datuk Seri Panglima K.Y Mustafa.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Daerah Kecil Pagalungan terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah dalam daerah Nabawan, kira-kira 98 KM dari Pekan Nabawan dan kira-kira 25 KM dari sempadan Malaysia-Indonesia, dan mempunyai keluasan kira-kira 205,661.30 hektar manakala keluasan Pekan Pagalungan 560.92 ekar.

Daerah Kecil Pagalungan terbahagi kepada 2 Mukim iaitu Mukim Pagalungan dan Mukim Pensiangan, mempunyai penduduk seramai 7,640 orang dan 99 buah kampung.

Sistem Perhubungan dan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Perhubungan utama Daerah Kecil Pagalungan ialah melalui sungai dan darat menggunkan perahu, motor sangkut dan juga kereta pacuan 4 roda.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Etnik di Pagalungan - Bancian 2010 [1]
Etnik percent
Murut
  
99%
Lain-Lain
  
01%

Penduduk Daerah Kecil Pagalungan terdiri daripada suku kaum Murut 99 % manakala 01% adalah suku kaum lain-lain. Sebahagian besar bekerja sebagai petani kecil-kecilan, nelayan sungai, berniaga secara kecil-kecilan dan termasuk bekerja sebagai anggota perkhidmatan awam, mereka tinggal ditepi-tepi Sungai Tagol, dan Sungai Logongon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13