Keruntuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keruntuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim
Pangkalan feri runtuh.jpg
Tarikh 31 Julai 1988; 28 tahun yang lalu (1988-07-31)
Masa 4:40 petang MST
Lokasi Butterworth, Pulau Pinang
Penyebab Kegagalan struktur konkrit, terlebih muatan
Kematian 32
Kecederaan 1,674

Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Ia berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.

Laluan kanan jambatan terminal masih boleh digunakan. Pengguna lain pula beralih kepada Jambatan Pulau Pinang yang jauh dan lebih cekap.

Punca[sunting | sunting sumber]

Dua perayaan serentak[sunting | sunting sumber]

Dok feri Pulau Pinang di terminal feri Butterworth. Bahagian yang runtuh ialah di belakang feri.

Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan penrayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.

Kesesakan di Jambatan[sunting | sunting sumber]

Kebiasaan pada hujung minggu, ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati keindahan selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota. Disebabkan itu, Jambatan Pulau Pinang yang dibuka pada 1985 itu tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan awam.

Kesesakan jeti[sunting | sunting sumber]

Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk. [1]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Seramai 32 orang mati dan pada masa yang sama mencederakan 1,674 orang.[2] Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.[3][4]

Berita pangkalan feri runtuh ini disiarkan oleh Berita Utama TV3 jam 8.00 malam.[5]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membuat kajian terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan Pangkalan Raja Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres tidak sahaja diturunkan di Stesen Bas Butterwoth tetapi juga dipindahkan di Sungai Dua dan Gelugor.

Kini, perkhidmatan feri semakin tidak cekap dan lambat menyebabkan penumpang terpaksa beratur panjang. Hanya pelancong dan pengunjung yang bernostalgia akan menggunakan feri tersebut. Pekerja yang berulang alik menyeberangi selat lebih suka memilih Jambatan Pulau Pinang.

Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina semula dengan beberapa pengubahsuaian.

Dalam Budaya Mashyur[sunting | sunting sumber]

Pada 11hb April 2015 dan 2hb Ogos 2015, Program TV3, Detik Tragik telah menayangkan sebuah episod mengenai tragedi berkenaan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]