Sapong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sapong adalah sebuah penempatan yang terletak 8 kilometer daripada Pekan Tenom, Sabah. Sapong merupakan sebuah ladang kelapa sawit di bawah pengurusan Sime Darby Plantation yang dahulunya di bawah Golden Hope Plantation.

Kaum-kaum yang menduduki Ladang Sapong ini adalah Murut, Kadazan-Dusun, Melayu (Jawa, Bisaya), penduduk bukan warga negara (Bugis, Jawa, Filipina dll). Dahulunya ladang ini merupakan pengeluar getah utama sebelum menjadi ladang kelapa sawit.

Antara kemudahan yang terdapat di Sapong adalah sekolah rendah, balai polis, klinik desa, taska dan dewan serbaguna.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Ladang Sapong
Peti Surat 70
89907 Tenom
Sabah